Tag: divorcee

  • Betul Ke Janda-Janda Ni Semua Gatal, Asyik Goda Laki And Boyfriend Orang?

    Betul Ke Janda-Janda Ni Semua Gatal, Asyik Goda Laki And Boyfriend Orang?

    Kesian jugak semua ibu-ibu tunggal ni. Kita tak tahu macam mana diorang tanggung kehidupan diorang dengan anak-anak diorang. Kita sebagai orang luar, janganlah asyik nak kecam mak-mak janda ni. Diorang taka kan jadi janda kalau tak kerana lelaki. So please respect diorang ni jugak.

    Janda ke tak, diorang tetap manusia biasa kan. Apa kau kisah, at most kau tak suka dengan status diorang, kau diam-diam angkat kaki jalan sudah la. Kenapa semua nak salahkan mak-mak janda? Laki ke boyfriend kau gatal dengan mak janda pun nak salahkan mak janda tu jugak ke? Ini semua stereotype, semua janda yang salah. Jangan lah kecam janda-janda ni lagi ok? Kesian dekat diorang.

    ***

    “Aku da bawak ni title Janda/Ibu Tunggal since 2012 to 2015 pastu break kejap for like a yr plus… Pastu aku angkat tu title balik early 2017… From experience… It’s never easy for us (single moms) especially with young children…  Mana kita nak kerja untuk sara anak2…nak hantar skolah… Mana yg sakit pulak… Nak msk… Ajar hmwk… Untung kalau yg tinggal dgn parents… Mak bapak bole tolong…

    Kalau yg tinggal sorang mcm aku ni… Mana nk hantar anak… Nak pergi pasar nk masak…amek anak2… It’s not easy for us…. It’s really disappointing when some or most people are judging us based on title JANDA…. Asal janda je bole bawak??  Asal janda je bole buat barang pakai… Laki org msg aku… Aku yg gatal… Bf kau add aku… Aku yg gatal…  Aku friendly korang ckp aku gatal… Aku tak layan korang kata aku step power…da janda tak sadar diri….

    I’m sure not only me… Mesti byk ibu2 tunggal mcm aku ni yg kene sama mcm aku… Our lives are already a mess guys…. The least u can do is show moral support n stop judging as u please… Yang nk kenal2 dgn kita ni… Bole… Bukan tk bole….  Tapi jgn gunakan pick up line “i love kids” untuk tackle maknyer ye…padahal kau layan budak pon taktau…  Kita ni bukan barang mainan atau tissue da lap2 peluh kau buang tepi road eh…

    Kalau tanak blah… Takyah menyusahkan lgk kehidupan org yg da sediakala susah ni…yg ibu2 tunggal plak…. Hati2 ya… Jgn senang percaya dgn kata2 manis ni sume…sume bullshit… Pasal org kalo ikhlas dia tk byk bunyik…  Dia tunjuk tros…n dia takkan ask for anything in return… Sekian… Wassalam”

     

    Rilek1Corner

  • Teguh Besarkan 2 Anak Meski Hadapi Stigma Janda, Ibu Tunggal

    Teguh Besarkan 2 Anak Meski Hadapi Stigma Janda, Ibu Tunggal

    Kasih ibu sampai ke syurga. Itulah istilah lazim yang kita selalu dengar bagi wanita yang bergelar ibu.

    Walaupun kini ada yang bekerjaya tinggi dan hebat, namun mereka tetap menggalas kewajipan dan tanggung jawab sebagai ibu; menjaga keluarga dan anak-anak tanpa rasa jemu dan mengeluh. Ternyata, wanita yang dipanggil ‘ibu’ ini merupakan pemberian dan anugerah tertinggi Allah untuk kehidupan seorang insan di bumi ini.

    Sepanjang tiga hari ini, sejajar dengan sambutan Hari Ibu, BERITAMediacorp menampilkan 3 srikandi hebat dan juga wanita yang bergelar ibu, yang mempunyai nilai-nilai murni yang tiada tolok bandingnya! Mereka tidak pernah mengenal erti penat dan jerih, malah terus berjuang bukan untuk diri sendiri, tetapi demi keluarga, serta nusa dan bangsa.

    Ibu pertama yang kami tampilkan kali ini ialah Cik Eliyah Osman, 44 tahun, yang menjadi ibu tunggal ketika anak bongsunya hanya berusia 6 bulan.

    Cik Eliyah Osman – 44 tahun

    Perpisahan di dalam sebuah mahligai yang dibina atas dasar cinta, memang menyakitkan dan amat menyedihkan. Menyedari akan hakikat yang sudah tertulis, Cik Eliyah Osman redha atas setiap dugaan dan ujian yang dilaluinya.

    Dia sendiri tidak pernah tahu akan kekuatan yang dimilikinya, namun setiap cabaran yang mendatang diharungi dengan penuh kesabaran dan yakin bahawa apa juga yang terjadi adalah atas ketentuan Illahi dan pasti terselit hikmah yang tersendiri.

    Cik Eliyah sudah menjadi ibu tunggal sekitar 8 tahun yang lalu dan ketika anak bongsunya dalam belaian usia baru 6 bulan saja. Sejak itu, kehidupannya terus berubah dan segala perasaan hiba dan sedih terus diketepikan.

    Sebagai pencari nafkah selepas penceraian, menjaga, membesarkan dan mendidik kedua anak-anaknya adalah agenda utama Cik Eliyah. Dia tidak mahu anak-anak terpinggir dari kasih sayang dan mahukan hanya yang terbaik untuk anak-anaknya dan segala wang dan waktu hanyalah untuk mereka.

    Beliau juga prihatin terhadap pelajaran anak-anaknya, dan tidak pernah terlepas peluang untuk berjumpa guru-guru dan kaunselor di sekolah bagi menanyakan perkembangan dan kemajuan akademik mereka.

    BERDIKARI BAGI MULAKAN KEHIDUPAN BARU

    Cik Eliyah juga akur bahawa salah satu cabaran yang paling besar setelah berpisah adalah isu perumahan dan mencari tempat berteduh bagi mereka bertiga. Beliau juga kerugian sekitar S$100,000 wang simpanan CPFnya, dek pasaran hartanah yang lembab dan suram ketika menjual rumah eksekutif maisonet dan ini membuat simpanan beliau hampir kekontangan!

    Namun kehidupan harus diteruskan dan Cik Eliyah terus berusaha dan bekerja dan kini menetap di rumah ibu bapanya sementara menunggu flat BTOnya di Yishun yang bakal siap pada hujung tahun ini.

    Namun begitu, Cik Eliyah tetap bersyukur kerana mempunyai pekerjaan tetap, walaupun jarak ke pejabat dari rumah orang tuanya memakan masa hampir dua jam. Setiap hari beliau bangun awal-awal lagi untuk melengkapkan persiapan anak-anak ke sekolah sebelum ke pejabat di Tuas, dan akan pulang ke rumah di Changi Village yang terletak di bahagian timur Singapura pada jam 9.00 malam, dengan menggunakan pengangkutan awam.

    “Sejak berpisah pada tahun 2008, kehidupan saya terus berubah. Namun saya terus memandang ke hadapan dan anak-anak menjadi pembakar semangat dan demi ingin melihat mereka berjaya, saya tanam azam untuk memberikan mereka yang terbaik, walaupun kami kekurangan seorang ‘father figure’ dan diuji sebegini.

    “Ujian demi ujian yang saya hadapi tidak sedikit pun melemahkan semangat saya untuk terus berusaha agar kami bertiga dapat menikmati kehidupan sesempurna mungkin. Bantuan, sokongan, serta penerimaan pihak majikan, ibu bapa dan teman-teman rapat amat saya hargai.

    “Walaupun saya seorang yang berdikari, dan tidak mahu meratapi kisah lalu, namun pertolongan yang saya terima selama ini, sedikit sebanyak membuat saya terus bangkit dan meneruskan kehidupan seperti ibu-ibu yang lain,” ujar Cik Eliyah, 44 tahun, dan ibu tercinta kepada Asyura Abdullah, 16 tahun dan Aesya Abdul Rahman, 8 tahun.

    (Gambar-gambar: Eliyah Osman)

    STIGMA MASYARAKAT

    Walaupun perlu memikul tanggungjawab yang berat, beliau masih dan gemar bersenam dan pernah mengikuti dan mengambil bahagian dalam sukan lasak, seperti acara triathlon, maraton dan berbasikal jarak jauh.

    “Menjadi ibu tunggal, memang banyak cabaran, dan tidak mudah, tetapi kita harus kekal positif dan jangan putus asa. Mereka perlu keluarkan diri daripada kepompong kehidupan dan melakukan aktiviti sihat seperti bersenam. Saya juga mengikuti sukan lasak, walaupun tidak sekerap dulu, namun saya tetap yakin aktiviti seperti bersenam dapat merehatkan minda agar tidak terlalu kusut memikirkan masalah yang tiada penghujungnya.

    “Saya akui, pasti ramai ibu tunggal pernah dilabel ‘Mak Janda’ oleh masyarakat setempat dan menganggap kami sebagai wanita yang tidak berperwatakan baik dan cuba mendekati kami dengan niat yang tidak murni.

    “Saya rasa, stigma ibu tunggal masih ada dan saya berharap masyarakat tidak memandang serong pada ibu-ibu ini, kerana kami bekerja, seperti orang lain juga, demi anak-anak dan keluarga dan tidak meminta-minta ataupun diberikan layanan istimewa. Walaupun kehidupan kami tanpa suami, tapi kami juga boleh berdikari dan menjadi pendorong utama untuk anak-anak terus berjaya di hari muka,” jelas Cik Eliyah lagi.

    Source: http://berita.mediacorp.sg

  • Religious Teacher Kills Divorcee Girlfriend Who Pestered Him To Marry

    Religious Teacher Kills Divorcee Girlfriend Who Pestered Him To Marry

    PETALING JAYA: A religious school teacher here allegedly stabbed and killed his girlfriend during a heated argument where she demanded that they get married.

    The man was arrested at his home in Jalan Songket 4, Taman Bukit Bujang, several hours after the bloodied body of Nur Salina Nazir was discovered in her grey Proton Wira at about 9am on Wednesday.

    The car was located outside Sekolah Rendah Agama Kuala Kubu Baru, where the suspect taught.

    The victim, Nur Salina

    Nur Salina, who has four children, was found in the drivers’ seat with seven stab wounds to her body.

    She was discovered by passers-by who then alerted the authorities.

    It is learnt that the incident took place when the argument escalated and the suspect whipped out a knife and stabbed her repeatedly.

    Hulu Selangor OCPD Supt R. Supramaniam confirmed the incident and said the case was classified under Section 302 of the Penal Code for murder.

    “She was stabbed four times on her chest, twice on the ribs and once on the left arm.

    “Her belongings are also missing. We are trying to find the weapon that was used,” he said.

    Supramaniam said the suspect confessed to the stabbing.

    Nur Salina left behind four children – three daughters and a son – aged between seven and 14.

     

    Source: www.thestar.com.my