Tag: bayi

  • Pelajar Pengsan Selepas Melahirkan Bayi Perempuan Di Sekolah; Dia Dikatakan Melahirkan Bayi Bersendirian Sebelum Ditemui

    Pelajar Pengsan Selepas Melahirkan Bayi Perempuan Di Sekolah; Dia Dikatakan Melahirkan Bayi Bersendirian Sebelum Ditemui

    Seorang pelajar perempuan ditemui pengsan di surau sekolah menengah di sini, hari ini, selepas melahirkan bayi perempuannya, lapor Harian Metro.

    Pemangku Ketua Polis Daerah Jempol, Deputi Superintendan Azham Shah Azlan berkata, polis menerima panggilan daripada pihak sekolah yang memaklumkan penemuan pelajar berusia 15 tahun itu dalam keadaan tidak sedarkan diri di surau sekolah jam 10.30 pagi tadi.

    “Anggota polis pergi ke lokasi dan menemui pelajar terbabit terbaring bersama bayi perempuan di atas badannya.

    “Pelajar terbabit dikatakan melahirkan bayi itu bersendirian sebelum ditemui guru. Dia kemudian dihantar ke Hospital Jempol untuk rawatan lanjut bersama bayi itu,” katanya.

    Susulan kejadian itu, polis menahan seorang remaja lelaki berusia 16 tahun yang juga merupakan pelajar sekolah berkenaan untuk membantu siasatan.

    Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

     

    Source: http://www.thereporter.my

  • Cara Mengelakkan Ummu Sibyan Dari Mengganggu

    Cara Mengelakkan Ummu Sibyan Dari Mengganggu

    Bukan tetamu, tapi inilah wanita yang suka datang ke rumah kita pada waktu Maghrib. Memang siapa yang hendak bertamu ke rumah orang pada waktu maghrib? Maghrib adalah saat dimana matahari sudah tenggelam namun masih muncul dengan sinar yang terkadang berwarna jingga atau merah menyala, pada waktu itulah, seluruh umat Islam diperingatkan untuk segera menutup pintu dan jendela sambil mengucapkan bismillah agar wanita ini tidak datang ke rumah kita.

    Siapakah wanita itu, apa yang dia lakukan di dalam rumah kita? Ketahui bahawa dia bukanlah wanita baik, namun mampu membahayakan anak dan wanita yang sedang hamil. Mungkin ada yang pernah dengar nama (Ummu Sibyan) atau pun tidak sebelum ini , (Ummu Sibyan) ini adalah jin dari kaum perempuan yang suka mengganggu bayi dan anak yang berusia kurang dari 2 tahun serta wanita hamil , sebab itulah anak-anak yang baru lahir harus diazankan terlebih dahulu agar bayi itu tidak di ikuti oleh jin ini .

    Apa Kerja Jin Ummu Sibyan ?

    Kerja dia tak lain tak bukan adalah mengganggu bayi yang baru lahir dan anak-anak (biasanya kurang dari 2 tahun) serta wanita yang hamil, jin Ummu Sibyan memiliki wajah yang mengerikan dengan mata 1 yang besar dan berjalan di dinding seperti cicak, Ummu Sibyan juga dapat mengikat rahim wanita serta membunuh bayi yang masih dalam kandungan. Seperti yang di ceritakan dalam kisah jin Ummu Sibyan dengan Nabi Sulaiman, jin ini mampu masuk ke dalam rahim orang perempuan dan mengikat rahimnya serta menyumbat dengan tujuan agar kaum wanita itu tidak mengandung .

    Diceritakan juga jin ini masuk ke dalam perut orang perempuan yang hamil , di waktu janin di dalam kandungannya sedang tumbuh jin ini akan menendangnya , maka berlakulah keguguran dan jadilah rahimnya kosong semua. Sungguh mengerikan bukan? Bagaimana tandanya jika seorang bayi terkena gangguan jin Ummu Sibyan, diantaranya adalah;

    1. Bayi menangis melalak (matanya terbeliak memandang keatas/sudut tertentu)
    2. Anak-anak jatuh seakan-akan didorong
    3. Mengigau sambil menggemerutukkan gigi berulang kali
    4. Demam panas hanya setelah Asar sampai sebelum Subuh .

    Akibat gangguan di atas akan mengakibatkan hal seperti ini ;

    1. Sawan tangis
    2. Autisme (over hiperaktif)
    3. Nakal dan keras kepala
    4. Malas

    Tanda-tanda Wanita Hamil Terkena Gangguan Jin Ummu Sibyan ;

    1) Rasa sesak dada terutama setelah waktu asar , yang mungkin berlangsung sampai tengah malam
    2) Kusut fikiran
    3) Sakit di bahagian tulang-tulang belakang
    4) Mengigau ketika tidur
    5) Bermimpi dengan mimpi yang menakutkan

    Cara Mengelak dari Gangguan Ummu Sibyan;

    1) Tutup pintu dan jendela rumah waktu Maghrib
    2) Jangan angkat atau masukkan baju yang sudah dijemur diluar rumah pada waktu Maghrib (jemuran tak kering)

    Cara mengatasi gangguan pada bayi/anak;

    1) Meniarapkan bayi/anak jangan matanya melihat ke arah itu, baca ayat Qursi dan Surah 3 Qul kemudian tiup ke ubun-ubunnya sampai berhenti menangis 2) Halau dengan bahasa sendiri seperti “wahai Ummu Sibyan pergilah kau keluar dari rumahku dan jangan ganggu anak anakku”

    InsyaAllah dengan izin Allah,
    Ummu Sibyan akan pergi …

  • 2 Bayi Syawal Dilahirkan, Satu Di AYE, Satu Selepas Jalan Raya

    2 Bayi Syawal Dilahirkan, Satu Di AYE, Satu Selepas Jalan Raya

    Kemeriahan sambutan Aidilfitri tahun ini boleh dikatakan ‘menakjubkan’ bagi dua buah keluarga, dek kelahiran bayi Hari Raya mereka.

    Tambah luar biasa dan manis lagi, kelahiran kedua-dua bayi bertuah itu tidak dijangkakan oleh keluarga masing-masing yang ghairah jalan Raya, meskipun ibu masing-masing sedang sarat hamil.

    DOA MAHU KENDALI KELAHIRAN BAYI SENDIRI DIMAKBUL

    Bagi pasangan Muhammad Khidhir Abdul Hamid, 32 tahun, dan Siti Aishah Ali Akbar, 31 tahun, kehadiran cahaya mata ketiga mereka pada pagi 1 Syawal sesuatu yang amat bermakna.

    Istimewanya bayi perempuan itu yang diberi nama Firyal Addeena, dilahirkan di dalam kereta semasa di jalan susur keluar di Ekspreswe Ayer Rajah (AYE), sekitar 10 minit sebelum tiba di pekarangan hospital.

    “Sepanjang jalan ke Hospital Universiti Nasional (NUH), isteri saya yang kesakitan tiba-tiba berkata ‘ada sesuatu pecah’. Saya ingatkan tempat berpaut (di bahagian atas pintu kereta) yang pecah. Kemudian isteri saya kata ‘beliau tidak boleh tahan’.

    “Pada waktu itu saya masih yakin akan sempat sampai ke hospital kerana saya sudah nampak logonya. Tiba-tiba saya terdengar bunyi bayi menangis! Waktu itu juga saya memang sudah tidak boleh berfikir. Tak tahu mana nak keluar, mana (bangunan) A&E hospital. Semuanya hilang (dari dalam fikiran),” cerita Encik Muhammad Khidhir dengan penuh semangat kepada wartawan BERITAMediacorp sambil tertawa kelucuan.

    HOSPITAL MOUNT ELIZABETH DESTINASI TERAKHIR PADA HARI RAYA PERTAMA

    Satu lagi pasangan pasangan suami isteri yang turut menyambut kelahiran bayi Syawal dengan ceritanya yang tersendiri dan boleh membuatkan anda tersenyum, ialah Dewi Haryanti Hussein, 32 tahun, dan Mohammed Aizad Mohtar, 33 tahun.

    Cik Dewi yang dijadual melahirkan cahaya mata kedua pada 1 Julai, langsung tidak terfikir akan ‘berkunjung’ ke Hospital Mount Elizabeth sebagai destinasi terakhir pada hari pertama Hari Raya, iaitu 25 Jun lalu.

    “Persiapan kami sebelum itu lebih kepada nak sambut Hari Raya. Baju raya semua kami sudah beli. Malah kami beli dua tiga pasang untuk raya pertama dan kedua!” Cik Dewi memberitahu BERITAMediacorp sambil tertawa.

    Beliau mula berasa sakit sekitar pukul 6.00 petang dan kemudian memaklumkannya kepada suami beliau.

    “Selepas maghrib, sakitnya lebih kerap. Jadi saya beritahu suami yang kita tak boleh teruskan berjalan dan saya mesti ke hospital,” kata Cik Dewi yang mempunyai seorang lagi anak lelaki berusia dua tahun.

    Dalam kesakitan hendak melahirkan bayi, kata Cik Dewi, beliau dan suami yang sedang berada di kawasan Teban, sempat pulang ke rumah mereka di Tampines terlebih dahulu untuk menyalin pakaian sebelum bergegas ke hospital yang terletak di Novena!

    “Suami saya menyuarakan rasa kurang selesa untuk ke hospital dengan berpakaian baju Melayu, berkain samping dan bersongkok, bila saya fikirkan semula memang akan kelihatan agak lucu. Jadi kami pulang ke rumah terlebih dahulu untuk menyalin pakaian,” ujar Cik Dewi kepada BERITAMediacorp menceritakan detik-detik luar biasa dalam kehidupan mereka itu.

    Bayi pasangan itu, yang belum lagi diberikan nama, dilahirkan enam minit sebelum pukul 12.00 tengah malam pada 26 Jun.

    “Pada Hari Raya kedua, ramai saudara-mara yang datang ke hospital dengan berpakaian Hari Raya. Nasib baik kami sudah siap sedia dengan duit ‘collection’,” gurau Cik Dewi, yang berdoa agar bayi lelakinya itu membesar dengan sihat dan menjadi anak yang soleh.

    Source: http://berita.mediacorp.sg

  • Bayi Lelaki Dibuang Dalam Tong Sampah Diberi Nama Mohd Ramadan

    Bayi Lelaki Dibuang Dalam Tong Sampah Diberi Nama Mohd Ramadan

    TEMERLOH: Bayi lelaki yang ditemui dibuang di dalam tong sampah bertutup di hadapan sebuah rumah di Taman Temerloh Jaya, pagi semalam (28 Mei) akan diberikan nama Mohd Ramadan sempena mengambil keberkatan bulan yang penuh barakah untuk umat Islam.

    Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Komunikasi dan Mutimedia Negeri Datuk Shahaniza Shamsuddin berkata bayi seberat 2.4 kilogram yang ditemui pada hari kedua umat Islam mengerjakan ibadah puasa semalam, kini berada dalam keadaan stabil dan masih dirawat di wad penjagaan intensif untuk bayi (NICU) Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS).

    “Bayi berkenaan berada dalam keadaan baik walaupun terdapat sedikit luka sepanjang tiga sentimeter di atas kepala sebelah kanan dan pun menerima dua jahitan. Untuk sementara bayi lelaki ini akan ditempatkan di HOSHAH untuk pemerhatian selama seminggu.

    “Kemudian bayi ini akan diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk ditempatkan di rumah perlindungan kanak-kanak dan kerajaan negeri akan membantu segala aspek kebajikan bayi malang ini dalam tempoh jagaan berkenaan,”katanya

    Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meluangkan masa hampir setengah jam melawat bayi berkenaan di NICU HOSHAS dengan turut diiringi Pengarah JKM Pahang Zulkhairi Zainal Abidin.

    Katanya pihak JKM pun menerima banyak permohonan untuk menjadikan bayi berkenaan sebagai anak angkat, namun ia akan mengambil sedikit masa kerana perlu melalui beberapa prosedur tertentu selain hanya boleh dilakukan jika tiada tuntutan hak penjagaan daripada keluarga bayi berkenaan.

    Dalam masa yang sama Shahaniza turut menasihati remaja dan wanita di negeri ini supaya menjaga diri dan mengelak diri daripada pergaulan bebas untuk menghindar kejadian hamil luar nikah.

    “Ini bukan satu perkara baharu di negara kita dan apabila terjadinya kehamilan luar nikah ini, maka akan berlaku kes buang bayi ini kerana takut kesilapan itu diketahui, sedangkan bayi-bayi ini tidak berdosa. Dalam kes kali ini, bayi ini bernasib baik apabila dapat diselamatkan kerana cepat ditemui oleh penduduk,” katanya.

    Dalam kejadian pada 6.20 petang semalam, seorang bayi lelaki ditemui dalam tong sampah di sebuah rumah di Taman Temerloh Jaya dalam keadaan masih bertali pusat dan dibalut dengan kertas surat khabar.

    Bayi berkenaan ditemui oleh seorang penduduk yang baharu sahaja pulang daripada mengerjakan solat Subuh di masjid berhampiran sebelum bertindak membawanya ke HOSHAS.

    Sementara itu Zulkhairi menasihati mana-mana wanita yang melahirkan anak luar nikah supaya tidak membuang bayi mereka sebaliknya menyerahkan di mana-mana pusat JKM untuk membolehkan kebajikannya dijaga.

    “Jangan takut sebab kami tidak akan mengambil tindakan, malah identiti mereka juga akan kami rahsiakan. JKM juga bersedia menjaga mana-mana wanita yang hamil luar nikah sehingga mereka melahirkan anak sekiranya mereka tidak mempunyai tempat untuk dituju,” katanya.

    Source: http://berita.mediacorp.sg

  • Hasil Bantuan Netizen, Bayi Didodoikan Lagu Nyanyian Mendiang Ibunya

    Hasil Bantuan Netizen, Bayi Didodoikan Lagu Nyanyian Mendiang Ibunya

    Bayi bernama J.J. ini tidak akan pernah dapat bertemu dengan ibunya, kerana wanita itu meninggal dunia sebaik sahaja dia dilahirkan.

    Namun kini, bayi itu dapat didodoikan dan membesar dengan lagu-lagu nyanyian mendiang ibunya.

    Ini setelah para netizen di Internet membantu bapa bayi itu, Encik Jared Buhanan-Decker, menukar format lagu-lagu yang dinyanyikan dan dirakamkan isterinya semasa hayatnya, agar ia dapat dimainkan semula, lapor CNN.

    Lebih istimewa lagi, salah satunya ialah lagu dodoi yang ditulis mendiang Cik Sharry Buhanan-Decker khas untuk anak mereka yang ketika itu masih dalam kandungan.

    Menurut CNN, Cik Sharry meninggal dunia empat bulan lalu setelah melahirkan J.J. menerusi pembedahan Caesarean, akibat embolisme cecair amnion yang berlaku apabila cecair di sekitar janin memasuki saluran darah si ibu.

    Cik Sharry Buhanan-Decker. (Gambar: LoveSharred.com)

    Suami mendiang, Encik Buhanan-Decker, kemudian secara kebetulan menemui enam rakaman lagu nyanyian Cik Sharry yang ditulis sendiri oleh mendiang, termasuk lagu dodoi untuk anak lelaki mereka.

    Malangnya, Encik Buhanan-Decker tidak dapat menukar format lagu-lagu itu untuk memainkannya semula, lapor CNN yang menukil KUTV.

    Oleh kerana terdesak dan ingin sekali mendengar semula suara nyanyian isteri tercinta, beliau ke laman Reddit dan meminta bantuan para netizen di sana.

    Dalam beberapa jam sahaja, menurut CNN, puluhan orang menawarkan bantuan mereka, dan akhirnya, Encik Buhanan-Decker dapat sekali lagi mendengar nyanyian mendiang isterinya.

    Lebih menyayat hati, lirik lagu itu seolah-olah merupakan mesej wanita itu kepada suami dan anak mereka.

    Ia berbunyi “Baby, jangan risau/Saya okey, saya baik-baik sahaja,” kata Encik Buhanan-Decker, yang menulis tentang kehidupannya bersama J.J. setelah kematian isterinya di sebuah blog, Love Sharred.

    “Saya rasa (lagu-lagu) itu sedikit sebanyak memberi kesan kepadanya (bayinya), mendengar suara ibunya,” katanya kepada KUTV.

    Source: Berita MediaCorp