Anggota Parlimen Rahayu Mahzam Lahirkan Bayi Sebulan Lagi, Bakal Catat Sejarah

Anggota Parlimen GRC Jurong, Rahayu Mahzam, yang kini hamil lapan bulan, bakal mencatat sejarah menjadi wakil rakyat Melayu tempatan yang pertama melahirkan anak sulung semasa memegang jawatan AP.

Beliau dijangka bersalin dalam tempoh sebulan sahaja dari sekarang.

Wartawan BERITAMediacorp, Nursha Ismail mengambil peluang mengadakan wawancara profil khas ‘5 Soalan Bersama Rahayu Mahzam’, sedang Pemerintah menggalak masyarakat membina kekuarga dan membentangkan beberapa inisiatif baru, dalam Belanjawan kali ini.

Ayuh, ikuti wawancara Ekslusif ini:

SOALAN 1

Nursha Ismail: Puan Rahayu, anda sedang menghitung hari menunggu masa untuk melahirkan anak yang pertama, jadi mungkin anda boleh gambarkan pengalaman anda.

Rahayu Mahzam: Amat menarik kerana ini adalah kali pertamakan jadi perasaan sensasinya semua berbeza.

Saya rasa beruntung mungkin kerana saya bukan yang terkena muntah-muntah atau loya pada waktu pagi pada awal hamilan saya. Tetapi letih. Lebih letih daripada biasa dan sekarang ini dah sampai ke peringkat akhir, sukar sedikitlah tapi saya rasa ini adalah saya benar-benar bersyukur dapat pengalaman sebegini dan ini memang sesuatu yang saya memang dah nanti-nantikan. Jadi saya cukup ghairahlah.

Memang sesuatu yang baru bagi saya pertama kali. Jadi sensasinya, pengalamannya, perasaannya cukup menarik.

Alhamdulillah saya pada awal penghamilan tidak mengalami rasa nak muntah-muntah atau loya. Jadi sihat alhamdulillah. Tapi keletihannya amat dirasai lebih sedikit saya rasa dan ini dah hampir hujung-hujung penghamilan itu jadi saya rasa macam berat sikit. Dah mula letih, kaki dah mula bengkak.

Itu yang saya rasakan buat masa ini. Tapi saya cukup ghairah kerana memang saya sudah lama menantikan anak ini jadi kehamilan ini adalah sesuatu yang cukup membahagiakan bagi saya dan keluarga.

Ini pertama kali saya hamil dan ini adalah tentu sekali pengalaman yang menarik bagi saya jadi perasaannya, sensasinya, pengalamannya tentu sekali amat menarik.

Pada awalnya alhamdulillah saya tak berasa loya ataupun muntah banyak sangat jadi okaylah jugak boleh tahan tapi keletihan itu rasa lebih. Dan ini sekarang sedang pada saat-saat akhir ini makin letih.

Badan pun sukar sikit nak jalan. Tapi saya bersyukur kerana saya memang sudah lama menantikan cahaya mata dan jadi ini adalah sesuatu yang cukup menggembirakan saya dan keluarga saya. Saya ghairah menantikan anak ini.

(Gambar: Rahayu Mahzam/Instagram)

SOALAN 2

Nursha Ismail: Kongsi antara cabaran dan juga bagaimana pula reaksi-reaksi para penduduk anda?

Rahayu Mahzam: Cabarannya tentu sekali fizikal kerana sekarang ini lebih-lebih lagi sukar sikit untuk bergerak dan berjalan. Tapi selain daripada itu saya rasa seronok jugalah saya rasa saya dapat sedikit perhatian daripada penduduk saya yang rata-ratanya sungguh gembira untuk saya dan mesra.

Seringkali pegang perut dan menanyakan jantina anak ini dan saya rasa gembiralah. Satu lagi cabaran mungkin untuk mencari baju yang sesuai sebab pada awalnya saya tak buat begitu persediaan jadi baju saya rata-rata labuh jadi bila digunakan banyak yang tak dapat saya pakai lagi. Jadi itu antara cabaran yang mungkin remeh sedikitlah.

Saya rasa yang pentingnya alhamdulillah saya masih lagi diberi kesihatan dan kemampuan untuk terus berjalan tapi ahli jawatankuasa, angkar umbi saya dan penduduk semua amat prihatin.

Jadi saya rasa tidak begitu sukarlah untuk menjalankan tugas kerana seringkali mereka cuba memastikan keselesaan saya dan saya dapat berjalan atau mereka melihat saya penat atau letih, mereka akan duduk bersama dan berbual bersama saya.

Jadi saya rasa ini memudahkan sedikit tugas saya kerana ada rasa prihatin dan bertimbang rasa daripada semua penduduk. Pada awal kehamilan saya mungkin belum tahu, penduduk semua belum diberitahu jadi saya ada hadir satu majlis apabila satu penduduk itu menegur saya sebab beberapa bulan tidak lihat saya menghadiri acara line dancing mereka.

Sebab pada awalnya saya risau juga jadi ada aktiviti yang saya tidak ambil bahagian. Jadi wanita itu berkata “ah itulah awak dah lama tak ikut sertai kami dalam tarian kami sebab itu dah naik sikit badan”.

Jadi saya rasa begitu luculah. Dan saya memang dapat banyak perhatian dan apabila saya mula membesar, penduduk dan juga ahli akar umbi semua begitu prihatin.

Biasanya kalau saya turun stage, selesai memberikan ucapan dan sebagainya nanti ramai yang akan mahu membantu saya. Satu kali tu ada 2 orang datang untuk memegang kanan dan kiri saya cakap “oh macam gini saya dah tak perlu jalanlah boleh diangkat terus”.

Jadi itu satu saya rasa perhatian yang diberikan kepada saya sewaktu saya hamil ini. Ada satu teman saya mengatakan perut ini mungkin sudah jadi public property. Biasanya penduduk wanita yang mungkin sudah lebih tua yang sudah lebih selesa dengan saya tidak bertanya tapi terus memegang dan menanya tentang kesihatan saya dan jantina anak ini.

Jadi saya tak begitu kisahlah kerana itu satu saya rasa menunjukkan kemesraan dan rasa prihatin mereka pada saya. Sekarang ini kadangkala saya tidak begitu pasti mahu letak tangan dimana kerana dah tak ada tempat. Jadi kadang-kadang disini nanti Nampak sangat. Jadi biasanya saya lepaskanlah.

(Gambar: Rahayu Mahzam/Instagram)

SOALAN 3

Nursha Ismail: Wanita itu perlu mengimbangi banyak masa dan juga tuntutan dan sebagainya. Jadi seruan anda untuk wanita di luar sana atau perjuangan wanita dan juga keluarga dalam konteks kehidupan hari ini?

Rahayu Mahzam: Sebenarnya pengalaman mengandung ini membua saya terfikirkan juga wanita-wanita yang telah melalui masa-masa begini dan memang sukar.

Ini memberikan saya juga suatu peringatanlah tentang khidmat wanita dan peranan wanita. Saya rasa amat penting untuk kita benar-benar hargai apa yang telah diberikan dan saya sebenarnya begitu rasa hormat kepada mereka terutama sekali yang tugasnya perlukan mereka berdiri atau berjalan semasa hamil seperti guru dan jururawat dan sebagainya.

Tapi saya rasa rata-rata wanita ini kuat semangatnya dan apa yang saya dapat lihat sekarang juga semakinkuat daya tahan dan keinginan untuk maju.

Jadi saya rasa ini adalah sesuatu yang amat penting yang kita harus cuba pupuk dan berikan semangat kerana sebenarnya sukar untuk mengimbangi. Sebelum saya hamil apabila sudah melakukan tugas ini, harus cuba meluangkan masa untuk keluarga dan cuba memberi waktu yang sepenuhnya untuk tugas saya. Dan ini amat mencabar.

Jadi sekarang wanita rata-ratanya semua bekerja, punya tugas dan apabila pulang juga diharapkan dan diperlukan untuk melakukan tanggungjawab rumah. Jadi saya ini menunjukkan bagaimana kuatnya wanita itu dan bagaimana mereka mempunyai tugas atau peranan yang pelbagai.

Sokongan daripada masyarakat, daripada ahli keluarga amat penting agar kita dapat terus membantu wanita melakukan tugas mereka dan memberikan inspirasi kepada wanita-wanita lain. Dalam zaman yang semakin mencabar ini, rata-rata semua wanita yang kita lihat bekerja, memberikan sumbangan kepada ekonomi keluarga.

Tapi pada masa yang sama mereka juga diharapkan juga memberi masih harap lagi mengemas rumah, menjaga anak-anak dan sebagainya. Jadi peranan ini saya harap dapat diimbangi dengan bantuan suami dan keluarga.

Memudahkan mereka. Selain daripada itu mungkin program-program dan skim-skim tertentu untuk childcare dan sebagainya dapat diperbaiki agar diringankan sedikit beban untuk wanita dan keluarganya agar mereka terus dapat mengejar kerjaya dan cita-citanya.

(Gambar: Rahayu Mahzam/Facebook)

SOALAN 4

Nursha Ismail: Dengan kos kehidupan semakin meningkat dan juga ekonomi yang tidak menentu bagaimana skim-skim yang disarankan oleh pemerintah dapat menyokong?

Rahayu Mahzam: Memang ini sentiasa menjadi sesatu yang seringkali harus diselidiki dan dilihat kerana kehidupan kita kian berubah dan keperluan seseorang keluarga itu kian meningkat, kian berubah keperluannya.

Rata-rata sekarang kita melihat keperluan menjaga anak-anak, kos tentang kelas-kelas yang kita harus hantarkan anak-anak. Jadi ini kita harus pastikan mereka yang mungkin daripada keluarga yang berpendapatan rendah tidak kebelakang atau tidak kekurangan mendapatkan sokongan sebegini.

Selain daripada itu ibubapa yang bekerja juga mendapat sokongan kewangan dimana perlu. Dan juga sokongan bantuan untuk penjagaan anak-anak mereka dimana perlu. Ini adalah sesuatunya yang sedia ada tetapi semakin meningkat rakyat di singapura, semakin tinggi keperluannya.

Saya tahu ada sebahagian daripada penduduk saya yang datang kerana mereka dalam waiting list misalnya. Jadi perkara-perkara ini harus kita perhatikan. Cuba melihat bagaimana kita boleh mempercepatkan processnya, membantu mereka.

Keadaan sekeliling juga kerana kadangkala bila saya pergi rumah ke rumah, soalannya saya nak bawak troli kalau tak ada slope susah sedikit. Jadi infrastructure juga penting. Tempat-tempat ibu memberi susu pada anak-anak juga penting jadi kita harus mula berfikir, mula sedar tentang keperluan keluarga dan cuba memudahkan mana boleh.

(Gambar: Rahayu Mahzam/Facebook)

SOALAN 5

Nursha Ismail: Puan Rahayu kita sedia maklum bahawa cuti bersalin itu selama empat bulan tapi anda seorang AP – wakil rakyat. Adakah anda masih meneruskan cuti atau pulang kerja lebih awal sedikit?

Rahayu Mahzam: Saya beruntung kerana kerja saya, day job sebagai peguam lebih flexible. Saya dah memang dari awal apabila saya menjadi AP meminta agar majikan saya memberikan sedikit ruangan agar saya dapat melakukan tugas sebagai AP.

Jadi itu kiranya sudah boleh diuruskan. Tapi tugas dan harapan orang sebagai AP itu berat sedikit. Saya rasa mungkin sukar untuk saya mengambil masa sepenuhnya 4 bulan.

Saya akan lihat jugalah keadaan kesihatan saya dan juga anak saya. Rancangannya adalah untuk mengambil 2 bulan. Mungkin satu bulan penuh untuk berehat dan bulan kemudiannya kalau sekiranya saya sihat alhamdulillah saya akan cuba mungkin lakukan tugasan yang tidak begitu berat.

Mesyuarat dan sebagainya. Kerana juga sekarang lebih flexible boleh berhubungan melalui internet, melalui handphone dan sebagainya. Tugas masih boleh dijalankan. Jadi itu cita-cita sayalah harap-harap dapat diberikan kesihatan untuk terus melakukan tugas saya.

Saya rasa ini bukan tuntutan penduduk atau jawatankuasa saya sebab rata-rata suruh saya berehat dengan anak pertama juga.

Tapi mungkin ada perkara-perkara yang saya ingin juga kalau saya rasa tak saya selesaikan saya mungkin risau. Jadi tugas dikerja dan juga di kawasan umbi saya akan saya teruskan sejauh mungkin. Mungkin untuk bulan pertama itu radio silence betul-betul perlu berehat.

Source: BeritaMediacorp

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *