Dibuang Keluarga Sebab Convert To Islam

Selepas dibuang keluarga kerana pengislaman saya, saya mulakan kehidupan saya from the scratch. Dulu masa saya tinggal bersama ayah, segala keperluan disediakan tanpa perlu meminta. Memang perit. Terlalu perit untuk ditelan. Bukan sekali dua saya ditipu dalam bisnes. Tapi apa yang saya boleh buat ialah bangun semula dan teruskan berjalan.

Bermula dengan menaiki basikal, saya perlahan-lahan berniaga secara kecil-kecilan untuk menampung perbelanjaan saya di universiti. Masa belajar di universiti, disitulah bermulanya kerjaya saya iaitu home tutor secara part time. Masa tu saya tak pandai nak cari klien. Apa yang saya buat masa tu ialah mencari klien melalui ejen. Namun, communication skill saya amat lemah. Saya takut berbicara dengan orang dan sangat kekok kerana saya amat tertekan selepas dibuang keluarga.

Jadi, saya mencari idea baru untuk mengumpul wang dengan ekspres supaya saya dapat beli sebuah motorsikal untuk kemudahan saya bergerak. Saya disahkan menghidapi penyakit scoliosis (tulang belakang bengkok berbentuk “c”). Saya terus buat buku mengenai kajian yang telah baca dan menarik saya masuk Islam.

Saya pergi ke semua gerai, kedai dan restoran untuk menjual buku saya tu. Saya print guna kertas A4 dan fotostat banyak2 dan laminate jadikan ia sebuah buku yang nipis. Masa tu, memang saya macam peminta sedekah. Bukan sekali dua saya dihalau, dihina dan buku saya pernah dicampak oleh pemilik restoran. Terus saya masuk tandas restoran tersebut dan menangis. Walaupun saya lelaki, tapi peristiwa tu tetap saya takkan lupa sampai bila-bila.

Kemudian, saya belajar untuk improve skill supaya saya boleh teruskan kerja sebagai home tutor walaupun masa tu hanya part time. Saya mengajar part time home tuition ketika belajar di universiti. Dari situ, saya tekad untuk kumpul duit untuk beli kereta dan rumah. Sebab dalam masyarakat cina, kami dididik untuk memiliki hartanah diusia muda. Memang ayah saya mampu beli rumah untuk saya ketika itu. Tetapi selepas masuk Islam, ayah saya membatalkan hasratnya itu. Jadi, saya sedaya upaya fikir cara lain untuk memiliki rumah. Saya tak selesa menyewa kerana banyak masalah yang perlu dihadapi. Saya memang takkan berkahwin selagi tak ada rumah kerana saya tak mahu isteri dan anak merasai kepahitan yang saya lalui. Saya nak bagi yang terbaik buat mereka walaupun rumah kos rendah. Bagi saya ia lebih baik daripada langsung tak ada.

To make story short, dari menyewa sebuah bilik stor, kemudian sewa bilik, akhirnya berkat saya mengajar home tuition, saya berjaya membeli sebuah rumah kos rendah yang bagi saya sudah cukup untuk saya berlindung dari hujan dan panas.

At the end of the day, people only know your name not your story.
(gambar ini adalah waktu saya ulang alik dari Kolej Kuis semasa semester break, disebabkan semua pelajar kena kosongkan bilik.)

 

 

Source: Adam Kelvin

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *