Orang Sibuk Berterawih, Pasangan InI Ditangkap Basah

INDONESIA: Sedang umat Islam sibuk menunaikan ibadah terawih di masjid setelah seharian berpuasa, sepasang kekasih juga sibuk memadu asmara di sebuah rumah sewa di Jawa Barat.

Pasangan itu, Ahan 35 tahun dan Lis Hermawati 29 tahun, bagaimanapun ditangkap penduduk kampung semalam (19 Jun) semasa orang lain sedang bersolat terawih di masjid.

Serbuan ke atas mereka itu dibuat hasil daripada rasa curiga pemilik rumah sewa tersebut yang sering melihat Ahan masuk ke rumah itu semasa suami Lis tidak ada.

Semasa serbuan dijalankan, pasangan yang pada ketika itu hampir tidak memakai seurat benang pun, cuba untuk mengelak ditangkap basah dengan bersembunyi di dalam sebuah almari.

“Semasa serbuan dibuat rumah itu seperti tidak ada sesiapa, tetapi apabila saya memeriksa di dalam, mereka sedang bersembunyi di dalam almari,” menurut Soleh pemilik rumah tersebut.

Pasangan itu kemudian dipaksa keluar dan hanya dengan berpakaian dalam, mereka diarak keliling kampung sebelum dihantar ke balai polis.

Pasangan itu masing-masing sudah berkahwin bahkan semasa di balai polis, isteri Ahan dan suami Lis turut hadir.

Source: http://berita.mediacorp.sg

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *