Serangan Pengganas Adalah Ujian Sebenar Kepada Pembangunan Singapura – Ng Eng Hen

Bagaimana rakyat Singapura memberi respons apabila berlaku serangan pengganas akan menguji pembangunan Singapura selama 50 tahun, menurut Menteri Pertahanan Ng Eng Hen.

Beliau berkata demikian pada Ahad (9 Apr) di siri pertama majlis pengiktirafan bagi meraikan 50 tahun Perkhidmatan Negara (NS).

Bercakap di majlis yang diadakan di Safra Toa Payoh, Dr Ng merujuk kepada insiden-insiden yang berlaku di beberapa bandar Eropah dan menegaskan bahawa apa yang harus terlintas dalam fikiran rakyat Singapura apabila mereka mendapat tahu tentang serangan sedemikian ialah “apa yang kita ada di sini adalah sangat berharga”.

Beliau menarik perhatian bahawa menteri pertahanan pertama Singapura Goh Keng Swee juga membayangkan bahawa Perkhidmatan Negara (NS) bukan sahaja sebagai cara untuk mempertahankan Singapura tetapi juga bagi membangunkan negara dan mengeratkan rakyat.

Sekarang ini, di tengah-tengah “serangan yang jelas dan nyata”, termasuk serangan pengganasan dan siber, keluarga juga memainkan “peranan penting” dalam menyokong anggota Perkhidmatan Negara dan Pertahanan Mutlak menjadi bertambah relevan lagi, kata Dr Ng.

Sejumlah 52 majlis pengiktirafan bakal diadakan oleh Persatuan Rakyat (PA) sehingga bulan depan.

Pada Ahad, Dr Ng juga menyampaikan Pakej Pengiktirafan NS50 yang pertama, termasuk baucar S$100, kepada hampir 100 pasangan ayah dan anak lelaki yang menetap di Toa Payoh.

Bagi menekankan tumpuan kempen NS50 sepanjang tahun, yang bertemakan From My Generation to Yours – sebuah naratif yang dipetik bagi menunjukkan evolusi NS – Dr Ng menyamakan penyerahan tanggungjawab NS, dari bapa kepada anak lelaki, seperti menghulurkan baton dalam satu perlumbaan.

 

Rilek1Corner

Source: http://berita.mediacorp.sg

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *