Koleksi Tudung Dari Anuar Zain

Dah lama tak dengar cerita tentang penyanyi pujaan wanita, Anuar Zain. Khabarnya Anuar Zain sudah mula berniaga. Lebih mengejutkan perniagaan yang diceburinya itu memang lain dari yang lain. Selalunya selebriti lelaki akan keluarkan jenama pakaian sendiri tapi Anuar Zain tampil berani dengan mengeluarkan jenama tudungnya sendiri yang diberi nama AwanByAz.

Jangan terkejut, koleksi tudung ini sudah pun mula dijual menerusi laman rasmi www.shopbyaz.com. Menariknya tentang koleksi AwanByAz ini, setiap rekaan diinspirasikan daripada unsur-unsur keindahan alam semula jadi, kembara dan seni. Ketiga-tiga elemen ini diterapkan dalam koleksi AwanByAz. Apa yang pasti, tudung ini tampil dengan 7 rekaan corak moden yang pasti memikat hati para hijabista serta dihasilkan daripada fabrik yang berkualiti tinggi. Harga yang ditawarkan bermula RM220 hingga RM300.

Namun apa yang menjadi tanda tanya ialah mampukah tudung berharga RM200 ini bersaing dengan jenama-jenama hijab terkenal yang lain? Jom lihat koleksi tudung AwanByAz yang memang cantik-cantik belaka semuanya!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *