Pelakon Era 80an Zakaria Yusof Hembuskan Nafas Akhir Hari Ini, Baru Pulang Tunaikan Umrah

Pelakon drama era 1980an, Zakaria Yusof meninggal dunia di Kuala Lumpur hari ini (11 Dis).

Pemergian Zakaria, 65 tahun, dimaklumkan oleh Persatuan Seniman Malaysia menerusi laman facebook mereka.

Menurut persatuan itu, Zakarian menghembuskan nafas terakhir pada pukul 6.45 pagi.

Laman Astro Awani melaporkan Allahyarham meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL), di sisi isteri, Fatimah Ali dan empat orang anaknya.

Allahyarham, yang baru pulang daripada menunaikan ibadah umrah pada Rabu lalu (7 Dis), meninggal dunia akibat komplikasi jangkitan kuman pada paru-paru, buah pinggang dan jantung, lapor Berita Harian Online Malaysia.

Menantu Allahyarham, Rashidah Mohd Yusof, memberitahu BHM Online, arwah mengadu sakit dada pada sebelah malam selepas tiba di rumah, Rabu lalu.

“Arwah mengadu sesak nafas. Keluarga segera menghubungi ambulans dan menghantarnya ke HKL,” katanya seperti yang ditukil oleh BH Online.

Jenazah Allahyarham dijangka dikebumikan di tanah perkuburan berhampiran Taman Permata, Hulu Klang, hari ini.

Source: Berita MediaCorp

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *