Mengapa Faisal Manap Tidak Utarakan Isu-Isu Melayu/Islam Di Rapat Umum Workers Party?

Saya penduduk lama Hougang. Seumur hidup saya, saya dengan keluarga menetap di Hougang. Kami pun penyokong setia WP, terutama sekali Cik Muhamad Faisal kerana kami tahu dia banyak tolong penduduk susah di sini.

Kami tahu dia orang yang sangat pentingkan hal-hal kemsyarakatan dan keagamaan.

Namun bila dia memberi ucapannya semalam, saya terkilan yang dia langsung tidak sentuh tentang isu-isu yang membelenggu masyarakat Melayu Islam. Tiada sepatah dua tentang isu hijab mahupun isu diskriminasi masyarakat kita yang menyebabkan ramai terpinggir dan terkial-kial, tidak punya pekerjaan.

Saya harap CikĀ Faisal akan mengutarakan isu-isu ini pada ucapan nya di rally yang akan datang. Ini penting bagi masyarakat Melayu kita agar tidak terpinggir dan ketinggalan.

 

Idris

[Reader Contribution]

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *