Tag: Dzar Ismail

  • Dzar Ismail: Kalau Tak Boleh Terima Cemuhan, Jangan Share Sebarangan

    Dzar Ismail: Kalau Tak Boleh Terima Cemuhan, Jangan Share Sebarangan

    Share bende baik org cakap, kau jangan nak step baik sangat.

    Share bende buruk org cakap, sebagai orang Islam, baik delete.

    Share bende yg bermanfaat, org cakap, kau cerminkan diri kau dulu sebelum nak nasihatkan org.

    Share bende degil org cakap, kau dah tua masih nak post bende bende gini?

    Share bende agama org cakap, mcm lu tak pernah degil jek dulu.

    Share bende viral org cakap, tak baik mengaibkan orang.

    Share bende kelakar, org cakap, tak kelakar lah. Lawak lame.

    Share bende serious org cakap, sudahlah, nak step pandai hal ehwal semasa konon.

    Share gambar selfie org cakap, dah takder gambar lain nak post? Balik balik gambar sendiri.

    Share gambar anak, org cakap kemaruk. Mcm org lain takder anak plak.

    Share gambar kenderaan org cakap riak.

    Share pasal kejayaan diri sendiri org cakap merendahkan org lain.

    Share pasal makanan, org akan tanyer kedai nih halal ker haram? Sijil MUIS mana?

    Share doa, org cakap, Yahudi jer doa kat dinding.

    Moral of the story. Kalau nak share, share jer. Orang akan cakap jugak. Kalau takle tahan apa org cakap, jangan share.

     

    Source: Dzar Ismail

  • Dzar Ismail: Komen Pasal Agama Biar Berpada, Cermin Diri Dulu

    Dzar Ismail: Komen Pasal Agama Biar Berpada, Cermin Diri Dulu

    Pastikan beberapa perkara ringkas ini dilakukan sebelum anda komen pasal agama dengan agresif dekat status org lain.

    1.) Anda tidak ‘like’ fanpage memberahikan seperti “Kelab Janda Muda”

    2.) Anda tidak berkongsi video-video merangsangkan seperti “Dangdut Koplo” di wall anda.

    3.) Anda tidak menge’like’ gambar-gambar chickaro yg ada menayangkan lurah dendam. (Yes, kita boleh tahu anda like ker tak)

    Tiga perkara ini, jika TIDAK dipatuhi, akan membunuh segala kredibiliti komen balas anda walaupun dengan rujukan copy paste yg solid.

    Harap maklum.

     

    Source: Dzar Ismail

  • Rembat Pendapat Bersama Dzar Ismail: Tak Boleh Ke Makcik-Makcik Masak Dalam Rumah Sendiri?

    Rembat Pendapat Bersama Dzar Ismail: Tak Boleh Ke Makcik-Makcik Masak Dalam Rumah Sendiri?

    BRADER KACANG MERANCANG UNTUK MEMBANTU IBU KAWANNYA YG TAK TENANG:

    “Aku berkongsi dengan kau sesuatu yg berlaku keatas kenalan aku. Malam-malam buat aku menyirap. ini berlaku di rumah mak dia Dzar. masuk nih dah berbelas kali polis datang rumah mak kawan aku. Kenapa? Sebab jiran sebelah complain mak kawan aku masak makanan yg berempah jadi rumah dia bau! Polis datang pun tak boleh apa-apa.Dzar.

    Yg aku kesian mak dia. Kau taulah org tua. Bila kene macam nih dia sendiri jadi phobia bila nak masak lauk yg berempah. Bila masa tuh, kawan aku berdegil suruh mak dia masak jugak sebagai pemberontakkan, jiran sebelah bakar kemenyan dan letak di corridor berdekatan dengan rumah mak aku. Bukan satu mangkuk, dua mangkuk beb! lepas tuh, polis datang lagi, sebab jiran dia call lagi.

    Masa tuh kawan aku dah sot, dia nak matikan kemenyan yg dibakar jiran. Bila dia tgh jalan, jiran mak dia bukak pintu secara aggressif dan dia dapat lihat yg jiran mak dia itu sebenarnya adalah seorang warga emas. Ntahlah, ada chance dia dah start nyanyuk. Baru-baru ini, jiran mak kawan aku sampai letak speaker di luar rumah untuk memainkan lagu-lagu dengan kuat sampai ke malam.

    Yg aku kesian, mak kawan aku Dzar. Dia makcik yg baik. Tak kacau org. Tak suka provokasi. Tak suka menyusahkan org. kawan aku dah report terhadap town council, dah nak jumpa MP pun. Aku tak sampai hati ah tgk mak dia. Bila suruh mak dia ambil tindakan, dia mengatakan, “Dahlah, cik taknak kecoh. Nanti lama-lama dia penat sendiri nak.” Lagi satu, suaminya ada pesakit stroke bro. Kesian! Mak-mak kita dengan memasak nih dah ibarat isi dgn kuku. Mak yg tak dapat memasak ibarat durian yg tiada buahnya. Macam mana kita boleh bantu dia bro?”

    REMBAT PENDAPAT ANDA YG BERHEMAH DISINI! SILAKAN!

     

    Source: Dzar Ismail

  • Dzar Ismail: Syukur Dilahir Seorang Muslim Di Singapura

    Dzar Ismail: Syukur Dilahir Seorang Muslim Di Singapura

    Kalau di China, orang Islam dilarang berpuasa, sampai ada yg sembunyi sembunyi bershaum. Disini, kita bebas berpuasa, itu pun ada orang tak puasa.

    Kalau di Perancis, keselamatan seseorang yg berhijab itu sering terancam. Siap ada undang-undang lagi melarang orang berhijab. Tidak disini. Sapa nak berhijab silakan, siapa tak nak, takder paksaan. Sendiri jawab.

    Kalau di England, sembahyang kat stadium, orang amek gambar, upload internet, label ‘disgrace’. Tidak disini, ada yg siap berjemaah satu sudut di stadium, sebelum game bermula. Sholat Hari Raya dalam stadium lagi ada.

    Kalau di Jerman, peh susah nak cari makanan halal. Ada bila melancong, siap tarpao biskut dengan Meggi, was was punya pasal. Tidak disini. Senang nak cari makanan halal. Bacon pun halal. Turkey baconlah.

    Kalau di Korea Selatan, peh susah nak cari masjid, Korea Utara jgn cakap lah. Disini, hampir satu masjid di setiap estet perumahan. Sampai belia masjid boleh buat acara touring naik basikal dari masjid ke masjid.

    Aku tinggal di Singapura. Pemerintah sekular, bukan pemerintah Islam. Tapi kadang kadang sifat mereka lebih Islam dari yg sekian ada di merata dunia.

    Penjualan arak diharamkan dibeberapa tempat dan waktu tertentu. Untuk menjaga keamanan dan keselamatan.

    Aktiviti menghisap rokok diharamkan dikebanyakkan tempat. Sampai bawah blok, corridor rumah pun tak boleh.

    Aktiviti hubungan sejenis diharamkan menurut undang-undang.

    Kita bebas berdakwah, nak buat ceramah, forum perdana, kelas agama, maulid, ibadah korban, silakan, asalkan dgn yg bertauliah dan mengikut garis panduan yg disarankan.

    Aku bersyukur dilahirkan seorang Muslim di Singapura. Bebas. Tiada halangan ketara. Hujan emas di negeri orang, hutan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sini.

     

    Source: Dzar Ismail