[Malaysia] Ibu Yang Gantung Buaian Anak Dalam MRT Dikecam

Membawa kereta sorong ke dalam pengangkutan awam mungkin sudah menjadi kebiasaan, tetapi membawa buaian anak dan menggantungnya di dalam MRT ternyata bukan suatu yang lumrah dilihat.

Dalam sebuah laporan mStar, para penumpang terkejut apabila seorang ibu bertindak menggantung buaian anaknya pada senggayut pemegang tempat berdiri.

Gambar tindakan pelik ibu kanak-kanak itu turut menular dan dikecam pengguna media sosial baru-baru ini.

Seorang pengguna Facebook, Nana Abd Rashid, seperti dipetik mStar, berkongsi status mengenai peristiwa itu yang disifatkan sebagai amat memalukan.

“Alahai kak, awat tak bawak tilam, toto skali naik MRT. Tolonglah kak, jangan bagi malu. Anak-anak tu kalau boleh pantau sikit, jaga harta benda awam bersama.

“Boleh pula dia bawa buai sangkut dalam MRT. Keselamatan anak tanggungjawab mak bapa ,kalau la emergency brake, tercampak anak, confirm viral salahkan MRT… alahai…,” tulisnya di Facebook.

Menurut mStar, Transit Aliran Massa (MRT) menyifatkan tindakan ibu itu sebagai amat membahayakan.

Pihak tersebut dalam satu kenyataan turut menasihati semua penumpang supaya menjaga keselamatan apabila menggunakan perkhidmatan itu dan tidak merosakkan kemudahan disediakan.

 

Source: http://berita.mediacorp.sg

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *