Erna Manisha, Remaja Berusia 14 Tahun Hilang; Polis Minta Maklumat

Pasukan Polis Singapura meminta maklumat mengenai lokasi remaja berusia 14 tahun, Erna Manisha, yang dilaporkan hilang.

Kali terakhir Erna dilihat adalah di kolong Blok 379 Clementi Ave 5 pada 15 September 2016 sekitar 8.35 malam.

Erna sedang memakai baju berwarna putih dan skirt berwarna coklat pada masa itu.

BERITAMediacorp difahamkan aduan mengenai kehilangan Erna dibuat pada 18 September oleh ibu bapanya.

Erna adalah seorang pelajar dari Sekolah Menengah Clementi Town.

Sesiapa yang mempunyai maklumat diminta menghubungi hotline Polis di 1800-255-0000 atau memberi maklumat itu secara online di www.police.gov.sg/iwitness.

Semua maklumat yang orang ramai hulurkan akan dirahsiakan.

Source: Berita MediaCorp

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *