Singapura Julang Piala Sultan Selangor Kali Ke-7! Kalahkan Pasukan Selangor PKNS 3-2

Pasukan Pilihan Singapura menumpaskan pasukan Selangor PKNS untuk menjulang Piala Sultan Selangor buat kali ketujuh.

Singapura menang 3-2 di hadapan 26,000 penonton di Hab Sukan, malam semalam (6 Mei).

Singapura membuka tirai jaringan seawal minit ke-11 menerusi tandukan Khairul Nizam.

Jurang gol dilanjutkan kepada 2-0 hasil gandingan Yasir Hanapi’ dengan Shakir Hamzah.

Pada minit ke-60, Faris Ramli menyempurnakan tendangan penalti bagi merubah kedudukan kepada 3-0.

Namun Selangor bangkit semula untuk merapatkan jurang gol kepada 3-1, tiga minit kemudian.

Pada minit ke-77, Gonzalo Castro menjaringkan gol kedua Selangor.

Tetapi Selangor gagal menambah jaringan sekaligus memberikan kemenangan kepada Singapura.

 

Rilek1Corner

Source: http://berita.mediacorp.sg

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *