Category: Singapuraku

  • MUIS Agih Bantuan Ramadan Hampir S$2 Juta Tahun Ini, Naik 16%

    MUIS Agih Bantuan Ramadan Hampir S$2 Juta Tahun Ini, Naik 16%

    Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) membelanjakan S$1.94 juta tahun ini bagi membantu golongan memerlukan dalam bulan Ramadan.

    Ia kenaikan sekitar 16 peratus berbanding tahun lalu dan memberi manfaat kepada lebih 12,900 penerima.

    Selain itu, jumlah Bonus Ramadan yang diagihkan kepada setiap penerima juga bertambah dan dimanfaatkan lebih ramai penghuni di rumah-rumah kebajikan. Demikian didedahkan di Majlis Pengagihan Bonus Ramadan MUIS petang tadi (24 Jun).

    Tahun lalu, MUIS menerima sumbangan zakat sebanyak S$35.3 juta. Daripada jumlah itu, hampir separuh atau S$17.2 juta diagihkan kepada beberapa golongan memerlukan.

    Ini termasuk golongan fakir miskin menerusi bantuan kewangan bulanan dan Program Pengupayaan Bersepadu (EPS) serta para pelajar madrasah yang memerlukan, menerusi Skim Bantuan Kewangan Madrasah di bawah Dana Kemajuan (PROMAS).

    Seperti tahun-tahun sebelumnya, sebahagian daripada wang zakat juga diagihkan semasa bulan Ramadan bagi membantu golongan memerlukan.

    Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Dr Yaacob Ibrahim, berkata: “Untuk Ramadan kali ini, MUIS akan membelanjakan hampir S$2 juta untuk sekitar 12,900 penerima bantuan kewangan MUIS serta keluarga mereka, penerima bantuan jangka panjang Comcare dan penghuni Islam di rumah-rumah kebajikan.

    “Perbelanjaan ini merupakan kenaikan sekitar 16 peratus jika dibandingkan dengan tahun lalu. Jumlah ini juga merangkumi pembiayaan program-program sokongan yang dijalankan di merata kelompok masjid sepanjang Ramadan.”

    Daripada jumlah itu, S$235,000 akan digunakan bagi membiayai program-program Ramadan serta pemberian hamper raya kepada para penerima zakat.

    Baki S$1.66 juta pula diagihkan dalam bentuk Bonus Ramadan kepada para penerima bantuan, termasuk para penghuni di 50 rumah tumpangan – hampir separuh daripada rumah-rumah itu, penerima kali pertama.

    Ketua Unit Pembangunan Sosial MUIS, Muzaiyanah Hamzah berkata: “Alhamdulillah, tahun ini, kami telah dapat menambah jumlah rumah kebajikan yang menerima Bonus Ramadan MUIS daripada 27 tahun lepas, naik hampir dua kali ganda tahun ini kepada 50.

    “Dan hampir 2,000 penghuni dari rumah kebajikan warga emas dan kanak-kanak menerima Bonus Ramadan. Kami harap sumbangan kecil ini akan memberikan sedikit keceriaan untuk mereka dalam menyambut Ramadan dan juga Syawal yang akan tiba.”

    JUMLAH WANG BONUS TAHUN INI LEBIH TINGGI

    Setelah disemak semula, jumlah wang bonus yang diterima setiap orang tahun ini juga lebih tinggi.

    Para penerima yang tinggal sendirian serta penghuni di rumah-rumah kebajikan menerima S$150 setiap orang, tambahan S$30 daripada sebelumnya.

    Golongan berkeluarga pula menerima S$120 bagi setiap anggotanya, S$20 lebih tinggi berbanding tahun lepas.

    Dengan kenaikan itu, keluarga Cik Faridah Abdullah seramai lapan orang menerima Bonus Ramadan berjumlah S$960 – tambahan S$160 daripada tahun sebelumnya.

    “Selain saya menggunakan (wang itu) untuk persiapan raya, saya menggunakan untuk keperluan anak-anak untuk membawa mereka membuat pemeriksaan kesihatan seperti terapi dan berjumpa doktor,” kata Cik Faridah.

    Selain Bonus Ramadan, MUIS juga memberikan bantuan zakat kepada golongan yang memerlukan sokongan jangka panjang, seperti warga emas, orang kurang upaya serta mereka yang menghidap penyakit kronik.

    Bantuan jangka pendek juga dihulurkan seperti melunaskan bil api air serta pembiayaan untuk keperluan pembelajaran.

    Source: Berita MediaCorp

  • Makcik: University Graduate Girls Should Marry University Graduate Boys

    Makcik: University Graduate Girls Should Marry University Graduate Boys

    “Cik dah nampak the exchange of messages antara lelaki ITE yg nak kenal kenalan dgn pelajar NUS. Cik rasa tak salah kalau pelajar perempuan tuh reject based on tahap pendidikan.

    Ini kerana biarlah mereka yg ITE dipadankan dengan mereka yg datang dari ITE. Dan kalau yg uni tuh, biarlah dipadankan dengan lulusan universiti. Ini kerana kalau tidak, akan ada masalah dalam keluarga dari segi pemikiran.

    Cik pun ada anak perempuan yg sdg belajar diperingkat universiti. Harap DRZ tak marah, tapi kalau dia dipadankan dengan seorang yg bukan ditahap pendidikannya, takut akan ada ketidak seimbangan.”

    Adakah anda bersetuju dengan pendapat ini? Kalau tidak atau ya, mengapa? Ada pengalaman? Kongsi di sini dengan berhemah. Silakan.

    ‪#‎rembatpendapat‬
    ‪#‎amacampuasa‬

     

    Source: Dzar Ismail

  • Zulfikar Shariff: Israel Is A Political Entity All About Oppression, Not Religious Diversity

    Zulfikar Shariff: Israel Is A Political Entity All About Oppression, Not Religious Diversity

    Some friends posted about the Israeli embassy iftar in Singapura a few days ago.

    I think it is terribly unfortunate that Muslims attended that event.

    If they are forced to attend, then I can understand it.

    But for those who attended out of their own accord…why?

    Some of those who attended argued it is about accepting religious diversity.

    That argument shows how flawed their position is.

    Israel is not about religion.

    It is a political entity. It is a political creation that at its very core is about dispossession and oppression.

    We can respect and have affection for the Jewish communities.

    But do not confuse the state of Israel with those who believe in Judaism.

    By conflating Judaism with Israel, they are insulting all the Jewish communities that reject the atrocities that Israel perpetuates.

    Those who attend out of their own free will should know that their participation will not help Palestinians.

    The Israeli embassy in Singapura does not have the authority to influence Israeli policies or stop its violence…

    Or will it relay your personal concerns to the Israeli government.

    All you do is legitimise Israel and its behaviour.

     

    Source: Zulfikar Shariff

  • Beranikan Diri Buka Restoran Empat Tingkat Di Tengah Bandar

    Beranikan Diri Buka Restoran Empat Tingkat Di Tengah Bandar

    DALAM keadaan ekonomi tidak menentu kini, Encik Rahmad Basir dan isterinya, Cik Reetha EF, memberanikan diri membuka restoran empat tingkat – Rayz Bistro – di kawasan Selegie pada awal Ramadan lalu.

    Malah sebelum mendapatkan tempat bagi restoran itu, Encik Rahmad terpaksa meneroka pelbagai tempat sehingga menemui sebuah bangunan klasik kolonial.

    Pasangan suami isteri yakin dapat kendali Rayz Bistro bersandarkan pengalaman dan kemahiran

     

    Source: Berita Harian

  • Mohamad Daniel, 2 Tahun, Didera Ibu Dan Teman Lelakinya Hingga Mati; Dada Dan Perut Dipijak

    Mohamad Daniel, 2 Tahun, Didera Ibu Dan Teman Lelakinya Hingga Mati; Dada Dan Perut Dipijak

    Setiap hari selama lima minggu, Mohamad Daniel Mohamad Nasser, 2 tahun, menderita dek didera ibunya sendiri dan teman lelaki wanita itu.

    Setiap hari juga, pasangan itu menendang, menampar dan memijak Daniel, dan memaksa budak itu berdiri selama berjam-jam lamanya sambil meletakkan kedua-dua tangannya di atas kepala – dengan hanya memakai lampin.

    Mereka juga memaksa anak kecil berusia 2 tahun itu makan cili kering.

    Perbuatan tidak berhati perut itu terbongkar juga apabila kanak-kanak itu akhirnya meninggal dunia akibat kecederaan teruk selepas lima minggu didera, pada 23 November 2015.

    Ibu mangsa, Zaidah, 41 tahun, dan teman lelakinya, Zaini Jamari, 46 tahun, mengaku bersalah hari ini (23 Jun) – masing-masing atas satu tuduhan menyebabkan kecederaan teruk hingga menyebabkan kematian, dan tiga tuduhan penderaan kanak-kanak.

    Pasangan itu bersama bayi mereka yang berusia 1 tahun dan Daniel, iaitu anak lelaki Zaidah dari hubungan sebelumnya dengan lelaki lain, tinggal bersama di flat satu bilik Telok Blangah. Dua lagi penghuni lain turut menyaksikan penderaan itu.

    Lagi 26 dan 18 tuduhan penderaan kanak-kanak ke atas pasangan tersebut, yang kedua-duanya pekerja pembersihan, akan diambil pertimbangan apabila mahkamah menjatuhkan hukuman pada 15 Julai ini.

    PENDERAAN YANG “KEJAM DAN TIDAK BERPERIKEMANUSIAAN”

    Di mahkamah hari ini, Timbalan Pendakwa Raya, Claire Poh menyifatkan “penderaan fizikal, mental dan emosi” terhadap kanak-kanak dua tahun yang “tidak boleh mempertahankan diri sendiri” sebagai “kejam dan tidak berperikemanusiaan.”

    Mahkamah diberitahu bahawa dalam satu insiden pada 18 November 2015, budak itu tertidur ketika berdiri dengan tangannya di atas kepala. Melihat keadaannya itu, ibunya mula menampar muka dan dada budak itu untuk mengejutkannya dari tidur.

    Rakannya yang tinggal dalam flat yang sama melihat darah mengalir dari mulut budak itu apabila ibunya menderanya.

    Budak lelaki itu terjatuh ke lantai, dan Zaidah memintal kedua-dua tangan anaknya itu dan memijaknya.

    Dia kemudian mengangkat budak itu ke tandas dan menukar lampinnya, sebelum memaksanya terus berdiri dengan tangannya diletakkan di atas kepala, kata DPP Poh di mahkamah.

    PIJAK DADA ANAK & DITAMPAR

    Pada 22 November, iaitu sehari sebelum kematiannya, Daniel didera selama berjam-jam lamanya.

    Sekitar 10.00 pagi, apabila budak itu enggan makan sarapan, Zaidah menamparnya. Dia memberikan mangkuk sarapan itu kepada Zaini, teman lelakinya, yang cuba memberi budak itu makan.

    Apabila mangsa tetap enggan makan, kedua-dua Zaidah dan Zaini menamparnya beberapa kali dan wanita itu juga memukul bahagian belakang tubuh budak itu, hingga mangsa terjatuh ke lantai. Apabila Daniel tidak bangun dari lantai, Zaidah memijak dada anaknya itu sebelum menarik lengannya.

    Budak itu makan dua atau tiga sudu makanan, namun enggan makan lebih banyak daripada itu. Dia kemudian disuruh berdiri di satu sudut.

    Sekitar 7.00 malam pada hari itu, kanak-kanak itu sandar pada katil kerana letih setelah berdiri sepanjang hari. Apabila pasangan itu melihat keadaan budak itu, mereka menampar Daniel, yang baring di atas lantai dan menutup matanya.

    Zaini membawa budak itu ke dapur dan memaksanya makan dua sudu cili kering, sebelum memaksanya terus berdiri di ruang tamu.

    PERUT DANIEL DIPIJAK, KEPALA TERHENTAK KE LANTAI

    Pada sekitar 8.45 malam kemudian, Daniel menjadi lemah dan tidak mampu terus berdiri. Ibunya mencubit tubuhnya dan pipinya dan menamparnya beberapa kali.

    Mahkamah diberitahu Zaidah menyangka budak itu berpura-pura lemah dan mengadu kepada teman lelakinya.

    Zaini menampar budak itu, memijak perutnya hingga Daniel terjatuh ke lantai dan terhentak kepalanya. Zaini kemudian memaksa budak itu makan cili buat kali kedua hari itu.

    Keesokan harinya, pasangan itu tidak mampu mengejutkan budak itu, dan dua rakan mereka yang tinggal bersama mereka menelefon ambulans. Daniel disahkan meninggal dunia pada 9.11 pagi.

    PASANGAN PULANG TONTON TV SETELAH SOAL SIASAT

    Apabila ditanya para paramedik dan polis mengapa tubuh mangsa berlebam-lebam, pasangan itu berbohong dan berkata budak itu biasa mencubit dirinya sendiri, dan jatuh tersungkur di tandas.

    DPP Poh berkata pasangan itu tidak menyesali tindakan mereka itu dan menyeru mahkamah menjatuhkan hukuman penjara sekurang-kurangnya sembilan tahun dan 12 kali sebatan untuk Zaini serta hukuman penjara lebih berat untuk Zaidah.

    Pendakwa raya itu berhujah bahawa pasangan itu lebih mementingkan untuk melindungi diri sendiri dan langsung tidak mengendahkan tragedi yang berlaku itu. Bahkan, kata DPP Poh, pasangan itu pulang ke rumah dan menonton televisyen setelah disoal siasat polis tentang kematian budak itu.

    DANIEL ALAMI LEBIH 40 KECEDERAAN

    Pendakwa raya mengambil masa beberapa minit untuk membacakan di mahkamah senarai lebih 40 kecederaan yang didapati pada tubuh mangsa semasa bedah siasat. Mangsa juga didapati mengalami keretakan tulang rusuk dan pendarahan dalam otak.

    Hakim Daerah Bala Reddy mengarahkan pegawai mahkamah menunjukkan kepada pasangan itu, yang berdiri bersebelahan satu sama lain di kandang tertuduh, gambar-gambar kecederaan yang mereka lakukan sendiri kepada Daniel, yang dipetik setelah budak itu meninggal dunia.

    Namun, pasangan itu tidak menunjukkan sebarang reaksi, kata hakim, yang menunjukkan mereka tidak menyesali perbuatan mereka itu. Apabila ditanya sama ada mereka mahu berkata apa-apa, kedua-dua mereka mengambil kesempatan itu untuk merayu dijatuhi hukuman lebih ringan.

    Atas kesalahan menyebabkan kecederaan teruk hingga menyebabkan kematian, pasangan itu boleh dipenjara sehingga 10 tahun dan didenda atau disebat.

    Atas kesalahan penderaan kanak-kanak, mereka boleh dipenjara sehingga empat tahun dan/atau didenda sehingga S$4,000 bagi setiap tuduhan.

    Source: Berita MediaCorp

deneme bonusu