Tag: bunuh diri

  • Berlumba-Lumba Hantar Anak Ke Kelas Tuisyen

    Berlumba-Lumba Hantar Anak Ke Kelas Tuisyen

    Pagi ini, saya mendengar sebuah stesyen radio membincangkan isu kelas tambahan atau tuisyen untuk kanak-kanak seawal 4 tahun. Macam biasa, ramai parents membuat call memberi pendapat dan rata-ratanya bersetuju kanak-kanak perlukan tuisyen.

    “Malu lah kalau anak saya tak pergi tuisyen, kawan-kawan sy semua hantar anak pergi tuisyen.”

    “Tuisyen kan sekarang trend. Kita kena follow trend.”

    “Daripada membazir masa di rumah, elok lah hantar anak ke kelas tambahan.”

    Owner pusat tuisyen pun siap called ni,

    “Bagus hantar anak ke pusat tuisyen, sekurang2nya anak-anak tak terkejut bila masuk ke pendidikan formal.Senang lulus ujian Linus. Masuk kelas first.”

    Pemikiran ibu bapa di Malaysia hari ini sangat menakutkan. Berlumba-lumba bersaing untuk menayangkan anak siapa paling cepat pandai. Untuk apa ya?

    Dan kebanyakkannya adalah ibu bapa di kalangan golongan yang agak berada dan berpendapatan tinggi. Tapi, malangnya keberadaan dan kemewahan yang dikecap, gagal ditancap sebaiknya untuk membuat mereka cakna mengenai kepentingan dan keperluan anak-anak yang betul-betul di perlukan.

    Alhamdulillah, sejak dari dulu rakyat Malaysia sedar mengenai isu penderaan fizikal. Mendera dan mrotan akan memberi impak yang berpanjangan kepada perkembangan anak-anak yang berterusan.

    Tapi kita terlupa, selain fizikal, kanak-kanak juga terdera EMOSI dan MENTALnya. Percayalah, penderaan mental dan emosi adalah lagi teruk dari penderaan fizikal. Fizikal kita boleh nampak luaran, mental dan emosi kita tak boleh nampak.

    Kita marah ibu bapa yang dera anak secara fizikal. Tapi kita terlupa pandang diri sendiri.

    Dan minggu ini, pelajar seawal 11 tahun membunuh diri akibat kegagalan beliau di dalam peperiksaan. Sebuah sistem yang membentuk intelektual kanak-kanak, tapi gagal membentuk akhlaq dan sahsiah. Di dorong oleh ibu bapa yang jumud jiwa nya.

    Bila kita nak sedar?

    Tak kan nak berhenti bila di dada akhbar terpampang

    “Pelajar Tadika bunuh diri dan membunuh rakan lain kerana gagal membaca ABC dan membuat kiraan mudah 1+1?”

    Berhenti lah ibu bapa. Semua ini salah. Kita semua salah.

    Ini semua malapetaka. Berhentilah.

  • Bapa Kelar Anak 3 Tahun Sebelum Cuba Bunuh Diri

    Bapa Kelar Anak 3 Tahun Sebelum Cuba Bunuh Diri

    KEDAH, Malaysia: Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun cedera selepas dipercayai dikelar bapa kandungnya di Kampung Tengah Kodiang, menurut polis.

    Dalam kejadian kira-kira 5.30 petang semalam tersebut (21 Mei), suspek berumur 29 tahun itu turut cedera selepas dipercayai cuba membunuh diri dengan menikam dadanya, kata Ketua Polis Daerah Kubang Pasu Pemangku ACP Abdul Rahim Abdullah.

    Kata beliau, suspek terbabit, yang dipercayai mempunyai masalah mental, sudah ditahan.

    Suspek dan mangsa kini dirawat di Hospital Kangar. Kedua-duanya berada dalam keadaan stabil.

    “Ketika kejadian, isteri suspek bersama nenek mangsa berada di luar rumah, dan suspek baru sampai di rumah. Kemudian suspek terus ambil mangsa dan kunci pintu rumah menyebabkan mereka tidak dapat masuk ke dalam.

    “Nenek mangsa kemudian terdengar cucunya menjerit dan selepas itu suspek membuka pintu dan beliau nampak mangsa dan suspek berlumuran darah,” kata ACP Abdul Rahim dalam satu kenyataan.

    “Kejadian itu dilaporkan di Balai Polis Kodiang, sebelum polis menahan suspek yang terbaring di ruang tamu dengan kecederaan di dada kirinya dan merampas pisau dapur yang digunakan dalam kejadian itu di dalam bilik tidur,” tambahnya.

    ACP Abdul Rahim berkata, isteri suspek memaklumkan suaminya sudah seminggu mengalami kemurungan serta mempunyai rekod sakit mental.

    Source: http://berita.mediacorp.sg