Tak Sabar Kembali Ke Sekolah Selepas Dapat Ginjal Baru

Musim peperiksaan pertengahan tahun kini sudah pun bermula.

Sedang kanak-kanak lain membuat persiapan bagi menghadapinya, Hazrie Alisman Norahman terlantar di hospital. Murid darjah satu itu pesakit ginjal yang baru sahaja melalui pemindahan buah pinggang.

Anak bongsu dua beradik itu menjalani prosedur lebih lima jam itu pada 20 April lalu di Hospital Universiti Nasional (NUH) dan kini dirawat di Unit Jagaan Rapi (ICU).

Bapanya, Encik Norahman Abu Bakar, 36 tahun, berkata anaknya yang telah sedar itu dijangka terus dirawat selama dua minggu di ICU sebelum dibenarkan berpindah ke wad biasa.

“Mungkin selepas itu dia ditahan untuk satu lagi tempoh yang tidak dapat dianggarkan.

“Yang penting dia pulih semula dan dapat kembali ke sekolah menyertai rakan-rakannya yang lain, belajar dan menjalani kehidupan normal bersama mereka,” kata Encik Norahman, pekerja kontrak dalam bidang logistik.

 

Source: www.beritaharian.sg

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *