Bagi Leftenan Alfian Aman, Biasiswa SAF Bantu Beliau Lakar Kerjaya Dalam Bidang Dasar Awam

Bagi Leftenan Muhammad Alfian Aman, Biasiswa Merit Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) membantunya meringankan beban kewangan keluarganya.

Bapanya, yang merupakan satu-satunya pencari nafkah dalam keluarganya, didiagnosis dengan barah usus beberapa tahun yang lalu, dan bil perubatannya semakin menggunung.

“Kadang kala, bil-bil perubatannya agak mahal, namun kami berupaya mengusahakannya.” kata LTA Alfian, 20 tahun dengan tabah.

“Dengan biasiswa ini, ia membantu membiayai pengajian saya, ia benar-benar meringankan beban kewangan ibu bapa saya.”

Beliau akan melanjutkan pengajiannya ke sarjana muda dalam bidang pentadbiran perniagaan dan kemudian sarjana dasar awam di Universiti Nasional Singapura (NUS).

Di Istana semalam, LTA Alfian merupakan antara 15 penerima Biasiswa Merit SAF di majlis penyampaian Anugerah Biasiswa Pertahanan yang diberikan buat julung-julung kalinya.

Beliau percaya dengan mempelajari bidang dasar awam, ia akan menjadi sesuatu yang beliau ingin lakukan pada masa hadapan, iaitu untuk melakar dasar-dasar bagi memperbaiki kehidupan anggota perkhidmatan negara.

“Satu contoh yang saya fikirkan sekarang ialah bagaimana untuk mempermudahkan proses Ujian Kecekapan Jasmani Individu (IPPT),” katanya.

Pengalamannya berkhidmat dalam tentera membuatkannya berfikir tentang cara-cara untuk memperbaiki pengalaman komander platun yang dilantik unit 1BMT pada Januari tahun ini, yang merupakan salah satu tugas LTA Alfian untuk mendampingi rekrut-rekrutnya.

“Salah satu daripada cabaran saya ialah untuk mendampingi setiap rekrut….dan untuk meyakinkan mereka supaya bekerjasama sebagai sebuah platun,” katanya.

“Maka saya percaya bahawa peluang ini membolehkan saya untuk bertemu dengan mereka yang datang daripada pelbagai latar belakang dan ia juga membolehkan saya untuk mempelajari lebih banyak lagi tentang isu-isu dan membuat perubahan di peringkat asas.”

Selepas menamatkan pengajiannya kelak, LTA Alfian berminat menjadi seorang pegawai pemerintah dan beliau juga merancang untuk menyertai kursus taktik bagi mempersiapkan diri. Berkhidmat kepada negara mengalir dalam darah saya. “Saya berharap dapat terus berkhidmat dalam bidang tentera sehingga saya bersara kelak,” kata beliau lagi.

 

Source: http://berita.mediacorp.sg

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *