Paderi Agung Itali Jangka Eropah Bakal Jadi Benua Muslim

Itali pada masa akan datang akan menjadi salah sebuah negara Muslim. Kenyataan itu dikatakan Paderi Agung negara itu Monsignor Carlo Liberati.

Menurut beliau, bukan saja Itali tetapi juga seluruh benua Eropah. Ini disebabkan banyaknya pendatang dari negara-negara Muslim yang masuk ke benua tersebut.

Paderi Emeritus dari bandar Pompeii juga menyatakan perkara yang sama.

“Dalam masa 10 tahun, kami akan menjadi Muslim kerana kebodohan kita sendiri. Itali dan Eropah hidup sebagai penyembah berhala dan atheis,” kata Paderi Emiritus ditukil Daily Mail pada Sabtu (14 Jan).

Menurut beliau, jumlah orang yang mempunyai agama di Itali mengalami penurunan mendadak sejak para pendatang masuk ke benua Eropah.

Itali menjadi tujuan utama 330,000 pendatang Muslim. Kebanyakan daripada mereka berasal dari Afrika, Timur Tengah dan Asia.

Jumlah Muslim di Itali sekarang ini naik mendadak seramai 2 juta orang pada akhir tahun 2015, menurut data statistik rasmi Itali.

Source: BeritaMediacorp

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *