Bersatu Menghalang Musuh Islam

Umat Islam di Malaysia perlu bersatu dalam politik di belakang pemerintah bagi menghalang musuh Islam menghancurkan negara ini.

Imam 1 Masjid Nabawi, As-Syeikh Dr Ali Abdul Rahman al-Huzaifi, dan Imam keduanya, As-Syeikh Solah Muhammad al-Budair, berkata demikian dalam temu bual bersama Ketua Editor portal merdeka-online.com, Al-Azharri Siddiq Kamunri, baru-baru ini.

Kedua-dua imam itu berkata, jarum musuh Islam tidak dapat dilihat dengan mata kasar, namun akan bermaharajalela sebaik memerintah.

“Ketika itu penyesalan sudah tidak berguna lagi. Lihatlah negara sunnah yang hancur seperti Iraq, Yaman dan Syria.

“Umat Islam di Malaysia dinasihatkan jangan berpecah-belah disebabkan politik kerana ia adalah punca perpecahan dalam kalangan umat Islam dan merosakkan hubungan sehingga boleh bermusuh,” kata mereka dalam portal merdeka-online.com.

Mereka berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak bimbang jika berada di pihak yang benar kerana Allah akan membantu kerja yang mulia.

Katanya, Nabi sendiri diuji dengan fitnah dan musuh yang mahu membunuh.

“Dalam pemerintahan, pemimpin dan Kerajaan Malaysia perlu istiqamah, bersabar dan bertawakal kepada Allah kerana musuh Islam tidak akan berhenti memfitnah sehingga pemimpin dan negara Islam dijatuhkan serta dihancurkan,” katanya.

Mereka turut mengucapkan tahniah kepada kerajaan kerana mengharamkan Syiah di Malaysia.

“Usaha membendung ajaran Syiah perlu diteruskan. Syiah adalah kumpulan jahat yang boleh menghancurkan negara,” katanya.

Source: bharian

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *