Baru-baru ni, ada pergerakan memakai putih untuk kembali ke fitrah, pada 28 June ini. Ada juga yg tidak memberi sokongan atas alasan, ‘kalau nak kembali ke fitrah, tidak perlu memakai putih. Sembarang warna pun boleh.’
Di sini masalah orang Islam. Berpecahan. Kalau kita beri sokongan, apakah menjadi dosa? Jatuh miskin ke kita di dunia dan hari kemudian apabila memberi sokongan?
Masalah sekecil inipun dibantah, dicela, dikritik.
Dalam soal ini, saya neutral. Tapi memandangkan ianya tidak mendatangkan dosa untuk saya kalau saya menyokong, saya rasa paling sedikit saya boleh buat adalah dengan sokongan moral dan lisan.
Kita tahu ada banyak cara untuk kembali ke fitrah. Tapi yang mengaturkan acara ini, memilih supaya kita memakai serba putih untuk menunjukkan kesatuan. Bagaimana kita hendak bersatu jikalau perkara sekecil ini yang tidak melanggar peraturan Islam pun dibangkang? Berat ke untuk kita menyatakan sokongan kita supaya pergerakan ini dapat sokongan orang ramai dan sekaligus, dapat eratkan perpaduan?
Dari segi kelebihan dan kelemahan, saya tidak dapat terfikir akan kelemahan yg ada pada pergerakan tersebut. Malahan, ia banyak kelebihannya dari sudut perpaduan. Jadi mengapa susah untuk orang kita menolak tepi perbezaan pendapat untuk sesuatu yang baik? Saya mahu bertanya mereka-mereka yang membangkang sepenuhnya. Mengapa tidak setuju dgn cara ini? Dari segi haram, adakah ia merosakkan akidah? Ataupun mendatangkan dosa kepada yg menyertai?
Kalau kedua-duanya tidak, dengan segala hormat dan merendah diri saya usulkan supaya kita berhentikan membantah hanya kerana tidak sesuai dengan citarasa masing-masing. Mari kita lihat kepada kebaikkan dalam masa panjang. Dan kalau tidak dapat melihat akan kabaikkannya dalam masa panjang, atau kelemahan pergerakkan tersebut, jgn pula lancang atau memperkecilkan usaha mereka2 ini. Mereka bergiat untuk ummah walaupun tidak sehaluan dgn cita rasa kita. Mungkinpun saya tidak akan memakai putih pada hari tersebut, tetapi niat baik org2 ini, tidak harus dicela. Malahan, kita harus beri semangat untuk mereka meneruskan hajat baik mereka itu.
Maaf kalau pendapat saya ini kurang menyenangkan pihak-pihak tertentu. Tidak bermaksud untuk bertelaga. Cuma sebagai kaum muslim di singapura, saya mahukan yang terbaik untuk semua. Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.
Wasalaam.
Dikarang oleh Osman Sulaiman
READ RELATED ARTICLES ON WEAR WHITE & PINKDOT SG