Dr Zakir Naik “Muncul” Sekali Lagi Di Malaysia

Dr Zakir Naik kini berada di Malaysia selepas menghadiri persidangan tahunan Al-Khadem di Kuala Lumpur semalam (23 Okt).

The Star melaporkan beliau juga bertemu dengan Timbalan Perdana Menteri Dr Ahmad Zahid Hamidi di rumahnya.

Hari ini (24 Okt), Dr Ahmad Zahid memuat naik gambar beliau dan Dr Zakir di Instagram.

Beliau menulis kapsyen “pendakwah terkenal” mengunjunginya.

Laporan The Star turut mendedahkan bahawa lawatan Dr Zakir ke Malaysia adalah yang kedua ke negara itu.

Beliau mengunjungi Malaysia pada April lalu untuk menyampaikan ceramah mengenai Islam.

Menurut The Star, Dr Zakir juga menyampaikan satu siri ceramah di Terengganu pada April lalu, sementara ceramah beliau yang dijadual berlangsung di Universiti Teknikal Malaysia Melaka, yang pada awalnya diharamkan oleh polis, diberi keizinan untuk meneruskannya selepas mencapai kata sepakat – iaitu menukar tema ceramah tersebut.

Source: Berita MediaCorp

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *