Noreen Jastina, 14 Tahun, Dilapor Hilang, Orang Ramai Dirayu Beri Maklumat

Polis merayu kepada orang ramai supaya tampil memberikan maklumat tentang Noreen Jastina Abdullah, 14 tahun, yang dilaporkan hilang.

Polis hari ini (20 Mac) menyatakan remaja itu kali terakhir dilihat di Alexandra Road pada 10 Mac 2017 sekitar 2.00 petang.

Noreen ketika itu memakai baju kemeja T berwarna biru dengan seluar pendek berwarna hitam.

Sesiapa yang mempunyai maklumat tentang Noreen diminta menghubungi talian hotline polis di 1800-255-0000 atau secara online di www.police.gov.sg/iwitness.

Semua maklumat akan dirahsiakan.

Source: Beritamediacorp

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *