2 Remaja Melayu Dilapor Hilang, Kali Terakhir Dilihat Di Ang Mo Kio

Polis meminta bantuan orang ramai bagi maklumat berhubung dua remaja lelaki yang hilang.

Muhammad Saifuddin Hassan, 14 tahun dan Muhammad Irfan Hassan, 16 tahun, kali terakhir dilihat semalam (23 Mei) di Blok 457, Ang Mo Kio Avenue 10.

Saifuddin memakai kemeja-T merah jambu dengan seluar pendek berwarna gelap. Irfan pula memakai kemeja-T hitam dengan seluar pendek berwarna gelap.

Sesiapa yang mempunyai maklumat diminta menghubungi talian hotline polis 1800-2550000 atau secara online.

Source: http://berita.mediacorp.sg

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *