Tag: Chef Wan

  • Chef Wan Buka Restoran Baru Di Esplanade Lepas Hari Raya

    Chef Wan Buka Restoran Baru Di Esplanade Lepas Hari Raya

    Cef selebriti dari Malaysia, Chef Wan, akan membuka sebuah restoran baru di Singapura – lebih tepat lagi di Esplanade! BERITAMediacorp diberitahu oleh cef terkenal itu, restoran tersebut akan diberi nama ‘Chef Wan’s Kitchen’.

    Bila restoran tersebut akan dibuka? Selepas Hari Raya Puasa nanti, dedah Chef Wan.

    Sebilangan orang mungkin akan terkejut dengan berita ini, kerana cef terkenal yang sebelum ini dikaitkan dengan restoran 1 Market by Chef Wan, baru ditutup pada Jun tahun lalu (2016). 1 Market pernah beroperasi di Plaza Singapura dan tutup kedai setelah tiga tahun setengah beroperasi.

    Namun demikian, beberapa minggu lepas, cef popular itu sempat memuatkan posting di Instagram rasmi beliau bahawa beliau sudahpun bersedia untuk kembali ke Singapura. Iaitu dengan satu usahasama yang baru bersama pelabur serta rakan kongsi perniagaan yang baru – dengan membuka sebuah restoran baru.

    Lokasi baru kali ini bertempat di Esplanade yang turut menempatkan beberapa restoran lain.

    CHEF WAN: ESPLANADE “LOKASINYA BAGUS”

    Baru-baru ini BERITAMediacorp menghubungi cef terkenal itu menerusi panggilan jarak jauh ke Kuala Lumpur untuk mendapatkan kepastian serta perincian dari beliau yang masih lagi sibuk menjalani sebuah rakaman program televisyen terkini beliau, berjudul Selera Rasa Seksa.

    “Saya memang inginkan mempunyai restoran di kawasan utama macam Esplanade. Lokasinya bagus. Saya tengok di situ ada pelancong asing tapi dari segi makanan halal, kurang. Lebih-lebih lagi makanan Melayu kita. Jadi saya terfikir mengapa tidak I buat restoran di situ,” cerita selebriti kelahiran Singapura itu yang nama sebenarnya ialah Redzuawan Ismail.


    Secara kebetulan, pelabur dan rakan kongsi baru beliau memaklumkan kepadanya tentang restoran mereka yang “tidak menjadi” dan terpaksa ditutup.

    Mereka jugalah yang menyarankan kepada Chef Wan untuk sama-sama membuka restoran yang diberi nama Chef Wan’s Kitchen, di Esplanade.

    Cuma buat masa sekarang ini, beliau belum bersedia untuk berkongsi identiti pelabur serta rakan kongsi terbarunya untuk restoran di Esplanade.

    “Saya tak gemar menyebut mereka itu orang Cina atau Melayu ke. Mereka lebih senang untuk tidak dikenali. Mereka banyak pengalaman sebab memiliki banyak restoran di Singapura. I tengok dari pengalaman mereka dan I cakap oklah kita cuba sama-sama,” jelas Chef Wan, yang bakal berusia 60 tahun pada tahun depan.

    CHEF WAN’S KITCHEN, RESTORAN “LEBIH KECIK”

    Bezanya kali ini, Chef Wan menjadi rakan kongsi untuk restoran yang dijangkakan beroperasi selepas Syawal. Selain itu, terdapat juga ura-ura untuk perniagaan mereka dikembangkan lagi.

    Mengapa pula Chef Wan memilih untuk menjadi rakan kongsi kali ini dengan pembukaan Chef Wan’s Kitchen nanti? Sedangkan, bagi restoran 1 Market beliau setakat ‘meminjamkan’ nama sahaja.

    “I rasa restoran lebih kecik senanglah nak uruskan. Tak macam dulu restoran itu besar. Mengapa tidakkan?” terangnya ringkas.

    Restoran yang boleh menampung seramai 100-120 pelanggan itu bakal menyajikan pelbagai menu ala carte, tidak seperti sajian buffet di restoran lama itu.

    Menjadi rakan kongsi kali ini padanya memudahkan beliau untuk “mempunyai suara” dan membenarkan beliau membuat keputusan juga dalam pengurusan restoran tersebut nanti.

    MENU MAKANAN BAGAIMANA DI RESTORAN BARU NANTI?

    Menu yang bakal disajikan akan turut merangkumi masakan-masakan yang beliau tampilkan untuk buku-buku masak beliau. Antaranya, ‘400 Resipi Terbaik Chef Wan’, ‘The Best of Chef Wan: A Taste of Malaysia’.

    Beliau sempat berseloroh: “Ada dari buku masak kita, apa yang you tengok kat tv, kita masak macam tu, kalau sedap, sedaplah.”

    Chef Wan tidak menafikan setiap perniagaan pasti ada risikonya. Kekadang, menu yang disajikan tidak sesuai. Makanya beliau mengambil pendekatan ‘trial and error’ untuk Chef Wan’s Kitchen di Singapura nanti.

    Beliau sendiri yang akan turun padang untuk melatih kesemua cef yang akan menjadi tenaga kerja restoran tersebut. Seperti sebelum ini juga, Chef Wan menambah beliau akan turut berada di restoran tersebut untuk menemui peminat-peminatnya yang bertandang ke restoran untuk menjamu selera.

    Yang penting, perniagaan di lokasi yang baru itu dijangkakan lebih mencabar disebabkan restoran itu bukan sahaja harus bersaing dengan restoran-restoran hebat lain yang sedia ada di Esplanade. Chef Wan juga menaruh harapan, restoran barunya itu akan dapat menarik perhatian pengunjung-pengunjung asing yang ke Esplanade, selain daripada para pelanggan Melayu.


    (Gambar-gambar: Chef Wan)

    TIDAK SERIK LAGI TERBABIT DENGAN RESTORAN?

    Beliau sebelum ini marah dengan apa yang berlaku dengan pihak pengurusan restoran 1 Market. Jadi, tidakkah Chef Wan berasa serik untuk membuka lagi restoran di Singapura?

    “Eh takdelah, merepek saja. Meniaga tak boleh serik. Kalau serik, kita tak meniaga,” kata beliau kepada BERITAMediacorp.

    “Dalam dunia perniagaan, sentiasa ada jatuh bangun kan? Kekadang dari kesilapan yang lalu tu buat kita lebih prihatin dan boleh hasilkan keputusan lebih baik lagi InsyaAllah,” tambahnya lagi penuh yakin.

    Yang pasti, para penggemar makanan di Singapura ini tidak sabar menantikan kemunculan Chef Wan’s Kitchen untuk ‘berasap’.

  • Chef Wan:  Men Should Help With Housework.  It Is Not An Effeminate Act.

    Chef Wan: Men Should Help With Housework. It Is Not An Effeminate Act.

    KUALA LUMPUR – Malaysians should eliminate the stigma that is attached to men who do housework – that such men are pondan (transsexual or effeminate, in Malay), says Malaysian celebrity chef Redzuawan Ismail, popularly known as Chef Wan.

    Such a mindset negatively affects the family institution, he was reported as saying by Bernama.

    He said: “Men who do housework are not necessarily weak and soft.

    “They do it to help their wives who are probably tired after working in the office.

    “However, in our society, the perception still exists but not in the West.”

    Chef Wan was speaking to reporters after appearing as a panellist in the discussion, Re-defining Masculinity, held in conjunction with a woman’s forum on Wednesday.

    He added that men, husbands and fathers should set a good example to children by helping in any way possible at home.

    “In fact, from my own experience, I find that when you do housework, it not only lightens the burden at home, (but) is also a healthy activity,” he said.

    Source: straitstimes.com/news/asia/south-east-asia

  • Chef Wan Luahkan Pendapat Tentang Isu Makanan dan Toleransi

     

    Credit: Chef Wan
    Credit: Chef Wan

    I remembered talking about respect and tolerance for others some months back there are someone making a negative remark kononnya gambar2 Pork ni tak usah la post konon mereka geli.

    Apa budu dan cencalok itu bukan ke bangkai makanan laut yg busuk mau pun ikan masin serta Perkasam dan belacan itu tak busuk ke? Dont u think other races also find that a complete turn off tetapi boleh pula kita mencekek dan sedap.

    Susah jika manusia yg hidup mereka macam katak bawah tempurung ini. Ini makanan orang yg perlu kita respect dah tak perlu nak rasa jijik dan aib kan mereka. Shame on this moron that today is destroying the image of this country and causing alot of tension among other races with their itu haram dan ini haram! Dah tahu haram diam sudah la. Bangsa asing tak suruh pun kita mencekek bodoh! Why cant we exercise tolerance towards others instead of always finding fault at them bangsa Asing? This country is not just for the Muslim alone likewise the whole World. If other races and nation of the World can respect Islam and even the Pope can take his shoe off to enter our mosque in Juruselem nak saja saya kata di sini who the Hell are we to try and preached others and find fault as them sedang we our own race pun tak sempurna mana la!

    I am getting so sick of reading all this irresponsible human being from the public to Politician that put their brain on their knee cap! Opened up yr eyes and watch the news where is Peace in this world today? Letaknya di hati dan tangan kita!

    Sumber: Chef Wan

     

    EDITOR’S NOTE

    Di Singapura memang jarang ada masalah seperti ini kerana orang Singapura semua sudah ‘training’ makan di food court atau kedai kopi, di mana makanan halal dan bukan halal beroperasi di tempat yang sama dan tidak diasingkan.

    Oleh itu, kalau cerita fasal isu toleransi, Singapura memang ternyata sudah memupuk sikap mulia ini sejak di bangku sekolah lagi 🙂

    letters to R1C

     

     

  • Chef Wan Sindir Nik Michael Imran Setahun Jagung

    chefwan

    Kalau otai sudah bersuara, pastinya pendapat itu harus didengar dan dijadikan panduan. Terbaru mengenai akaun Instagramnya, Chef Wan telah pun menyuarakan pendapatnya mengenai salah satu rancangan masakan tempatan yang dikendalikan oleh Nik Michael Imran. Panjang lebar luahan hati Chef Wan dan Abang Nara ada bersetuju dengan beberapa “point” beliau.

    Antara yang menarik ialah pemilihan hos rancangan yang baru setahun jagung namun dibolehkan kerana mempunyai “rupa”. Sedangkan menurut Chef Wan, dirinya dahulu perlu melatih “skill masakan” terlebih dahulu sebelum mempunyai program TV sendiri. Sedikit sedutan tulisan Chef Wan untuk tatapan anda:-

    Jika kita tengok kan CV mereka pengalaman dah la kurang, asal kan ada ” Rupa” boleh host terus jadi Celebrity Chef. Dulu2 kita nak belajar memasak dari orang yg tinggi pengalamannya serta jauh perjalanannya mcm orang tua kata la, dah banyak makan garam.

    Tapi these days yang setahun jagung baru belajar memasak sedikit dah mula nak mengajar orang lain. How is these possible? Bukan ke dunia memasak ini has to do with skill labour? Yang Menang Master Chef baru setahun jagung pun dah keluar buku masak sendiri pada hal pengalaman didalam dunia culinary mereka sangat lah kurang.

    But what to do semua ini ada lah kesilapan TV station itu sendiri yg keluar kan TV Chef hari ini asal kan dapat la tampa memikir kan the Quality and skill of that host itself.

    Apa pendapat anda mengenai kata-kata Chef Wan? Bagi Abang Nara Chef Wan bukanlah seorang yang cakap sesuka hati namun segala kata-katanya adalah berdasarkan pengalaman yang cukup lama di dalam bidang masakan. Namun dunia sekarang ini memang nak cepat sahaja lebih-lebih lagi dengan kewujudan begitu banyak program realiti. Baca artikel ini sepenuhnya untuk luahan hati penuh Chef Wan.

    keluhanchefwaninstag

    Sumber: BeautifulNara & Chef Wan