Tag: Fairoz Shariff

  • WP Mahu Lebihan TTFS Digunakan Untuk Pelajar Dewasa Melayu Buru Ijazah Pertama

    WP Mahu Lebihan TTFS Digunakan Untuk Pelajar Dewasa Melayu Buru Ijazah Pertama

    Parti Pekerja (WP) mengadakan rapat pilihan raya untuk pasukannya bagi GRC East Coast, di Simei Road.

    Salah seorang calonnya bagi GRC tersebut, Encik Fairoz Shariff berucap tentang kesukaran yang dihadapi para pelajar dewasa.

    Beliau menekankan lagi kandungan manifesto pilihan raya WP, yang mahu mewajibkan syarikat-syarikat melaksanakan peraturan kerja fleksibel untuk golongan tersebut.

    Beliau juga mendesak supaya wang lebihan dari skim Subsidi Yuran Pengajian Tinggi (TTFS), yang kemudian disalurkan ke Dana Pembangunan Pendidikan (EDF) kendalian MENDAKI, digunakan untuk membiayai pengajian pelajar dewasa Melayu yang memburu ijazah pertama mereka.

    Encik Fairoz berkata: “Laporan kewangan MENDAKI untuk tahun 2014 menunjukkan bahawa kira-kira $18 juta subsidi TTFS yang tidak diagihkan, telah dipindahkan ke EDF pada tahun 2014.

    “Saya berpendapat membenarkan pelajar-pelajar dewasa Melayu kita untuk memanfaatkan dana yang tidak diagihkan dari subsidi TTFS tidak akan menimbulkan masalah kerana jumlahnya amat besar. Lagipun, pelajar-pelajar dewasa Melayu kita, patut dikategorikan sebagai pelajar-pelajar pengajian tinggi walaupun mereka belajar secara sambilan.”

    Source: http://berita.mediacorp.sg

  • Fairoz Shariff: Perlu Suara Pembangkang Di Parlimen

    Fairoz Shariff: Perlu Suara Pembangkang Di Parlimen

    Calon Melayu Parti Pekerja untuk GRC East Coast, Encik Fairoz Shariff menyentuh tentang perlunya suara pembangkang di Parlimen di Rapat Pilihan Raya WP yang diadakan di kawasan tanah lapang di hadapan Blok 4, Boon Keng Road.

    Ini katanya penting untuk memastikan keseimbangan di parlimen demi kesejahteraan rakyat.

    “Kita memerlukan sebuah parti pembangkang yang berprestasi yang dapat memberikan rakyat Singapura pilihan untuk menentukan masa depan mereka.

    “Ia juga menyedarkan saya bahawa sebuah parti politik hanya boleh benar-benar meningkatkan prestasinya jika rakyat Singapura bersedia untuk menjadi ahli-ahli parti dan berdiri sebagai calon parti itu pada Pilihan Raya Umum,” kata Encik Fairoz.

    Source: http://berita.mediacorp.sg