Tag: diet

  • ‘Saya Kurus Sebab Semangat Diet Nak Kahwin’

    ‘Saya Kurus Sebab Semangat Diet Nak Kahwin’

    Lain orang lain cara, jangan ikut kalau badan tiada daya ketahanan yang tinggi. Saya bukan pakar fitness, tetapi ia berkesan pada saya. Bila badan dah naik, saya akan diet sekejap. Dan bila badan dah slim, saya makan macam-macam semula. Ambil yang baik, yang buruk buang jauh-jauh.

    NO CARBO, NO SUGAR, NO FRUIT

    Tempoh pembasmian lemak asal dalam badan selama 14 hari. Tanpa karbo, tanpa gula dan tanpa buah. Tenaga dari lemak asal dalam badan akan digunakan untuk memproses protein yang kita makan 14 hari pertama.

    Untuk menu selama 14 hari:

    Sarapan pagi – tiga biji telur setiap pagi
    Makan tengah hari – Ayam goreng, grill, bakar 1/4 (beli je)
    Makan malam (sebelum 7 petang) – Sup sayur hijau, ayam atau daging

    Makanlah berkilo-kilo protein setiap hari. Lagi banyak kilo turun sebab lemak-lemak asal dalam badan bekerja sekuatnya untuk membakar protein yang kita makan.

    Ingat, disiplin mesti kuat. Seriously saya tak ambil karbo, gula dan buah selama 14 hari. Sayur yang dalam kategori buah pun saya elakkan. Tak tipu. Seafood pun tak makan. Air kosong sahaja 3 liter sehari.
    Selepas 14 hari pembasmian lemak dalam badan, hari ke-15 bolehlah makan karbo. Tetapi makan karbo 1/4 dari kebiasaan saja. Kalau selalunya 4 senduk nasi, jadikanlah satu senduk saja. Lebihkan lauk. Yang penting jangan skip makan.

    Jadi saya bagi alasan kurus kerana sakit, jadi orang tak marah, kasihan adalah. Kebetulan masa itu saya sakit kaki, masuk wad. Semua percaya itu faktor saya kurus. Sorry kawan-kawan, saya memang sakit tetapi saya kurus sebab semangat diet nak kahwin.

  • Memalukan Kalau Ustaz Perut Buncit; Mufti Mahu Asatizah Amalkan Gaya Hidup Sihat

    Memalukan Kalau Ustaz Perut Buncit; Mufti Mahu Asatizah Amalkan Gaya Hidup Sihat

    Mufti Negara Dr Mohd Fatris Bakaram menyeru para asatizah supaya memberikan perhatian kepada kesihatan mereka dan mengamalkan gaya hidup sihat.

    Ini kerana ia bukan saja dituntut oleh agama malah ia juga diperlukan dalam golongan agamawan itu menjalankan tugas dakwah mereka.

    Sebagai ‘penghulu’ kepada para asatizah Singapura, Mufti Dr Fatris berkata, beliau mahu melihat “golongan asatizah khususnya” memberikan perhatian kepada kesihatan dan mengamalkan gaya hidup sihat.

    Menurut Mufti Fatris, ini penting bagi mereka demi melaksanakan tugas dan mengajak masyarakat untuk mengamalkan ajaran Islam, yang juga termasuk aspek menjaga kesihatan.

    Dr Fatris menyuarakan pandangan demikian dalam satu wawancara eksklusif bersama BERITAMediacorp.

    KALAU ADA USTAZ YANG PERUTNYA BUNCIT…

    Dr Fatris memberitahu BERITAMediacorp beliau pernah disentap dengan satu persoalan berkaitan kesihatan, yang diajukan kepadanya.

    “Saya agak tersentak apabila diberitahu salah seorang daripada ketua saya dahulu bila bertugas di Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS), yang (kini) telah bersara. (Beliau) mengatakan bahawa satu perkara yang sangat memalukan, (adalah) kalau ada ustaz yang perutnya buncit.

    “Jadi saya bila dengar begitu saya rasa iya tak iya juga. Macam mana kita ini (golongan) ustaz, kita mengajak masyarakat untuk melaksanakan agama, dan antara ajaran agama adalah untuk menjaga kesihatan. Tapi kalau ada di kalangan ustaz pula yang perutnya buncit, sangat memalukan. Saya pegang itu. Sesuatu yang menyentap saya,” kongsi Dr Fatris.

    GAYA HIDUP SIHAT, ‘JIHAD’ BAGI ASATIZAH

    Lantaran itu, Dr Fatris menguatkan azamnya untuk mendisiplinkan diri, mengubah gaya hidup supaya dapat mengelakkan penyakit-penyakit serius. Ini tentu sekali boleh dicontohi golongan asatizah yang akan mendidik dan membentuk generasi seterusnya, yang akan menitikberatkan gaya hidup sihat.

    Meskipun demikian, untuk mengubah gaya hidup mungkin satu ‘jihad’ bagi para asatizah. Menurut Dr Fatris, melalui pengalaman peribadinya, ia bukanlah sesuatu yang mudah.

    “Bila jadi Mufti, bila jadi Ustaz ini, khusus sekali bila datang musim, contoh musim Maulid Nabi, musim Ramadan. Kita mendapat undangan yang banyak, majlis yang banyak dan dalam setiap majlis dan undangan itu pastinya hidangan-hidangan yang dihidangkan juga adalah dalam kategori biasa itu adalah beriani, air-air manis. Jadi itu kena jaga dan saya cuba,” beliau secara terus terang memberitahu BERITAMediacorp.

    Kini, dalam usahanya untuk terus memastikan kesihatan dijaga, Dr Fatris memilih untuk berjalan pantas sama ada bersama isteri atau beberapa lagi rakan asatizah.

    “Kalau bulan Ramadan agak kurang saya berjalan,” jelas Mufti.

    “Tetapi sekarang sedang mengembalikan rutin yang lama, seminggu dalam tiga atau empat kali, sekali jalan dalam 45 minit, satu jam, satu jam lebih sedikit,” kongsi Dr Fatris.

    Beliau menambah, sekali-kala apabila ada kesempatan, beliau akan bermain badminton bersama dengan kakitangan MUIS.

    BERITAMediacorp juga mendapat tahu bahawa antara tempat-tempat yang sekarang dijadikan ‘tapak senaman’ oleh Mufti dan rakan-rakannya ialah di kawasan MacRitchie.

    KENCING MANIS “KRISIS KESIHATAN” BAGI ORANG MELAYU

    Seruan Dr Fatris agar para asatizah memberi perhatian kepada aspek kesihatan, senaman dan gaya hidup sihat itu disuarakan sedang Perdana Menteri Lee Hsien Loong juga mengajak rakyat supaya memerangi isu kencing manis.

    Masyarakat Melayu nampaknya lebih terpukul dengan isu ini apabila PM Lee mendedahkan bahawa kencing manis adalah “krisis kesihatan” bagi masyarakat Melayu. Ini kerana 50 peratus anggota masyarakat Melayu yang berusia lebih 60 tahun menghidap penyakit kencing manis.

    Jika dibandingkan dengan kaum lain, 25 peratus daripada orang Cina berusia lebih 60 tahun menghidap kencing manis. Masyarakat India lebih kritikal dengan 60 peratus dalam golongan usia itu menghidap penyakit tersebut.

    Secara keseluruhannya sebagai satu masyarakat, 17 peratus orang Melayu di Singapura menghidap kencing manis, dedah PM Lee lagi menyuarakan keprihatinannya. Satu sebabnya adalah masalah kegemukan, satu masalah yang lebih ketara di kalangan masyarakat Melayu.

    ORAK LANGKAH ‘UBAH’ DAN ‘KURANGKAN’

    Untuk dijadikan teladan, Dr Fatris tidak bersembunyi untuk menceritakan tentang pengalaman dirinya sendiri, yang lama menghidap penyakit gout.

    “Kemudian satu peringkat, doktor beri amaran, bahawa kadar gula saya sudah sampai, kata orang itu, ‘borderline’ untuk saya jaga. Pada waktu itu saya rasakan, saya ini masih pada peringkat umur yang sepatutnya menikmati tahap kecergasan yang tinggi,” cerita beliau semasa ditemui di pejabatnya.

    Lantas apa yang Mufti Negara itu lakukan?

    “Jadi saya ubah gaya pemakanan saya, diet, minuman, makanan yang banyak bergula saya kurangkan,” tegas Dr Fatris.

     

    Source: http://berita.mediacorp.sg

  • Chef Bob Berjaya Hilangkan 90kg Berat Badannya, Berazam Turunkan Lagi 15kg Demi Anak

    Chef Bob Berjaya Hilangkan 90kg Berat Badannya, Berazam Turunkan Lagi 15kg Demi Anak

    Anda yang sudah lama tidak melihat Chef Bob, mungkin terpaksa menggosok mata berulang kali untuk memastikan apakah itu Bob yang sama.

    Manakan tidak, personaliti tempatan itu yang dahulunya dianggap ‘montel’ kini jelas kelihatan lebih kurus, sihat dan juga mungkin lebih kacak! Perubahan fizikal Chef Bob memang amat ketara – selepas beliau berjaya menurunkan berat badannya dengan sebanyak 90 kilogram!

    Gambar di atas dan di bawah ini menjadi buktinya.

    Ketika dihubungi BERITAMediacorp, Chef Bob atau nama sebenarnya Shahrizal Salleh, pada awalnya mengaku berasa agak malu untuk berkongsi perjalanannya.

    Chef Bob membuka cerita: “Sebenarnya ini adalah putaran keempat bagi saya untuk berusaha menurunkan berat badan. Yang pertama, adalah semasa saya menjalani Perkhidmatan Negara, di mana saya hilang lebih 56 kilogram dalam masa dua tahun.

    “Yang kedua, apabila saya tertekan untuk nampak langsing di hadapan TV bagi siri Cef Skuter. Dan yang ketiga pula, sejurus sebelum saya naik pelamin. Maklumlah nak ada ‘badan pelamin’.”

    Chef Bob menambah, badannya bagaimanapun kembali “naik lemak” setelah beliau berkahwin.

    “Terus naik badan sehingga mencecah 188kg. Bagi putaran kali keempat ini pula, ia bermula dua tahun lalu. Dan saya memberitahu diri bahawa, sudahlah. ‘Enough is enough’ (Sudah cukup),” kongsi beliau dengan terus terang kepada BERITAMediacorp.

    APA DIA PENDORONG UTAMA BOB KURUSKAN BADAN?

    Ditanya kenapa beliau bersungguh-sungguh bertekad ‘membakar habis-habisan’ lemak ditubuhnya? Jawapan Bob boleh dirumuskan dalam satu perkataan – Umar. Semua ini demi anaknya yang tersayang yang bakal menginjak usia 3 tahun, Umar.

    “Umar menjadi pendorong utama saya untuk terus bertekad dan berusaha. Saya mahu dia membesar dengan seorang ayah. Memang benar, hidup mati itu di tangan Allah. Tetapi apabila anda gemuk, pelbagai komplikasi kesihatan yang akan timbul.

    “Malah, sepotong ayat Quran turut menyatakan bahawa ‘kaum lelaki adalah pelindung dan penjaga isteri-isteri dan anak-anak mereka’. Bagaimana dapat saya melindungi keluarga saya sedangkan saya tidak dapat melindungi diri saya sendiri? Bagaimana dapat saya jaga keluarga saya apabila saya sendiri tidak boleh berjalan dengan betul untuk melakukan tugas saya?” luah Chef Bob tanpa berselindung.

    Bagaimanapun, usahanya untuk menurunkan berat badan tentunya bukan mudah. Malah, Chef Bob memberitahu BERITAMediacorp, beliau berulang kali berasa hampir berputus asa.

    Menurunkan berat badan mudah katanya. Tetapi untuk mengekalkannya adalah amat sukar. Kini, setelah hilang hampir 100 kilogram dan tubuhnya menjadi lebih cergas, Chef Bob nampaknya ditiup semangat baru.

    “Saya memang sudah bertekad dan tidak mahu berat badan yang turun naik lagi. Penatlah,” katanya, yang kini berjaya mengurangkan berat badannya kepada 99 kilogram.

    TUBUHKAN KELAB KECERGASAN ‘FAT BOYS FITNESS CLUB’

    Yang jelas, beliau menerima dorongan dari pelbagai pihak, termasuk pelatih kecergasannya, Sazali. Sazali, yang juga suami kepada seorang sepupunya, melatihnya selama lebih tiga tahun mengikut jadualnya yang fleksibel.

    Bahkan, kedua-dua Chef Bob dan Sazali kini sama-sama menubuhkan sebuah kelab kecergasan khas yang diberi nama ‘Fat Boys Fitness Club’ (FBFC).

    “Saya menyarankan idea untuk mengadakan latihan ‘bootcamp’ khusus buat lelaki bersaiz besar seperti saya sendiri. Saya tahu bagaimana perasaannya untuk menjadi gemuk dan mahu hilangkan berat badan. Dan setiap kali saya ke gim, orang akan mula menilai saya.

    “Sebenarnya, itu bukan suatu masalah bagi saya sebab saya tidak peduli tentang pendapat orang lain. Keyakinan diri saya tinggi, tetapi kebanyakan orang-orang gemuk pula mempunyai keyakinan diri yang rendah dan agak sensitif apabila dinilai berdasarkan berat badan mereka,” terang tukang masak itu, yang kini menjadi turut menjadi konsultan dan duta jenama bagi restoran Central Thai.

    Oleh itu, FBFC menjadi ruang bagi lelaki bersaiz besar untuk membuang rasa janggal selain dapat sama-sama memberi motivasi kepada satu sama lain, katanya.

    Chef Bob memberitahu BERITAMediacorp pusingan pertama FBFC yang dihadkan kepada 20 peserta mendapat sambutan sangat memberangsangkan sehingga mereka terpaksa membuka ruang bagi pusingan yang kedua.

    Bahkan, 20 tempat bagi pusingan kedua itu dipenuhi hanya selang beberapa jam sahaja, sehingga mereka bertindak untuk mengadakan tempat bagi 20 peserta lagi bagi bootcamp yang berlangsung selama 10 minggu itu.

    “Kaum wanita bersaiz besar pernah menyarankan agar saya membuka ‘Fat Girls Fitness Club’ tetapi saya tak nak,” jelasnya.

    (Gambar-gambar: Shahrizal Salleh/ Instagram)

    INGIN TURUN LAGI 15KG

    Pada hari-hari biasa, Chef Bob akan ke gim sekurang-kurangnya dua kali seminggu, melakukan latihan angkat berat, senaman kardio selain bermain futsal dari 11.00 malam hingga 1.00 pagi pada setiap Jumaat.

    Bagaimana pula dengan rutin senaman Chef Bob semasa Ramadan?

    “Bagi bulan Ramadan pula, saya tidak melakukan sebarang latihan sebelum berbuka puasa. Saya hanya melakukannya sesudah solat Isyak atau terawih, tetapi saya masih tetap bermain futsal.

    “Walau bagaimanapun, saya masih perlu menurunkan lagi 15 kilogram untuk mencapai berat badan dan BMI yang ideal,” kongsinya.

    Yang jelas, tekad Chef Bob untuk benar-benar langsing, kekal sihat dan aktif wajar dijadikan contoh dan dorongan bagi mereka yang mengalami masalah serupa.

    Pastinya, tiada yang mustahil. Jika Chef Bob mampu hilang lebih 90 kilogram – ibarat tubuhnya ‘dipotong dua’ dan dibuang separuh – mereka yang bersaiz seperti Chef Bob ‘yang dulu’ juga boleh mencapai matlamat serupa. Selagi ada niat, tekad dan usaha.

     

    Source: http://berita.mediacorp.sg

  • Fasting For Three Days Can Regenerate Entire Immune System, Study Finds

    Fasting For Three Days Can Regenerate Entire Immune System, Study Finds

    Fasting for as little as three days can regenerate the entire immune system, even in the elderly, scientists have found in a breakthrough described as “remarkable”.

    Although fasting diets have been criticised by nutritionists for being unhealthy, new research suggests starving the body kick-starts stem cells into producing new white blood cells, which fight off infection.

    Scientists at the University of Southern California say the discovery could be particularly beneficial for people suffering from damaged immune systems, such as cancer patients on chemotherapy.

    It could also help the elderly whose immune system becomes less effective as they age, making it harder for them to fight off even common diseases.

    The researchers say fasting “flips a regenerative switch” which prompts stem cells to create brand new white blood cells, essentially regenerating the entire immune system.

    “It gives the ‘OK’ for stem cells to go ahead and begin proliferating and rebuild the entire system,” said Prof Valter Longo, Professor of Gerontology and the Biological Sciences at the University of California.

    “And the good news is that the body got rid of the parts of the system that might be damaged or old, the inefficient parts, during the fasting.

    “Now, if you start with a system heavily damaged by chemotherapy or ageing, fasting cycles can generate, literally, a new immune system.”

    Prolonged fasting forces the body to use stores of glucose and fat but also breaks down a significant portion of white blood cells.

    During each cycle of fasting, this depletion of white blood cells induces changes that trigger stem cell-based regeneration of new immune system cells.

    In trials humans were asked to regularly fast for between two and four days over a six-month period.

    Scientists found that prolonged fasting also reduced the enzyme PKA, which is linked to ageing and a hormone which increases cancer risk and tumour growth.

    “We could not predict that prolonged fasting would have such a remarkable effect in promoting stem cell-based regeneration of the hematopoietic system,” added Prof Longo.

    “When you starve, the system tries to save energy, and one of the things it can do to save energy is to recycle a lot of the immune cells that are not needed, especially those that may be damaged,” Dr Longo said.

    “What we started noticing in both our human work and animal work is that the white blood cell count goes down with prolonged fasting. Then when you re-feed, the blood cells come back. So we started thinking, well, where does it come from?”

    Fasting for 72 hours also protected cancer patients against the toxic impact of chemotherapy.

    “While chemotherapy saves lives, it causes significant collateral damage to the immune system. The results of this study suggest that fasting may mitigate some of the harmful effects of chemotherapy,” said co-author Tanya Dorff, assistant professor of clinical medicine at the USC Norris Comprehensive Cancer Center and Hospital.

    “More clinical studies are needed, and any such dietary intervention should be undertaken only under the guidance of a physician.”

    “We are investigating the possibility that these effects are applicable to many different systems and organs, not just the immune system,” added Prof Longo.

    However, some British experts were sceptical of the research.

    Dr Graham Rook, emeritus professor of immunology at University College London, said the study sounded “improbable”.

    Chris Mason, Professor of Regenerative Medicine at UCL, said: “There is some interesting data here. It sees that fasting reduces the number and size of cells and then re-feeding at 72 hours saw a rebound.

    “That could be potentially useful because that is not such a long time that it would be terribly harmful to someone with cancer.

    “But I think the most sensible way forward would be to synthesize this effect with drugs. I am not sure fasting is the best idea. People are better eating on a regular basis.”

    Dr Longo added: “There is no evidence at all that fasting would be dangerous while there is strong evidence that it is beneficial.

    “I have received emails from hundreds of cancer patients who have combined chemo with fasting, many with the assistance of the oncologists.

    “Thus far the great majority have reported doing very well and only a few have reported some side effects including fainting and a temporary increase in liver markers. Clearly we need to finish the clinical trials, but it looks very promising.”

     

    Source: Telegraph

  • Mothers: Check, Don’t Feed Your Sons Raisins With Worms

    Mothers: Check, Don’t Feed Your Sons Raisins With Worms

    Dear mummy friends, if you give this brand of raisins to your little ones beware of worms! My little boy was finishing one small box and towards the end I noticed the black specks and worms. Went home to check the rest in my pantry and also got worms. It still has almost 1 year before the expiration date. Now hoping he won’t get a stomachache.

    Edited: someone suggested that even the sealed boxes need to be stored in an air tight container and maybe In fridge to prevent this from happening.

     

    Source: Jamie Tang Chan