Tag: boikot

  • McDonald’s Malaysia Buat Laporan Polis Atas Fitnah Menyalurkan Dana Kepada Israel

    McDonald’s Malaysia Buat Laporan Polis Atas Fitnah Menyalurkan Dana Kepada Israel

    MCDONALD’S Malaysia membuat laporan polis terhadap lebih 20 individu dan organisasi kerana memfitnah rangkaian restoran makanan segera itu kononnya menyalurkan dana kepada Israel.

    Pengarah Urusan dan Pemilik Saham Tempatan Gerbang Alaf Restaurants Sdn Bhd Azmir Jaafar berkata, laporan polis dibuat di Balai Polis Dang Wangi semalam.

    Menurutnya, pihaknya menyerahkan siasatan kepada polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sebelum tindakan lanjut termasuk saman.

    “Kami juga menubuhkan satu pasukan peguam penasihat luar untuk membantu kami khususnya menjaga kepentingan 12,000 pekerja di 265 cawangan McDonald’s Malaysia.

    “Salah satu tohmahan dan fitnah terbesar adalah mengenai sumbangan McDonald’€™s Amerika Syarikat kepada Jewish United Fund (JUF) melalui program kebajikan pemberian sepadan yang tidak benar sama sekali.

    “Malah di Malaysia, kami tidak terbabit dengan program berkenaan sebaliknya hanya membayar royalti kepada McDonald’s Corporation sebagaimana dilakukan syarikat,” katanya pada sidang media di Pejabat McDonald’s Malaysia di Kuala Lumpur, hari ini.

    Rabu lalu, Presiden Donald Trump mengisytiharkan Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Tel Aviv akan dipindahkan ke Baitulmaqdis, dalam langkah untuk mengiktiraf kota suci itu sebagai milik Israel.

    Tindakan itu mencetuskan protes besar-besaran di seluruh dunia, termasuk di Malaysia yang disertai ribuan orang berkumpul di luar Kedutaan AS di Jalan Tun Razak, Jumaat lalu termasuklah memboikot McDonald’s.

    Mengulas lanjut, Azmir berkata, JUF hanyalah salah satu daripada banyak badan di AS yang berhak untuk menerima sumbangan derma di bawah program pemberian sepadan namun ianya tidak terpakai di Malaysia.

    “Ini kerana JUF beroperasi bagi tujuan kebajikan di bawah landasan undang-undang AS yang berkaitan iaitu Seksyen 501(c)(3) Undang-Undang Percukaian AS.

    “Di McDonald’s Malaysia, kami di Gerbang Alaf Restaurants Sdn Bhd adalah syarikat milik tempatan yang dikendalikan individu Islam sebagai pemegang saham terbesar yang tidak menyumbang, menyokong atau terbabit dalam sebarang konflik politik mahupun agama di mana-mana negara sekalipun,” tegasnya.

    Justeru katanya, rakyat Malaysia diharap lebih bijak dalam melakukan boikot dengan mendapatkan fakta yang benar dan tepat kerana dibimbangi menyebabkan berlakunya fitnah.

     

    Source: hmetro

  • Commentary: Boycott Geylang Bazaar? Rising Rental And Non-Halal Food Are The Critical Reasons

    Commentary: Boycott Geylang Bazaar? Rising Rental And Non-Halal Food Are The Critical Reasons

    Bazaar Ramadan…

    Part1
    Sewa gerai makan= $17000
    Sewa gerai jual pakaian= $7000
    Tahun demi tahun, sewa gerai semakin tinggi. Tauke gerai buat bidding, kes tamak nak mampos. Tahun depan confirm naik lagi. Peniaga melayu semakin berkurangan kerana tak mampu bayar sewa yg tinggi. Dulu sewanya tak setinggi macam ni, dulu ramai peniaga melayu tapi kurang pembeli. Masa tu ramai yg cuma lalu lalang see see look look. Peniaga musiman jadi serik nak meniaga. Sekarang peniaga melayu semakin berkurangan, kita pula complain. Kesian pada peniaga melayu, tak berniaga kerana sewa yg mahal. Perit orang kita tak rasa. Adat berniaga ada pasang surut. Untuk elak dari benda ni berlaku, kalau orang Melayu bersatu hati, kita boikot bazaar geylang kasi tauke rugi. Kalau takde penyewa gerai, tauke gigit jari. Biar dia bayar hutang bank sendiri. Kita belanja aje kat Joo Chiat dan pasar Geylang. Kasi untung peniaga tetap yg dah bertapak bertahun2 kat situ. Takde bazaar takpe, Geylang tak ‘berseri’, tak best pun takpe. Yg penting kita ajar sama itu tauke. Abih macam mana peniaga melayu nak berniaga? Online kan ada. Peniaga gerai makanan boleh buat kat bawah blok, yg tu betul Bazaar Ramadan. 100% makanan halal.

    ———————————————————————————————

    Sambungan bazaar Geylang…
    Part 2
    Semalam dah draft tapi hold dulu. Nak tembak kena save peluru.

    Menang bidding= $1.79m
    Paling murah 1 gerai= $7k
    900 gerai= $7k x 900= $6.3m
    Tauke untung= $6.3-1.79= $4.51m
    Peniaga untung atau tak, tauke gerai tetap untung $4.51m, untung peniaga bergantung pada sales. Kalau rugi, peniaga tetap kena bayar sewa harga $7k dan lebih. So orang peniaga Melayu kena pandai, boikot besar besaran, kalau tauke menang bidding, tapi takde penyewa, dia tetap kena bayar duit bidding $1.79m. Kalau bazaar Geylang jual babi pun, biarkan aje sb menteri2 kita tak halang. Its ok sb itu bukan tempat Melayu/Islam lagi. Kalau dia hutang bank, itu pandai2 dia settle dgn bank. Kita jangan jadi barua pada tauke macam ni.

    Atok Bekam
    Atok Khairuddin

     

    Source: Ahmad Khairuddin

    Photo credit: Betel Box Backpackers Hostel & Tours