Coffee Can Cause Cancer?

Kopi secara peribadinya tidak menyebabkan kanser. Ia hanya boleh menyebabkan kanser jika diminum terlalu panas. Begitu juga dengan minuman lain. Boleh menyebabkan kanser jika diminum terlalu panas. Jadi kanser hanya disebabkan cara penyediaannya. Bukan biji kopi itu sendiri. Malah kopi dikatakan dapat mencegah kanser.

Pada 2015, World Cancer Research Fund (WCRF) – pertubuhan bukan kerajaan yang menggalakkan penyelidikan tentang kanser memberitahu, kesimpulan dari 6 kajian besar (a meta-analysis), didapati bahawa risiko mendapat kanser hati ( liver cancer) lebih rendah di kalangan peminum kopi. Pada 2013, satu lagi kaji meta-analisis menunjukkan wanita yang minum kopi sehari secawan dapat mengurangkan risiko mendapat kanser rahem.

Bagaimana kopi menjadi minuman bermanfaat? Terdapat bukti saintifik bahawa bahan dalam biji kopi yang meningkatkan keupayaan insulin bertindak lebih baik, dan bertindak sebagai anti-keradangan. Ia membantu mengelakkan keradangan yang kronik dalam tubuh yang mungkin menjadi punca yang menyebabkan kanser. Dalam kajian lain, saintis percaya kopi dapat menghalang kerosakan DNA, melambatkan pertumbuhan kanser dan mempercepatkan sel-sel abnormal agar segera mati sebelum bertukar menjadi kanser.

 

Source: Dr Zubaidi Hj Ahmad

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *