Tag: Fattah Amin

  • Hubungan Neelofa, Fattah Amin Retak, Ada Orang Ketiga

    Hubungan Neelofa, Fattah Amin Retak, Ada Orang Ketiga

    Bagi peminat drama Suri Hati Mr Pilot yang teringin melihat gandingan pasangan sejoli, Neelofa dan Fattah Amin, kekal ke jinjang pelamin, harapan anda mungkin berkecai sudah.

    Hubungan pelakon Malaysia terkenal, Neelofa dan Fattah Amin dilaporkan retak akibat kehadiran orang ketiga.

    Fattah Amin dikatakan bercinta dengan wanita lain – aktres kacukan, lapor mStar Online hari ini (20 Dis).

    Ini tentunya satu kejutan kepada para peminat mereka. Baru minggu lalu, media Malaysia melaporkan Fattah Amin mengakui sudah berjumpa dengan keluarga Neelofa untuk meminta restu agar mereka dapat berkawan dengan lebih rapat. Bahkan ramai peminat yang meluahkan rasa gembira atas berita itu hingga pasangan itu digelar “Lofattah.”

    “Ada memang ada (jumpa keluarga). Perkara macam ini kita tidak tahu lagi. Jodoh itu di tangan Allah, kita boleh merancang sahaja,” kata Fattah Amin ketika ditemui Malay Mail Online di Anugerah Melodi 2016, pada 10 Dis.

    NEELOFA AKUI KECEWA

    Bercakap kepada mStar Online, Neelofa, 27 tahun, mengakui kecewa selepas mendapat tahu tentang berita Fattah Amin mempunyai hubungan cinta dengan wanita lain kerana mengetahuinya dengan cara “tidak elok”.

    Namun, Neelofa berkata beliau tidak ingin mengulas panjang kerana tidak mahu memburukkan lagi keadaan.

    “Tidak adil kalau saya ulas perkara ini tanpa Fattah atau orang ketiga itu di sini dan tidak mahu ia akan jadi salah faham dan memburukkan lagi keadaan.

    “Saya baru tahu cerita ini cuma saya kesal cara saya mengetahui berita dakwaan ini dengan cara yang tidak elok,” ujarnya kepada mStar Online ketika ditemui dalam satu sidang media hari ini sempena pelantikannya sebagai duta Kad Muslimah Bank Rakyat.

    Neelofa, yang juga pengasas Naelofar Hijab, memberitahu mStar Online, beliau kini ingin fokus kepada kerjayanya justeru tidak mahu terlalu memikirkan tentang perkara tersebut.

    HUBUNGAN KINI “RUMIT”

    Beliau juga berkata hubungannya dengan Fattah Amin kini agak rumit untuk dijelaskan.

    Namun, Neelofa menegaskan beliau boleh bersikap profesional sekiranya digandingan dengan Fattah Amin sekali lagi dalam drama lain.

    “Kami mulai rapat sejak berlakon bersama dan selesa berkawan dengan dia sepanjang kami berlakon bersama.

    “Peminat pula suka dan mahukan saya dan Fattah betul-betul mempunyai hubungan istimewa. Ia bukan sesuatu yang mudah kerana saya perlu memikirkan banyak pihak jika ingin memberi kenyataan tentang hubungan kami.

    “Bagaimanapun apa yang saya boleh katakan hubungan kami sekarang ialah complicated,” ujar Neelofa kepada mStar Online.

    Source: Berita MediaCorp

  • Fattah Amin Akui Jumpa Keluarga Neelofa; Kedua-Dua Keluarga “Lofattah” Saling Berkenalan

    Fattah Amin Akui Jumpa Keluarga Neelofa; Kedua-Dua Keluarga “Lofattah” Saling Berkenalan

    Sedang ramai masih berteka-teki status hubungan cinta, pelakon Fattah Amin mengakui sudah berjumpa dengan keluarga Neelofa meminta restu untuk berkawan lebih rapat.

    “Ada memang ada [jumpa keluarga]. Perkara macam ini kita tidak tahu lagi. Jodoh itu di tangan Allah, kita boleh merancang sahaja,” katanya ketika ditemui Malay Mail Online di Anugerah Melodi 2016, Sabtu lalu (10 Dis).

    “Kalau nak berkawan rapat dengan seorang perempuan, mestilah kena jumpa minta kebenaran keluarga.”

    Sebagai seorang lelaki, Abdul Fattah Mohd Amin, 26 tahun, berkata dirinya akan meminta kebenaran daripada keluarga pihak perempuan terlebih dahulu untuk berkawan secara terbuka.

    “Saya seorang lelaki yang kalau hendak berkawan dengan perempuan dan ketara nampak di tempat awam, saya pastinya akan minta restu keluarga,” katanya yang juga mengakui bahawa kedua-kedua keluarga juga sudah saling berkenalan, menurut laporan Malay Mail Online.

    Fattah dan Neelofa mendapat jolokan nama “Lofattah” oleh peminat selepas gandingan mereka dalam drama “Suri Hati Mr Pilot” menjadi satu fenomena.

    Kelihatan intim dalam gambar dan video di akaun Instagram masing-masing, tiada sebarang pengakuan atau penafian dibuat mengenai soal hati.

    Sementara itu, laporan Malay Mail Online menambah Neelofa yang menang Personaliti Pengacaraan ketika ditemui di majlis sama menyatakan kesediaan menamatkan zaman bujang.

    Namun pengacara MeleTOP itu mahu berhati-hati memilih calon pasangan hidup yang sesuai.

    “Saya pun dah 27 tahun. Saya rasa saya perlukan masa dan ruang bernafas juga untuk buat pilihan terbaik untuk masa depan saya,” katanya kepada Malay Mail Online.

    “Tapi [soal kahwin] sensitif sangat hendak cerita sebab ia melibatkan keluarga saya dan melibatkan orang lain juga. Saya tak nak sakitkan hati sesiapa.

    “Sekarang saya pun tak tahu siapa jodoh saya. Untuk sekarang saya berkawan dan pilihan masih terbuka dan biarlah ia berjalan seperti biasa,” katanya.

    Source: Berita MediaCorp