Category: Sosial

  • Jual Tahi Pada Harga Tinggi

    Jual Tahi Pada Harga Tinggi

    Tak pernah terlintas di fikiran bahawa najis manusia boleh dijadikan hasil seni walaupun ia kedengaran agak ‘menggelikan’. Seorang pemilik ‘seni tahi’ mencipta koleksi najisnya dalam tin seberat 30 gram (g) dan ia mengandungi najis penggiat seni warga Itali, Piero Manzoni. Pengumpul koleksi ‘seni tahi’ sanggup membelinya pada harga tinggi hingga mencecah ribuan Dollar hanya kerana ingin mengumpul koleksi tahi.

    Idea itu tercetus daripada Piero Manzoni yang menyimpan najisnya ke dalam tin pada tahun 1961 dan dia tidak menjangka idea berkenaan dapat memberikan pulangan yang lumayan. Sebuah galeri seni bernama Tate di London telah membeli satu tin Manzoni dengan harga £22,350 pada tahun 2007. Walaupun koleksi ‘seni tahi’ ini agak pelik, namun koleksi tahi Manzoni sebanyak 90 tin kini mencecah AS$300,000 satu tin. Untuk pengetahuan anda, satu tin yang ke-54 dijual pada harga £182,50.

  • Cara Pemakaian Cincin

    Cara Pemakaian Cincin

    Perhatian: Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki atau pun perempuan.

    Nasihat Nabi Muhammad Saw. kepada Saidina Ali rhu. sesudah bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan Nabi Muhammad Saw. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin pakailah di jari:
    1] jari manis
    2] jari kelingking (anak jari)

    Dan jangan memakai pada jari:
    1] jari tengah
    2] jari telunjuk

    Nabi Muhammad saw. melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s.

    Source: Islam Itu Indah

  • Dosa Simpan Kuku Panjang Sama Seperti Memelihara Sekandang Babi

    Dosa Simpan Kuku Panjang Sama Seperti Memelihara Sekandang Babi

    Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang, dosanya sama seperti memelihara sekandang babi. Jika kesemua jejari kita menyimpan kuku yang panjang, bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk kesemua babi-babi tersebut. Potonglah kuku anda.

    The Truth
    Jangan ada niat simpan kuku panjang walaupun hanya 1 mm atau pun hanya jari kelingking. Bagi orang Islam adalah tidak sesuai berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi menggunakan tangan untuk beristinjak. Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang bodoh atau pun degil dan suka melepak sebab diberi makan bahan kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan seperti memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong, dll. Apa ilmu pun yang di ajar pun tak akan boleh diterima masuk ke dalam kepala.

    Percayalah
    Pasal tabiat berkuku panjang inilah yang membuatkan orang Melayu mundur dan tidak berjaya. Syarikat Melayu yang bangkrap dan rugi teruk adalah kerana mempunyai pekerja dan pemilik yang berkuku panjang. Untuk yang bujang beringatlah. Kalau hendak cari pasangan dan mahu anak yang pandai dan mendengar kata, pilihlah wanita atau lelaki yang sentiasa berkuku pendek. Insya-Allah.

    Maklumat Tambahan
    Kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam najis manusia, iaitu E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilang walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri.

     

    Source: Islam Itu Indah

     

  • Pelajar Pusat Tahfiz Yang Hilang Sebelum Kebakaran Sedang Membantu Siasatan Polis

    Pelajar Pusat Tahfiz Yang Hilang Sebelum Kebakaran Sedang Membantu Siasatan Polis

    Seorang pelajar pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah yang dikatakan hilang sebelum kejadian kebakaran telah ditahan polis untuk membantu siasatan. Remaja tersebut dibawa ke lokasi kejadian hari ini untuk proses mengumpul bukti. Remaja yang berjaket hitam dibawa dalam keadaan tidak bergari sambil diiringi dua pegawai polis dipercayai dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur.

    Pihak polis telah memeriksa petunjuk terbaru dari rakamana CCTV selain menumpukan siasatan kepada pagar di sebelah tepi dan belakang pusat tahfiz. Remaja lelaki yang dibawa ke lokasi kejadian dipercayai telah menyelinap keluar dari asrama beberapa jam sebelum kejadian kebakaran yang meragut nyawa 23 pelajar serta guru pusat tahfiz berkenaan. Sejak pagi semalam, beberapa pegawai dan anggota meninjau keadaan pagar kawat yang dipercayai boleh menjadi laluan keluar dan masuk oleh penceroboh ke dalam pusat tahfiz ini.

    Pagar kawat yang memisahkan bahagian belakang pusat tahfiz didapati mempunyai kesan potong serta sudah diregangkan. “Malah, faktor pelajar cuba menyelinap keluar pada waktu malam dan awal pagi juga turut diambil kira sebagai membantu melengkapkan siasatan,” katanya. Segala bentuk siasatan kes berkenaan akan turut dirujuk berdasarkan hasil siasatan Unit Forensik Polis dan Bomba.

  • Sempat Ambil Ujian UPSR Selepas Mandikan Dan Kafankan Arwah Bapa

    Sempat Ambil Ujian UPSR Selepas Mandikan Dan Kafankan Arwah Bapa

    Alhamdulillah.. selesai sudah anak2 tahun 6 menduduki UPSR hari ini. Tanggal 14 September 2017 adalah tarikh yg sy tidak akan lupakan sepanjang berkhidmat sbg Guru Bimbingan & Kaunseling dimana seorang anak murid sy yg kental jiwa n kuat semangatnya menduduki peperiksaan selepas jenazah ayahnya selamat dikebumikan. Allahu.. hati mana yang tidak sayu melihat ketabahan anak ini dari luar kelas menjawab soalan dengan hanya memakai baju yg dipakai ke kubur ayahnya sbntar tadi. Lebih sayu anak ini menduduki peperiksaan bukan di sekolah asalnya iaitu SK Putrajaya Presint 8(2) tetapi sebagai calon tumpang di SK Rantau Panjang, Klang kerana ayahnya dikebumikan dsana.

    Sblm itu pada pukul 8.15 pagi dia juga hadir utk menjawab soalan sains kertas 1 kmdian bergegas pulang utk upacara memandikan, mengkafankan, menatap wajah ayahnya buat kali terakhir n menunaikan solat jenazah bersama penduduk kampung sblm jenazah ayahnya dikebumikan.
    Inilah wajah anak didik yg sy maksudkan.. namanya Azri Haziq bin Hairul Saleh. Mari sama2 kita doakan dia tabah n kuat menghadapi ujian ini. Doakan dia berjaya suatu hari nanti n doakan juga ayahnya iaitu almarhum En. Hairul Saleh ditempatkan bersama golongan beriman. Aamiin.

    *Buat azri haziq yg cikgu sayang.. andai suatu hari nanti azri baca catatan ini.. cikgu nk azri tahu yg cikgu bangga dgn kputusan yg azri buat utk terus duduki UPSR kerana tak ramai dluar sana mampu hadapi n lakukan apa yg azri lakukan hari ini. Cikgu syukur dapat bersama azri hari ini di rumah n sekolah serta smlm di bilik mayat Hospital Putrajaya. Satu kenangan yg takkan cikgu lupakan sampai akhir hayat.

    *Izinkan cikgu share kisah ini ye sayang. Moga kisah azri mnjadi pndorong n pmbakar smangat buat kawan2 dluar sana. Teruskan perjuangan menuntut ilmu. Solat selalu n banyakkan berdoa. Jadi anak soleh yg mendoakan ayah ye sayang. Andai ada apa2 masalah blh dtg jumpa cikgu pd bila2 masa. Respect! Salute! UiLove!

    #kisahinspirasidiri
    #mutiaraminda2u
    #akademipermataalfateh
    #muhasabahdiri

     

    Source: Cikgu Hussayn