Dato Seri Vida Cadang Untuk Ambil Mangsa-Mangsa Tahfiz Sebagai Anak Angkat

“SAYA akan jadikan anak-anak tahfiz yang terselamat dalam tragedi ini sebagai anak angkat saya dan bawa mereka pergi bercuti untuk hilangkan tekanan dan trauma yang dialami mereka.” Demikian luahan jutawan kosmetik, Datuk Seri Hasmiza Othman atau Datuk Seri Vida ketika ditemui melawat Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Jalan Keramat Hujung, hari ini. Katanya, dia akan berbincang dengan pihak tahfiz dan mengaturkan masa untuk mengambil pelajar yang terselamat dalam kejadian kebakaran pusat tahfiz itu untuk ke rumahnya sebelum membawa mereka keluar bercuti.

“Saya mahu hilangkan trauma dan tekanan yang dialami semua 18 anak-anak tahfiz ini dengan membawa mereka ke rumah saya dan menjadikan mereka sebagai anak angkat saya. Keduanya, saya akan membawa mereka bercuti dan mengadakan beberapa aktiviti yang boleh melupakan tekanan mereka seperti mana saya pernah lalui dahulu,” katanya yang kini popular dengan lagu I Am Me.

Menurutnya, bagaimanapun dia masih belum memutuskan lokasi percutian yang akan dibawa namun satu cadangan yang beliau ingin lakukan adalah membawa pelajar tahfiz itu menjalankan ibadah umrah dalam masa terdekat. Vida berkata, usaha itu sebagai satu daripada saham akhirat yang ingin beliau lakukan sempena tahun baru Maal Hijrah. Pada 14 September lalu, Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah terbakar sehingga mengorbankan 21 pelajar dan dua warden dalam kejadian yang berlaku 5.15 pagi.

 

Source: Harian Metro

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *