Khairudin Aljunied: Jangan Patah Hati, Tanam Semangat Untuk Terus Belajar

Ramai di kalangan teman saya katakan pada saya bahawa mereka memang tidak minat sambung belajar kerana dalam soal membaca buku dan mengkaji, mereka agak bengap.

Sebenarnya, tiada manusia yang bengap. Semuanya diberikan keupayaan untuk mempelajari apa sahaja dengan kemampuan mereka kecuali yang langsung tidak boleh berfikir kerana kecacatan atau hilang akal atau yang sakit.

Pernah saya berkawan dengan seorang yang dari kecil tidak pernah lulus di sekolah. Namun bila dah sampai zaman remaja mula sedar yang dia mempunyai keupayaan untuk belajar. Dia langsung sambung belajar hingga ke menara gading. Hari ini, beliau berjawatan tinggi, bergaji lumayan.

Tiada manusia yang bodoh belajar. Yang ada hanyalah yang tidak mahu belajar. Maka mereka ketinggalan sementara yang kurang upaya merai kejayaan dalam hidup kerana kecekalan dan semangat untuk terus belajar.

 

Source: Khairudin Aljunied

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *