Kebakaran Besar Musnahkan Kem Pelarian Muslim Rohingya

Satu kebakaran besar memusnahkan sebuah kem pelarian Muslim Rohingya di wilayah Rakhine, Myanmar. Ia menjejas sekitar 450 keluarga Muslim Rohingya yang tinggal di kem tersebut.

Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN), kira-kira 50 tempat perlindungan rosak teruk, menjejas 2,000 orang. Sisa-sisa atap kayu dan atap besi yang bengkok dapat dilihat melalui asap tebal yang muncul selepas kebakaran itu berlaku.

Kawasan perkhemahan itu dihuni oleh sekitar 100,000 anggota kaum Rohingya.

Kebakaran itu dipercayai bermula dari sebuah dapur. Angin yang kencang menjadi punca api merebak dari rumah ke rumah, di kawasan yang kering itu.

Seorang pegawai polis memberitahu AFP bahawa api itu dapat dipadamkan selepas ia membakar rumah 448 keluarga.

Sekitar 140,000 penduduk, sebahagian besarnya dari golongan minoriti Rohingya, kini tinggal di kem-kem seperti itu setelah mereka melarikan diri daripada keganasan agama, melibatkan penganut muslim Rohingya dan penganut Buddha pada tahun 2012.

Konflik tersebut memecah belahkan wilayah Rakhine dan masyarakatnya berdasarkan agama dan melemahkan ekonomi tempatan.

Source: Berita Mediacorp

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *