Tag: AP

  • Yaacob Ibrahim: Nilai AP Melayu Pada Kemajuan Masyarakat

    Yaacob Ibrahim: Nilai AP Melayu Pada Kemajuan Masyarakat

    Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Dr Yaacob Ibrahim, menekankan bahawa rekod beliau dan rakan-rakan Anggota Parlimen (AP) Melayu daripada Parti Tindakan Rakyat (PAP) harus dinilai dari sudut pembangunan masyarakat Melayu setempat secara menyeluruh, meliputi kemajuan yang dicapai dalam pelbagai bidang seperti pendidikan dan sosial.

    Berkata demikian kepada Berita Harian (BH) setelah memperkenalkan pasukan PAP bagi Kawasan Undi Perwakilan Kumpulan (GRC) Jalan Besar yang diterajuinya pagi semalam, Dr Yaacob berkata beliau berharap pengundi Melayu akan berfikiran luas dan tidak hanya menilai AP-AP Melayu PAP berdasarkan satu-satu isu yang belum terhurai.

    “Masyarakat kita masih berdepan dengan beberapa isu, masih mempunyai cabaran, saya tidak menafikannya.

    “Tapi cabaran ini sedang ditangani bukan hanya oleh badan-badan Melayu/Islam, malah dengan kerjasama agensi pemerintah,” ujar beliau yang tidak menyebut isu-isu yang dimaksudkan secara khusus.

    Di peringkat nasional pula, Dr Yaacob menekankan bahawa dasar perumahan, kesihatan, pendidikan dan sosial yang diperkenalkan pemerintah turut memberi manfaat kepada masyarakat Melayu.

    Inisiatif SkillsFuture, menurutnya, akan memberi manfaat besar kepada pelajar dan pekerja Melayu.

    Lantaran itu Yayasan Mendaki telah pun membentuk divisyen khas bagi meneroka cara memastikan masyarakat merebut peluang penuh skim pemerintah itu.

    Dalam pada itu, Dr Yaacob berkata pemerintah telah membuktikan ia sentiasa terbuka kepada kerjasama dengan masyarakat Melayu/Islam dalam memperbaiki hidup mereka dalam segala aspek.

    Antaranya menerusi perubahan dasar pendidikan yang memberi manfaat kepada pelajar di madrasah.

    “Jadi, saya rasa jika kita jujur dalam penilaian kita, pengundi Melayu akan melihat bahawa pemerintah hari ini prihatin dan jujur berkhidmat bagi pembangunan masyarakat.

    “Dan pada masa yang sama, pemerintah ini juga memerlukan sokongan masyarakat Melayu untuk ia memimpin negara kita mengharungi tempoh mencabar pada masa-maa akan datang,” kata Dr Yaacob, yang juga Menteri Perhubungan dan Penerangan dan Menteri Bertanggungjawab bagi Keselamatan Siber.

    Sementara itu, selain Dr Yaacob, melengkapi pasukan PAP di GRC Jalan Besar ialah Menteri Negara Kanan (Pejabat Perdana Menteri), Encik Heng Chee How; Mayor Central Singapore, Cik Denise Phua; dan AP veteran, Dr Lily Neo.

    GRC Jalan Besar dibentuk semula dalam semakan sempadan kawasan undi baru-baru ini, menggantikan GRC Moulmein-Kallang.

     

    Source: http://beritaharian.sg

  • Mantan Anggota Parlimen Ariff Suradi Meninggal Dunia

    AL-FATEHAH.

    ariff suradi

     

    MANTAN anggota parlimen Parti Tindakan Raykat (PAP) Haji Mohamed Ariff Suradi meninggal dunia pagi tadi di Hospital Besar Singapura pada usia 84 tahun.

    ariffsuradi2

    Beliau meninggalkan lima orang anak, 16 cucu dan dua cicit.

    Allahyarham Haji Mohamed Ariff merupakan generasi pertama pemimpin Melayu PAP yang mencipta sejarah dalam Pilihan Raya Umum 1963 apabila beliau memenangi kawasan undi Kampong Kembangan, ketika itu kubu kuat parti Umno Singapura.

    ariffsuradi3

    Haji Mohamed Ariff memenangi pilihan raya bagi kawasan undi Kampong Kembangan pada 1968 dan 1972. Allahyarham merupakan pemimpin kesatuan sekerja sebelum menceburi bidang politik.

    Beliau mendapat pendidikan Melayu di Sekolah Tanglin Tinggi dan Kota Raja; berpendidikan Inggeris di sekolah Inggeris di Monks’s Hill dan Victoria.

    Sumber: Berita Harian Singapura