Tag: book

  • Malay Weddings Don’t Cost $50 And Other Facts About Malay Culture By Hidayah Amin

    Malay Weddings Don’t Cost $50 And Other Facts About Malay Culture By Hidayah Amin

    ADA pelbagai buku tentang budaya dan warisan Melayu dalam bahasa ibunda tetapi hanya segelintir dalam bahasa Inggeris.

    Atas dasar itu, penulis buku, Cik Hidayah Amin, merasakan sudah tiba masanya untuk mencetak buku, Malay Weddings Don’t Cost $50 And Other Facts About Malay Culture (Majlis Perkahwinan Melayu Tidak Berharga $50 dan Fakta-fakta Lain tentang Budaya Melayu).

    Malay Weddings Don't Cost $50 and Other Facts About Malay Culture

    Beliau, lulusan sarjana sejarah Universiti Cambridge, pernah menulis sebanyak 47 rencana mengenai budaya dan warisan Melayu di blog ‘Let’s Lepak’ bagi satu laman web milik Yayasan Antarabangsa Singapura (SIF), www.singaporekopitiam.sg.

    Maklum balas positif yang diterimanya mendorong beliau membukukan rencana lama dan baru itu selepas laman web tersebut tidak lagi aktif.

    Buku itu hasil syarikat penerbitan Cik Hidayah, Helang Books, merangkumi 42 rencana yang memberi panduan tentang budaya dan warisan, gaya hidup dan persona Melayu.

    Bagi mempersiapkan buku itu, Cik Hidayah telah memilih dan membuat kajian tentang satu senarai topik yang luas termasuk satu bibliografi.

    Antara topik dalam buku itu ialah When Visiting a Malay Home (adat istiadat semasa mengunjungi sebuah rumah orang Melayu); Khatan – The Journey from Boyhood to Manhood (amalan khatan); dan Potong Andam (adat mengetahui dara atau bukan).

    “Penulisan saya membolehkan pembaca mudah mencerna maklumat padat dan seronok dibaca,” kata Cik Hidayah.

    Katanya lagi, beliau juga mahu setiap esei dipadankan dengan gambar-gambar yang relevan untuk meningkatkan pembelajaran pembaca.

    Justeru, selain mencetak gambar koleksinya, beliau telah mendapatkan beberapa gambar daripada kawan dan anggota keluarga.

    Beliau juga telah membelanjakan sekitar $620 untuk membeli gambar luar biasa dan mendapatkan khidmat seorang pelukis ilustrasi untuk menghasilkan beberapa ilustrasi.

    Selain itu, beliau juga telah membayar hak cipta untuk menerbitkan lima setem dalam bukunya kepada Muzium Filatelik Singapura.

    “Buku ini ialah satu projek gotong-royong. Kawan-kawan menolong dengan membaca draf, mengambil atau meminjam gambar-gambar untuk buku, memberi sokongan moral, menyumbang tenaga di pelancaran buku dan sebagainya,” ujar Cik Hidayah.

    Bagi memastikan agar kandungan buku itu jelas difahami buat pembaca bangsa asing, beliau telah bekerja sama dengan seorang bangsa Cina yang menyunting buku itu.

    Sebelum ini, beliau pernah menulis buku koleksi 28 cerita tentang kehidupan keluarganya di rumah pusaka keluarga, Gedung Kuning, dari 1850-an hingga 1999.

    Buku Gedung Kuning: Memories of a Malay Childhood diterbitkan pada 2010.

    Beliau juga telah menerbitkan sebuah buku kanak-kanak berbahasa Inggeris berjudul The Mango Tree (Pokok Mangga Itu) pada tahun lalu.

    Ia satu-satunya buku kanak-kanak yang terpilih dalam senarai kategori bukan fiksyen berbahasa Inggeris bagi Hadiah Sastera Singapura (Singapore Literature Prize) tahun ini.

    Namun, Cik Hidayah menghadapi beberapa rintangan semasa menulis buku itu, antaranya kegagalannnya mendapatkan dana daripada pihak-pihak berkenaan kerana menurut pihak yang dimohon, beliau menulis adat istiadat yang tidak lagi diamalkan dan beliau menulis tentang pengalaman hidupnya di luar negara, selain menulis dalam bahasa Inggeris dan bukan Melayu.

    Namun, beliau tidak berputus asa.

    Akhirnya, beliau mendapat Geran Penyertaan Warisan (HPG) daripada Lembaga Warisan Negara (NHB) untuk mendapat subsidi bagi kos penerbitan.

    Beliau juga mengalami cabaran lain yang melengahkan jadual melengkapkan buku itu, antaranya, editor buku terpaksa menjalani pembedahan kecemasan dan rawatan, manakala pereka grafik, Masturah Sha’ari daripada Maya Gallery, perlu berpindah ke pejabat baru.

    Kini, Cik Hidayah, yang bakal menghasilkan buku kanak-kanak kedua, Mina Meets Cambridge, sedang membuat kajian untuk buku-buku tentang Kampong Gelam dan Kampong Tempe, berharap penulis dan penerbit tempatan mendapat sokongan.

    Nota: Buku Malay Weddings Don’t Cost $50 And Other Facts About Malay Culture boleh dibeli di semua gedung buku utama Singapura dan Malaysia pada harga $29.90.

  • NUS Law Prof Lynette Chua Launch Book Called Mobilizing Gay Singapore

    Credit: http://www.usp.nus.edu.sg/
    Credit: http://www.usp.nus.edu.sg/

    SINGAPORE — What are the legal restrictions and political norms that affect the lesbian, gay, bisexual and transgender (LGBT) community? How did they organise themselves and engage the state, eventually organising the first public gay rally, Pink Dot, in 2009?

    These are the themes examined in a new book by law professor Lynette Chua from the National University of Singapore (NUS) on the LGBT movement. Launched yesterday, the 168-page volume was based on in-depth interviews with gay activists here and government statements and media reports on the issue. Called Mobilizing Gay Singapore, it looks at the LGBT movement’s emergence, development and strategies, and how the roles of law and rights play out in the process.

    Speaking to TODAY at the book launch at the NUS Centre for Asian Legal Studies at the Faculty of Law, Associate Professor Chua said the book is aimed at trying to understand the social-legal history of the movement. The book, she said, could have a reflective impact on activists regarding their roles and could be informative for those who are not knowledgeable about the movement. The book was written in her personal capacity as a social-legal scholar and does not represent NUS’ views, she said.

    During the panel discussion at the launch with Assoc Prof Chua, NUS law professor Michael Hor and NUS Department of Sociology Assoc Prof Daniel Goh, an audience member asked how local political parties could take a stronger stand on the LGBT movement.

    In response, Assoc Prof Goh said political parties have to be pragmatic to remain in the game and cannot be the vanguard of a movement that is about minority rights.

    Added Assoc Prof Chua: “Like it or not, many of the activists believe the desire for a state of equal rights for LGBT or legal reform will not come from the opposition party … The Opposition is simply too weak just trying to get a foothold in local politics.”

    Copyright 2014 MediaCorp Pte Ltd | All Rights Reserved

     

     

    Source: TODAY, singaporelawwatch.sg