Tag: Abu Aisyah

  • Golongan Belia Punya Peranan Cegah Radikalisme

    Golongan Belia Punya Peranan Cegah Radikalisme

    Beberapa pemimpin pelajar dan wakil belia melahirkan rasa sedih dan bimbang selepas mendengar berita dua remaja menjadi radikal sendiri setelah dipengaruhi ideologi ganas kumpulan militan Negara Islam di Iraq dan Syria (Isis) yang tersebar di Internet.

    Mereka juga melahirkan rasa terkejut seorang daripada mereka mahu melakukan serangan ke atas orang awam di negara ini.

    Presiden Persatuan Muslim Universiti Nasional Singapura (NUS), Muhammad Faiz Rosli, 23 tahun, berkata: “Kami rasa amat sedih dengan apa yang berlaku. Ia juga amat mengejutkan kerana pemimpin dan masyarakat Islam kita telah banyak berusaha untuk mengajar erti Islam sebenar kepada orang Islam dan bukan Islam di sini.

    “Kami berharap peristiwa ini tidak akan menghapuskan usaha mereka, dan kita harus bekerjasama untuk menyatukan masyarakat kita. Kelakuan ISIS tidak wajar dan boleh memusnahkan. Kita harus buat apa yang patut untuk menghalang dan menghentikan kelakuan pengganas ini demi ajaran Islam sebenar.

    “Persatuan pelajar atau belia boleh bekerjasama dengan badan-badan pemerintah atau badan-badan lain untuk meningkatkan mutu program mereka.

    “Kita tidak boleh mengumpulkan belia di bawah satu label tanpa memahami kepelbagaiannya. Belia terdiri daripada banyak kumpulan, seperti pelajar universiti, maktab rendah, politeknik, madrasah dan sebagainya. Kita harus memahami kumpulan individu ini dan menjaga mereka secara berasingan.”

    Seorang lagi pemimpin pelajar, Encik Mohamed Hamzah Mohamed Abdul Kadir, 24 tahun, berkata: “Saya berasa amat sedih dan terkejut ada orang sebegini dalam masyarakat kita. Ia juga membimbangkan kerana kita masih tidak tahu berapa ramai lagi di luar sana mempunyai niat sama.

    Setiausaha Persatuan Islam Universiti Teknologi Nanyang (NTU) itu menyarankan mereka yang mempunyai niat sebegitu supaya pergi ke kelas-kelas agama di masjid-masjid terlebih bagi mendapatkan pengetahuan Islam yang betul dan “jangan terlalu mengikut apa yang ada di media sosial”.

    Seorang pelajar madrasah, Sofiyyah Mohd Kamal, 17 tahun, berkata Isis sebenarnya kumpulan pengganas yang menggunakan Islam.

    “Perbuatan Isis tidak sejajar dengan prinsip dan ajaran Islam. Sebagai contoh, Islam tidak membenarkan membunuh orang tidak berdosa atau melakukan pengganasan.”

    Mengenai cara pelajar boleh bantu menentang ideologi dan propaganda Isis, Sofiyyah berkata usaha perlu dipertingkat bagi menggalak orang ramai, termasuk beliau, mendalami ajaran Islam sebenar.

    “Kita juga boleh memberi nasihat kepada rakan-rakan dan anggota keluarga agar mereka elak daripada mendekati kumpulan pengganas ini di Internet,” ujarnya.

    Duta Pelajar Siti Aishah Amirrudin, 17 tahun, yang sedang mengikuti kursus Nitec komputer dan perangkaian di Institut Pendidikan Teknikal Kolej Timur, berkata orang harus disedarkan bahawa bahawa ideologi Isis menyeleweng daripada ajaran Islam.

    “Kita beragama jadi kita seharusnya tahu mana yang baik dan mana yang buruk. Kita tidak boleh mudah terpengaruh oleh semua ini (ideologi Isis).

    “Nasihat saya bagi belia ialah jangan terlalu percaya apa yang dilihat di media sosial. Jika ada perkara yang mereka kurang faham berkaitan agama atau ajaran tertentu, tanyalah orang-orang bertauliah seperti asatizah,” kata beliau.

    Seorang lagi pelajar madrasah, Shafirah Nazreen Mohammed Ali, 17 tahun, berkata tindakan Isis mencemarkan imej Islam serta membahayakan umat Islam dan bukan Islam.

    “Tindakan radikal Isis hanya menghalang orang bukan Islam menerima Islam. Malah, ia menyebabkan orang bukan Islam melihat umat Islam sebagai pengganas,” katanya.

    Nurfarah Diyanah Aidi, presiden kumpulan pelajar kursus pengurusan komunikasi dan media Politeknik Temasek, bimbang mengenai implikasi jangka panjang akibat penangkapan belia tersebut bak menconteng arang ke muka masyarakat Melayu/Islam.

    “Perbuatan kedua-dua remaja itu memang salah, tidak masuk akal mengapa mereka boleh terpengaruh dengan kumpulan radikal seperti ISIS.

    “Perbuatan kejam ISIS menconteng arang ke muka semua umat Islam. Perbuatan mereka buat saya sungguh marah dan kecewa,” kata Nurfarah yang juga presiden kumpulan pelajar kursus Pengurusan Komunikasi dan Media, Politeknik Temasek.


    HUBUNGI ISD JIKA ADA MAKLUMAT

    Sesiapa yang tahu atau mengesyaki seseorang yang telah menjadi radikal digesa menghubungi segera Pusat Pencegah Pengganasan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (ISD) di talian 1800-2626-473.

    Ini dapat menyelamatkan individu berkenaan dan membolehkannya mendapat bantuan dan kaunseling supaya tidak melakukan kegiatan pengganasan yang boleh membahayakan diri mereka dan orang lain.

     

    Source: http://beritaharian.sg

  • Another Malaysian IS Member Abdul Samad Shukry Mohamad Dies

    Another Malaysian IS Member Abdul Samad Shukry Mohamad Dies

    PETALING JAYA: The escalating fight in Syria has taken the life of another Malaysian militant, named Abdul Samad Shukry Mohamad (pic).

    The 55-year-old former Jemaah Ismiyah member, also known as Abu Aisyah, was injured in an attack by Syrian forces five months ago but succumbed to his injuries.

    “He went to Syria on February 1 last year. Then five months ago, he sustained severe leg injury after being bombed by (Syrian president Bashar) Assad forces.

    “It is believed that he was brought for treatment in Turkey but complications suffered during an operation led to his death,” a source said on Thursday.

    Abu Aisyah is believed to be the sixth Malaysian killed in the ongoing IS conflict in Syria.

    The news of Abu Aisyah’s death has received messages of condolences from friends and acquaintances on social media.

    In a Facebook posting, a fellow militant said Abu Aisyah, who was a former Internal Security Act (ISA) detainee was a martyr.

    “He died after the surgery following a long battle against severe pain in his leg, inflicted during an attack in Arzay about five months ago.

    “Abu Aisyah was a good friend of Ustaz Mat (Mohd Lotfi Ariffin) who arrived together with him in Syria,” he said.

    In May, Ahmad Tarmimi Maliki became the country’s first suicide bomber when he rammed a vehicle full of explosives into a SWAT headquarters in Iraq, killing 25 police personnel.  Ahmad Tarmimi is believed to be fighting under the banner of the Islamic State.

    In December, Ahmad Affendi Abdull Manaff, 27, also known as Abu Zakaria was reported to have died after driving an explosive-laden truck  into an army camp in Homs, Syria, killing about 50 soldiers from Syrian president 50 Bashar Al-Assad’s army.

    Abu Turab, whose real name is Mat Soh, was the first Malaysian militant to be killed in Syria in Aug 19, while defending the town of Arzeh.

    On September 9, Mohammad Fadhlan Shahidi Mohammad Khir, 21, from Kedah, was in a truck when he was hit by shrapnel and fell out of the speeding vehicle during an ambush on rebels on 9 Sept 2014 in east Hama.

    The attack also took the life of former Internal Security Act (ISA) detainee Mohd Lotfi Ariffin, 45, who died after falling into a coma following the assault.

    Abu Aisyah, Mohd Lotfi, Fadhlan and Abu Turab are not believed to be working alongside the Islamic State.

     

    Source: www.thestar.com.my