Tag: Darul Quran Ittifaqiyah

  • Usaha Aaron Aziz Dan Ahli Kelab Peminat Aaronators: Projek Derma Kilat Mengumpul Dana Sebanyak RM8260 Untuk Pusat Tahfiz Terbakar

    Usaha Aaron Aziz Dan Ahli Kelab Peminat Aaronators: Projek Derma Kilat Mengumpul Dana Sebanyak RM8260 Untuk Pusat Tahfiz Terbakar

    Kebakaran yang meragut 24 nyawa termasuk pelajar dan guru di Pusat Tahfiz Quran Ittifaqiyah di Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur telah meruntun jiwa beberapa golongan selebriti tanah air tempatan.

    Pengacara terkenal Datuk Aznil Nawawi misalnya menggesa orang ramai supaya menjaga sensitiviti keluarga mangsa dengan tidak terbabit menyebarkan sebarang klip video berhubung kejadian kebakaran. Tak kurang juga, Hos TV popular, Nazrudin Rahman mempersoalkan kenyataan ‘mati syahid’ yang dikeluarkan oleh pengetua Pusat Tahfiz tersebut sehingga mencetuskan kontroversi.

    Antara mangsa yang terlibat dalam kebakaran. Al-fatihah.

     

    Turut merasa marah dengan tindakan luar batasan kanak-kanak yang melakukan perkara tersebut, Sharnaaz Ahmad yang menyuarakan pendapatnya di Instagram.

    Dalam ramai-ramai selebriti ini, ada selebriti yang memilih untuk tidak membuat apa-apa kenyataan di media sosial, namun ternyata dalam diam-diam mereka telah melakukan usaha-usaha murni bagi meringankan beban mangsa.

    Terbaru, pelakon popular drama bersiri My Darling! Inspektor Daniel, telah melaksanakan program Projek Derma Kilat Aaronators FC bagi mendapatkan sumbangan khas buat Ustaz dan anak-anak Darul Quran Ittifaqiyah. Difahamkan mereka berjaya mengumpul dana sebanyak RM8260 dalam beberapa hari hasil sumbangan dari penderma seluruh Malaysia dan Singapura.

    Aaaron berharap usaha Projek Derma Kilat ini dapat meringankan beban kesemua mangsa dan mendoakan mereka sentiasa dilidungi Allah.

    We manage to raise a total of RM8260 within a few days. Semoga Ustaz2 dan anak anak Darul Quran Ittifaqiyah tabah dan sentiasa dilindungi ALLAH SWT. Amin #sahamakhiratkami

    Rata-rata netizen memuji usaha Aaron dan seluruh ahli kelab peminat Aaronators kerana prihatin dengan masalah yang dialami oleh penghuni Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah ini.

     

    Source: https://www.hangat.com/

  • Pelajar Pusat Tahfiz Yang Hilang Sebelum Kebakaran Sedang Membantu Siasatan Polis

    Pelajar Pusat Tahfiz Yang Hilang Sebelum Kebakaran Sedang Membantu Siasatan Polis

    Seorang pelajar pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah yang dikatakan hilang sebelum kejadian kebakaran telah ditahan polis untuk membantu siasatan. Remaja tersebut dibawa ke lokasi kejadian hari ini untuk proses mengumpul bukti. Remaja yang berjaket hitam dibawa dalam keadaan tidak bergari sambil diiringi dua pegawai polis dipercayai dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur.

    Pihak polis telah memeriksa petunjuk terbaru dari rakamana CCTV selain menumpukan siasatan kepada pagar di sebelah tepi dan belakang pusat tahfiz. Remaja lelaki yang dibawa ke lokasi kejadian dipercayai telah menyelinap keluar dari asrama beberapa jam sebelum kejadian kebakaran yang meragut nyawa 23 pelajar serta guru pusat tahfiz berkenaan. Sejak pagi semalam, beberapa pegawai dan anggota meninjau keadaan pagar kawat yang dipercayai boleh menjadi laluan keluar dan masuk oleh penceroboh ke dalam pusat tahfiz ini.

    Pagar kawat yang memisahkan bahagian belakang pusat tahfiz didapati mempunyai kesan potong serta sudah diregangkan. “Malah, faktor pelajar cuba menyelinap keluar pada waktu malam dan awal pagi juga turut diambil kira sebagai membantu melengkapkan siasatan,” katanya. Segala bentuk siasatan kes berkenaan akan turut dirujuk berdasarkan hasil siasatan Unit Forensik Polis dan Bomba.

  • Sumbangan Ikhlas Untuk Sekolah Tahfiz, Darul Quran Ittifaqiyah

    Sumbangan Ikhlas Untuk Sekolah Tahfiz, Darul Quran Ittifaqiyah

    Following kebakaran di sekolah tahfiz, Darul Quran Ittifaqiyah yang mengorbankan 23 pelajar dan guru, now there is a donation drive for the victims’ families and also to redevelop the school. Sesiapa yang berminat, boleh lah dermakan sumbangan ikhlas anda kepada:

    Name: Darul Quran Ittifaqiyah
    Bank: CIMB Islamic
    Account Number: 8602299587

     

    Rilek1Corner