Isteri Menderita Tiada Tempat Mengadu, Suami Panas Baran Dan Ringan Tangan

Inilah dia rahsia dari ‘Camelia’ yang saya telah udarakan. Beliau meminta pendapat dan nasihat anda:

“Saya telah bernikah nak masuk 2 tahun dan hanya berkenalan bersama suami seblom kami bernikah hanya 4 bulan. Kami berkahwin dan ini adalah perkahwinan yang kedua untuk the both of us dan masing2 ada anak sendiri.

Selepas berapa bulan berkahwin, kami sering bertengkar. Saya tak dapat berjumpa dengan anak2 saya kerana suami tidak suka akan mereka. Suami saya panas baran dan sering skali jalan tangan. Saya pulak kuat melawan kerana saya ingin menegak kan diri saya yang sering kali tidak bersalah.
Saya dilarang untuk bertemu dengan keluarga dan tidak dibenar kan ada apape komunikasi dengan mereka.

Suami sering menggertak untuk mencari yang lain dan sering menggeluarkan kata2 kesat & even let me feel so down dengan cacian dia. Worst, setiap kali saya menggamuk kerana tak tahan dengan sifat ego, sombong dan riak dia, saya akan dipukol teruk.

Kami dikurnia kan anak yang telah pon masok 6 bulan dan suami tetap bersifat demikian. Even when I am pregnant, saya dipukol tanpa belas kasihan & biler saya nak melahirkan anak dia nik fiza, he can even quarrel with me about the past.

Saya dah tak tahan dengan sikap dia fiza. Saya runsing, kalau setiap kali saya mahu pulang ke pangkuan keluarga saya dan tidak ingin bersama dia lagi, dia akan memukul saya dan mengugut saya yang dia akan berjumpa dengan bapa saya bawak perempuan. Saya tidak ingin menyusah kan bapa saya dan dia amat menyukai dengan suami saya cuma saya tak pernah cerita kepad bapa saya siapa sebenarnya suami saya kerana bapa saya jantung nya bukan larh begitu sihat.

Saya pernah dipukul di khalayak orang tapi tak siapa membantu. Mungkin kerana tidak ingin campor hal ruma tangga saya atau mungkin kerana takot akan muka benggis dan tattoo di badan suami.

He wasn’t like this before we got married and a few months after marriage. Saya runsing. Nak lari, tiada tempat menggadu as I’ve let down a few of my family yang dah tahu tentang kisah saya dan suro saya meninggal kan nya. Tapi setiap kali saya melihat wajah anak saya…. There is always that holds me back.

Kalau nak bercerita lagi fiza, memang tak kan habis. Banyak yang berlaku jadi saya pendek kan dan ringkas kan. I need help, seriously I do…..

Terima kasih fiza. Hope that you can give your pendapat too. Thanks.”

 

Source: Fiza O

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *