Ramadan Bazaar Malaysia – Ini Bukan Kucing, Ini Arnab

ERENGGANU: Baru-baru ini gambar seorang peniaga bazar Ramadan di Malaysia yang menjual hidangan kucing bakar menjadi viral.

Bagaimanapun, mStar Online berjaya mendapatkan reaksi peniaga itu yang dikenali sebagai Mohd Ebbie Shafiran. Beliau meluahkan: “Jangan kecam saya.” sambil menambah bahawa beliau hanya menjual daging arnab yang halal untuk dimakan umat Islam.

“Saya menjual arnab, barang halal, bukan barang haram. Suka hati korang,” kata Mohd Ebbie di laman Facebooknya yang ditukil mStar Online.

Semalam, para netizen terkejut dengan dua gambar yang dikongsi di bazar kerana ada yang mendakwa makanan eksotik yang dijual itu menyerupai kucing dan anak anjing.

Namun dek kuasa viral itu, perniagaan arnab panggang Mohd Ebbie semakin mendapat sambutan. Malah beliau turut meminta maaf kepada pelanggan kerana bekalan arnab panggangnya sudah habis ditempah.

Katanya, pelanggan perlu menunggu pada Ahad (11 Jun) atau Isnin (12 Jun) untuk menikmati hidangan tersebut.

“Terima kasih kepada yang sudi viralkan arnab panggang saya, cuma saya nak minta maaf. Kalau siapa-siapa pergi gerai saya untuk dua hari ni, memang tak ada bekalan, esok semua orang sudah tempah,” katanya yang ditukil mStar Online.

Source: http://berita.mediacorp.sg

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *