Our Tampines Hub Tawar 900 Pekerjaan, Penduduk Boleh Mohon Mulai Hari Ini

Para penduduk Tampines dapat melihat lebih dekat hab masyarakat dan gaya hidup bersepadu yang pertama di negara ini semasa menghadiri sambutan Hari Kebangsaan di kawasan undi itu pagi tadi (7 Ogos).

“Our Tampines Hub” akan dibuka berperingkat-peringkat mulai November ini.

Antara kemudahan yang akan siap menjelang pembukaannya termasuk pusat penjaja yang mengamalkan sistem memulangkan dulang makanan.

Anggota Parlimen GRC Tampines yang juga Menteri Sekitaran dan Sumber Air Masagos Zulkifli berkata ini bagi memupuk budaya berbudi.

Apabila hab itu siap sepenuhnya Jun tahun depan, ia akan mempunyai kolam renang dan stadium.

Tambah Encik Masagos, hab itu akan mewujudkan kira-kira 900 pekerjaan dan para penduduk boleh memohon mendapatkan pekerjaan itu mulai hari ini (7 Ogos).

Beliau turut memberitahu media tentang keadaan Menteri Kewangan Heng Swee Keat yang juga AP GRC Tampines, yang semakin beransur sembuh daripada penyakit angin ahmar.

“Saya gembira kerana dapat berbual dengan Encik Heng. Dia sedang dalam proses pemulihan beransur-ansur. Beliau sangat prihatin kepada kesihatan kami juga dan beliau gembira kerana setiap yang kita lakarkan untuk Tampines berjalan dengan begitu baik sekali,” kata Encik Masagos.

Source: Berita MediaCorp

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *