Warga Singapura Rahim Resad Mengembara Dan Beramal Sehingga Ke Norway

Mengembara sambil beramal, itulah yang dilakukan oleh seorang warga Singapura, Rahim Resad. Beliau yang telah menjelajah sejauh 20,000 kilometer selama tiga bulan dengan menunggang motosikal dari Singapura ke Malaysia, Thailand, Myanmar, India, Nepal, Pakistan, China, Kyrgyzstan, Kazakhstan, Rusia, Mongolia, Rusia, Finland dan Sweden, kini telah pun tiba ke destinasi utama di Nordkapp, Norway.

Rahim, yang sedang dalam misi Free Food For All (FFFA) untuk mengumpulkan dana bagi kempen Daily Dinner Delivery, telah berjaya mengumpulkan hampir $40,000 derma online menerusi laman giving.sg dan sekitar $10,000 menerusi talian telepol. Misi FFFA adalah untuk menyediakan makanan halal kepada semua penduduk memerlukan tanpa mengira bangsa dan agama. Kempen FFFA ini akan berakhir pada 26 Julai ini.

Walaupun Rahim menghadapi pelbagai rintangan semasa pengembaraan beliau, apatah lagi semasa bulan Ramadan ini, namun, beliau tetap positif untuk meneruskan penjelajahannya. Beliau yang akan menyambut raya di Nordkapp, bakal dijamu rendang dan Nasi Lemak oleh rakannya, Flo Gusti. Rahim akan kembali ke Singapura pada pertengahan Julai ini.

 

Source: Berita Mediacorp

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *