Pondan Shinta Ratri: “Hasil Pelacuran Dan Seks Rambang Semuanya Diterima Tuhan”

Pondok Pesantren Waria Al-Fatah, satu-satunya madrasah pengajian agama yang dikhaskan untuk golongan pondan atau dipanggil sebagai waria (gabungan wanita dan pria) di Indonesia. Menurut pengasasnya Shinta Ratri, “Islam menerima golongan transgender kerana Islam merupakan rahmat untuk seluruh alam.” Tambah mak nyah berusia 55 tahun ini lagi, apa pun pekerjaan dan pendapatan termasuk hasil pelacuran dan seks sumbang semuanya diterima Tuhan asalkan ia dilakukan dengan sikap yang jujur.

Menurut laporan BBC Indonesia, penubuhan madrasah tersebut telah mencetuskan kemarahan penduduk negara itu. Walau bagaimanapaun ia langsung tidak melemahkan semangat Shinta Ratri untuk terus memperjuangkan dan memartabatkan kedudukan golongan mak nyah dalam agama. “Kami mahu buktikan Islam menerima golongan transgender, dan Islam merupakan rahmat untuk seluruh alam,” tambahnya. Sebelum ini juga Shinta pernah bergelar seorang isteri dan pernah berkahwin dengan dua orang lelaki.

“Kami memahami Islam sebagai rahmatan lil ‘alamin – Islam yang menjadi rahmat seluruh alam. Ketika agama digunakan menyakiti dan menyeksa orang, itu sudah di luar koridor rahmat seluruh alam.” Kebanyakan penuntut di madrasah tersebut terlibat dalam aktiviti pelacuran untuk menampung hidup. Shinta Ratri juga mendakwa yang perjuangannya itu mendapat sokongan dari pemimpin-pemimpin agama setempat. “Kami perlu mendidik masyarakat mengenai kaum mak nyah, dan kami harus memberi tekanan kepada kerajaan agar mereka memperakui bahawa kami juga mempunyai hak yang sama,” jelasnya.

 

Source: Kaki Share

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *