Filem Karya Nur Shahidah Kongsi Pengalaman Bapa Terjebak Dengan Pengganasan

Seorang pelajar Filem Digital dan Televisyen dari Politeknik Temasek, Nur Shahidah, telah menerbitkan sebuah filem yang menceritakan pengalaman sebenar keperitan yang dilalui oleh keluarganya apabila bapanya cuba melakuka aksi pengganasan.

Ia mengisahkan bagaimana keluarganya terpaksa bergelut dengan kehidupan, dan bagaimana mereka berjaya mengatasinya. Melalui filem tersebut, Nur Shahidah menyeru agar rakyat Singapura tidak meminggirkan keluarga-keluarga yang terjejas oleh pengganasan, malah rakyat Singapura harus menyokong keluarga-keluarga yang terjejas ini.

Filem yang diterbitkan Nur Shahidah merupakan sebahagian daripada Gala Filem Cerita-Cerita Singapura yang dikendalikan oleh Singapore Discovery Centre. Singapore Discovery Centre telah bekerjasama dengan dua buah politeknik bagi menyokong bakat-bakat muda tempatan untuk menerbitkan filem-filem yang menceritakan kisah-kisah Singapura. Filem-filem yang diketengahkan bakal ditayangkan di Singapore Discovery Centre secara percuma bermula 1 Julai.

Source: Berita Mediacorp

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *