A Hijab Issue: Apa Yang Orang Perlu Is Expertise Aku, Bukan Kaki Ke Ketiak Aku

Hijab issues.

Memang tak habis kan.

Especially kalau kita kerja in a non muslim environment.

Harini, aku kena one of the worst hijab comments dari a non muslim colleague. #IndiaMari

Mula2 dia tanya,

Dia : Kau pernah tak rasa macam nak bukak tudung and wear normal clothes?

Aku ekcheli tengah busy gila tapi ye la, dia budak baru so aku layankan je.

Aku : Apa yang normal? Ni normal la.

Dia : Tak.. maksud aku.. pakai normal blouse.. normal clothes la.

Aku : Tak pernah. Ni normal aku.

Dia : Kenapa kau nak cover up? Semua perempuan ada desire untuk dress up and melawa. Abih apa yang orang boleh nampak kalau semua kau tutup?

Aku : I am a senior system analyst with a double degree. Aku da puas melawa dengan make up, dengan baju2 sexy. Aku nak be defined by my intelligence. Bukan the depth of my cleavage.

Dia : Kau gila. Kau seriously gila. Aku tak pernah nampak orang so so silly macam kau. Aku dress up untuk diri aku, bukan untuk orang lain. Aku put on make up, dress nicely so orang tak pandang rendah pada aku.

Aku : Apa yang gila? Apa yang bodoh? Kau ada kau nye own definition of beauty. Pada aku yang sexy tu mentality, brain. Sekarang ni apa yang aku pakai cantik. Aku rasa cantik camni. Apa yang cantik pada aku, tak semestinya cantik pada kau. Aku tak pernah kutuk orang pakai sari buruk. So apa sebenarnya problem kau dengan my dressing.

Dia : Takla.. maksud aku macam kita kan career women, abih kau pakai macam ni, how orang nak take kau seriously? Kau tertekan dengan culture ke? Parents kau paksa kau pakai macam ni? Sebab aku kenal ramai muslim ladies yang modern. Kau nampak macam backdated.

*Sedap betul minah ni kutuk aku*

Aku : Aku tak perlu prove apa2 pada sesiapa. Kalau sesiapa rasa aku tak layak to do this job, aku will happily go. Apa yang orang perlu is expertise aku, bukan kaki ke ketiak aku. Modern tu tak terletak pada skimpy clothes. It is terletak pada pemikiran kita. Aku dengan agama aku, and ni cara aku. So kau rasa by wearing sleeveless and mini skirts, kau lagi modern dari aku? Make sure kau abiskan semua reports ni by today. Jangan asik bebual buang masa je.

Dia : Kau marah ke?

Aku : Yes. Marah. Sekarang diam. Aku nak sambung kerja.

Aku take hijab very seriously. Pada aku, it is bullshit bila orang kata takleh pakai hijab sebab kerja kat town or holding a senior professional position. Kita kena shake hands dengan clients lelaki. Takleh kuno sangat.

And so far memang selalu orang tanya, tak panas ke kau pakai gini. Aku ok kalau orang tanya baik2. But kalau orang kutuk2, arh tu memang la. Tekan switch auto eject to outerspace. And aku tak believe in “Biarlah apa orang nak kata.. janji Allah knows hati kita”. Memang la Allah tau, tapi aku bukan jenis bagi orang hentam je hijab. Aku berhijab kerana Allah and aku pertahankan hijab pon kerana Allah. Its just not me untuk “biarkan la”.

Anyway, yang nak kerja is kepala otak ke kepala? Jangan bukak tudung for your job. No matter what happens, jangan bukak tudung. Biar orang kata kita kuno ke, bodoh ke, gila ke pakai camni dalam hot weather.. lantak diorang la. Takde siapa yang boleh jamin rezeki kita. Rezeki kita da tertulis kat loh mahfudz. Hak kita.. akan jadi milik kita no matter what.

And yakin dengan rezeki dari Allah SWT. Tak guna kalau gaji 10 ribu tapi tak berkat. Baru dapat, da abis. Biar kita gaji kecik, tapi dengan gaji kecik tu, kita boleh ada bajet nak sedekah.

Aku da lama tak marah tapi lately aku tengok orang perlekehkan hijab and kata it is tuntutan kerja untuk bukak hijab. It is my passion.

Passion tu boleh jamin syurga ke?
Kalau tak boleh, buat apa buat?

Nanti bagi alasan yang sama pada Allah SWT. Bila Allah SWT tanya kenapa bukak tudung bila kerja, bila nak carik rezeki yang halal, cakap, “Sorry Allah, it is my passion.”

Siapa yang tak boleh terima, takyah waste time comment panjang2 sebab aku tak baca. Aku tak pernah judge orang yang tak berhijab sebab aku pon pernah struggle masa mula2 nak pakai hijab. Aku sayang and layan semua orang yang PM aku tak kira korang berhijab ke tidak ke. Semua sama je. And aku respect those yang tak bagi alasan untuk bukak hijab.

“Oh sebab kerja.”
“Oh Allah Maha Pengampun”

Ni hak peribadi. Nak pakai, you are saving yourselves. Not me. Taknak pakai, terserah.

Ingat, Allah SWT tak rugi sikit pon kalau kita taknak berhijab or solat. Kalau kita taknak taat, ada bermillion million lagi orang yang nak taat pada Allah SWT. Kita ni kira macam sebutir garam dalam lautan. Kalau kita betul la nak Allah SWT sayang kita, ikut perintah Allah.

“Kami dengar. Dan kami taat.”

Aku share bukan tuk riak. Tapi kinda untuk membebel pada those yang taknak take hijab seriously. Kita ada beli 50 pcs hijabs to give away. Kalau sesiapa rasa nak jinak2 berhijab, boleh PM aku, aku akan post out kan untuk korang as a small gift. But jangan give up untuk try berhijab.

Kita hidup tak lama kat dunia ni. Sekarang da makin ramai yang mati muda and mendadak. So kalau ada difficulties nak share, boleh PM. In shaa Allah aku boleb adakan masa sikit untuk membebel in private.

Ni bukan judge. Jangan narrow minded sgt. Ni cakap. Aku memang cakap camni. Kuat. Dengar tak? Hello..

Semoga bermanfaat. Pada those yang kaki menjawab macam aku, jangan takut jawab balik. Jangan asik dengan attitude “biarlah..” Sampai bila nak jadi layu2.. lembik2. Tunjuk orang kita pon ada otak nak fikir and kita are not stupid. Pada yang tak agree, to each his own.

 

Rilek1Corner

Credit: Khainis Tahir (We salute you!)

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *