Kebakaran Yang Berlaku Di Kedai Nasi Lemak Changi Village Semalam; Bermula Dari Kedai Mizzy Corner Nasi Lemak

Satu kebakaran berlaku di pusat penjaja Changi Village pada pagi Isnin (7 Ogos) menjejas gerai Mizzy Corner Nasi Lemak. Namun orang awam berjaya memadamkannya.

Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) melaporkan ia mendapat tahu tentang kejadian itu pada jam 5.35 pagi dan segera mengerahkan kereta bomba ke tempat kejadian.

Kebakaran tersebut melibatkan “isi dapur” dan “saluran ekzos” menurut SCDF, sambil menambah bahawa ia dipadamkan oleh orang awam menggunakan alat pemadam api sebelum SCDF tiba di tempat kejadian.

Tidak ada kecederaan dilaporkan, dan punca kebakaran sedang disiasat.

Seorang pekerja daripada gerai restoran Dil B’ mengatakan beliau terdengar jeritan orang yang memekik ‘api!’. Sejurus selepas itu, beliau bersama tujuh pekerja yang lain segera bergegas untuk menolong memadamkan api.

Video yang tersebar di media sosial menunjukkan sebahagian daripada gerai Mizzy Corner Nasi Lemak terbakar, dengan api dan asap yang yang kelihatan seperti mencecah bahagian saluran ventilasi berhampiran siling, di bahagian atas barisan gerai-gerai tersebut.

Seorang lelaki dilihat memadamkan api di gerai itu dengan alat pemadam api, manakala seorang lagi memanjat meja, dengan mencuba untuk memadamkan api berhampiran dengan saluran.

Seorang pengurus ICT, Muhammad Syaheer, 28 tahun, berkata beliau berada di tempat kejadian pada jam 5.30 petang, 12 jam selepas kejadian berlaku.

Beliau berkongsi bahawa seorang pembersih memberitahunya bahawa kebakaran bermula pada jam 5.00 pagi di gerai Mizzy Corner Nasi Lemak.

Syaheer menambah keadaan perniagaan kelihatan berjalan seperti biasa apabila beliau berada di tempat kejadian pada petang itu, walaupun empat daripada gerai dikatakan tutup- “gerai nasi lemak yang popular, gerai minuman, gerai sate, gerai nasi beriani dam”.

Menurut pemilik gerai nasi lemak, Cik Mizrea, kerosakan yang berlaku akibat daripada kebakaran itu boleh memakan kos di antara S$20,000 hingga S$30,000. Beliau menambah beliau berasa “lega” bahawa kebakaran tidak merebak ke gerai-gerai lain dan tiada siapa yang tercedera.

“Mulai sekarang, kita perlu berhati-hati…Awak tidak akan tahu bila kebakaran boleh berlaku, dan awak tidak dapat membayangkan sejauh mana kebakaran boleh terjadi dan sejauh mana ia boleh menyebabkan kerosakan,” tambahnya.

 

Source: http://berita.mediacorp.sg/

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *