Syukrina Iwana Sofhian Dilapor Hilang, Polis Rayu Orang Ramai Beri Maklumat

Polis merayu orang ramai tampil memberikan maklumat tentang keberadaan seorang budak perempuan.

Kali terakhir Syukrina Iwana Binte Sofhian, 12 tahun dilihat adalah di Blok 817 Jurong West Street 81 pada 17 Oktober sekitar pukul 1.00 tengah hari.

Menurut kenyataan Pasukan Polis Singapura (SPF) yang dikeluarkan hari ini (19 Okt), Syukrina Iwana, yang setinggi kira-kira 1.5 meter dan berkulit cerah, kali terakhir dilihat memakai t-shirt berwarna hitam, berseluar panjang dan memakai selipar.

Beliau juga memakai beg silang berwarna kelabu, tambah SPF.

Sesiapa yang mempunyai maklumat, diminta menghubungi hotline polis di 1800 255 0000 atau menyerahkannya di laman www.police.gov.sg/iwitness.

Source: Berita MediaCorp

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *