Tag: cikgu

  • Murid 13 Tahun Ugut Cikgu “Nak Kena Rogol Ke?”

    Murid 13 Tahun Ugut Cikgu “Nak Kena Rogol Ke?”

    Kami para guru disekolah seluruh negara tidak pernah membuat tayangan cerita ‘blue’ kat murid-murid. Apatah lagi kat murid sekolah rendah. Jadi dari mana mereka belajar tentang hal ini? Sehingga melukis gambar lucah cikgu sendiri dan berkongsi pula dengan rakan-rakan. Amat menyedihkan akhlak anak-anak sekarang, berani mengugut untuk merogol guru mereka sendiri. Ugutan ROGOL tuan puan. Bukan ugutan mencalar kereta atau sekadar melawan dengan kata-kata. Lebih menyedihkan, ugutan ini keluar daripada murid sekolah rendah. Yang usianya belum pun mencapai 13 tahun lagi. Apa hal ini kita masih boleh menutup mata?

    Semalam saya berkongsi gambar pelajar lelaki yang mengacungkan jari tengah (simbol fuck) kepada guru mereka. Hari ini guru tersebut bercerita, “Murid-murid ini tidur di atas meja kat belakang kelas. Maka aku tutup kipas nak bagi mereka sedar. Murid itu dengan berang berkata, ‘Pantat’ mana yang tutup kipas ni.’” Hati guru mana yang mampu bersabar kalau dipanggil ‘pantat’? Satu gelaran lucah yang amat biadab terhadap seorang guru. Sangat kurang ajar! Maka guru itu bertindak balas. Dia ambil gulungan kain dan pukul murid itu. Gulungan kain tuan puan, bukan pukul pakai kayu baseball. Tiada luka, tiada lebam.

    Namun murid itu mengadu guru itu memukulnya dengan besi. Sehingga guru itu dipanggil pentadbir dan dikenakan tindakan. Alangkah peliknya dunia pendidikan zaman sekarang. Murid biadab, guru cuba mendidik. Namun guru pula yang kena tindakan. Apa itu tidak pelik? Dan begitulah selalunya. Apa jua tindakan guru, anak-anak pulang melapor kepada ibubapa dengan kisah yang diputar belit. Ibu bapa datang menyerang, datang membuat aduan malah ada yang memfailkan saman. Maka akhirnya, guru juga yang bersalah. Guru juga yang dikenakan tindakan.

    Dan sahabat saya itu, kini hatinya sudah tawar. Tawar sudah hendak menegur dan mendidik. “Aku buat kerja aku saja. Malas dah nak ambil tahu dan didik lebih-lebih. Aku serik.” Bilamana si guru mulai tawar hati dan tidak lagi mempedulikan anak-anak kita, maka tunggulah saat kehancuran. Percayalah! Tolong sampaikan kepada seberapa ramai yang boleh untuk anak bangsa kita dimasa depan ‘bukan untuk membela guru’.šŸ˜”šŸ˜”šŸ˜­…..

     

    Rilek1Corner

  • Tokoh Persuratan Negara Cikgu Haji Muhammad Ariff Ahmad Meninggal Dunia

    Tokoh Persuratan Negara Cikgu Haji Muhammad Ariff Ahmad Meninggal Dunia

    TOKOH persuratan tersohor negara, Haji Muhammad Ariff Ahmad atau Mas, telah meninggal dunia hari ini pada usia 91 tahun.

    Pendeta yang lebih mesra dengan panggilan “Cikgu Ariff” merupakan salah seorang pengasas Angkatan Sasterawan 50 (Asas 50) telah menghembuskan nafasnya di Hospital Khoo Teck Phuat.

    Usaha gigih allahyarham dalam memartabatkan bahasa dan sastera Melayu sejak lebih 50 tahun telah dihargai masyarakat bukan hanya di Singapura tetapi di seluruh pelosok nusantara dan telah dianugerahi Ijazah Kehormat Doktor Persuratan Melayu yang membawa kepada gelaran Doktor’ oleh Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Perak.

    Selain nama pena ‘Mas, arwah juga dikenali dengan nama pena uga dikenali dengan nama pena M.Arba (1940), P.L.Rajaudang (1940); M.Foerida (1943); Mas (1946); Mas Malaya (1947); Mas Tanjung Malim (1947); Mas Tomo (1947); S.P.10 (1949) dan Minamoria (1984).

    Beliau dilahirkan pada 6 Disember 1924 di Singapura. Pernah belajar di Sekolah Melayu Tanglin Besar (1933-1937); Sekolah Melayu Tanglin Tinggi (1938-1940); Syonan Nippon Gakuen + Sihan Gakko (1943); dan Maktab Perguruan Sultan Idris, Malaya (1946-1949). Beliau memperolehi Sijil Pelajaran Malaysia (Calon persendirian) (1965); Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (Calon persendirian) (1966); dan Sijil Perguruan SITC, Tanjong Malim, Malaya (1949).

    Selepas mengajar beberapa tahun beliau dilantik Pensyarah di Maktab Perguruan di Paterson Road, Singapura.

    Cikgu Ariff juga sebelum ini merupakan penerima Anugerah Suluh Budiman UPSI pada 2002.

    Sumbangan besar beliau menyebabkannya menerima pelbagai anugerah termasuk – Jasawan Guru oleh Kesatuan Guru-Guru Melayu Singapura (KGMS) pada 1987; Anugerah Tun Seri Lanang oleh Majlis Bahasa Melayu Singapura (MBMS) pada 1993; Bintang Bakti Masyarakat (BBM) oleh Pemerintah pada 2000 dan Pendeta dari Majlis Pusat.

    Jenazah akan dibawa pulang ke rumahnya di Nemesu Avenue dan kemudiannya akan dibawa ke Masjid Ba’alwie untuk disembahyang Asar ini.

     

    Source:Ā www.beritaharian.sg