Tag: haj quota

  • Lee Hsien Loong Writes To Appeals For Increased Haj Quota From Saudi King

    Lee Hsien Loong Writes To Appeals For Increased Haj Quota From Saudi King

    Prime Minister Lee Hsien Loong has written a letter to the Saudi King, appealing for Singapore’s official haj quota to be increased.

    The letter was presented to a Saudi minister by Dr Yaacob Ibrahim, Minister-in-charge of Muslim Affairs, on Thursday.

    Dr Yaacob is in Saudi Arabia till Friday (Feb 12) with chief executive of the Islamic Religious Council of Singapore (Muis), Haji Abdul Razak Maricar, and other officials for the annual Haj ministerial meeting to discuss the haj quota and operations, as well as the welfare of Singaporean pilgrims.

    In the letter, PM Lee said that he is seeking King Salman Abdulaziz Al Saud’s consideration in changing the quota from 680 to 800, in line with Singapore’s growing Muslim population.

    He said that Singapore’s current quota of 680 was based on the formula decided by the Organisation of Islamic Conference in 1987, which determined that the haj quota will be set at 0.1 per cent of the Muslim population.

    “Since then, Singapore’s Muslim population has grown by about 20 per cent but our quota has remained unchanged,” he wrote. About 15 per cent, or 800,000 of Singapore’s current population, are Muslims, he said.

    He also made a personal appeal to the King to grant an additional 200 places on top of the revised quota this year.

    PM Lee also conveyed his appreciation for King Salman’s generous hospitality accorded to Singaporean pilgrims over the years.

    “I appreciate the heavy responsibility and complexity of the Haj operations undertaken by the Kingdom,” he wrote.

    PM Lee added that ongoing efforts to enhance the infrastructure and the Haj management system have benefitted the welfare and safety of pilgrims.

     

    Source: www.straitstimes.com

  • Doa Tunai Haji Akhirnya Termakbul

    Doa Tunai Haji Akhirnya Termakbul

    Beg untuk dibawa ke Makkah tidak disentuh hampir empat tahun.

    Kenangan pahit yang dilanda Cik Siti Noorisah Mohd Taib, 50 tahun pada 2011 lepas masih segar di dalam ingatannya.

    Apa tidaknya, tawaran bagi kuota tambahan haji telah diterima dan pakej haji juga sudah dibeli.

    Persiapan serta kenduri selamat juga sudah diadakan.

    Malangnya, beberapa jam sebelum berangkat ke Jeddah, hasrat Cik Noorisah serta suaminya, Encik Rahmat Samin, 59 tahun untuk menunaikan ibadah haji tidak kesampaian.

    Sebabnya, mereka senasib dengan lebih 1,000 jemaah yang terjejas gagal mendapatkan visa haji mereka di saat-saat akhir.

    Tiada perkataan yang dapat menggambarkan perasaan sebak pasangan suami isteri itu serta jemaah-jemaah yang terjejas ketika itu.

    “Hanya Tuhan sahaja yang tahu bagaimana perasaan saya ketika itu.

    “Sememangnya kita harus redha tetapi saya dan suami rasa terlalu sedih menerima berita itu,” katanya sambil menggambarkan tisu satu kotak habis digunakan bagi mengesat titisan air mata ketika itu.

    Namun, Cik Noorisah percaya ada hikmah di sebalik kekecewaannya itu dan terima seadanya.

    Walaupun sudah menyerah semua kehendaknya kepada Allah, beliau tidak pernah berputus asa mengharapkan peluang keemasan untuk melaksanakan rukun Islam itu.

    Dengan doa tiada henti serta niat suci murni beliau, Cik Noorisah dan suami telah dianugerahkan dengan peluang untuk menunaikan ibadah haji September nanti.

    Mereka adalah antara 680 jemaah lain yang akan berangkat ke tanah suci dan di antara 90 peratus dari mereka yang akan menunaikan haji buat kali pertama.

    Cik Noorisah menceritakan bagaimana proses menunggu surat dari Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) itu amat mendebarkan buat dirinya.

    Apatah lagi, ramai jemaah yang lain sudah menerima surat pengesahan dari Muis pada minggu pertama selepas pengumuman dari kelas agama yang dihadirinya pada setiap hari Sabtu di Masjid Darussalam.

    “Pada minggu kedua, Ustaz kami berkata masih ada beberapa jemaah yang belum membalas surat pengesahan itu dan sesiapa yang mendaftar pada tahun-tahun berkenaan berkemungkinan besar mendapat peluang.

    “Saya pun tunggu dah syukur saya menerima surat pengesahan itu. Hampir tidak sangka juga!” katanya yang serta-merta membalas surat itu.

    Dengan pengesahan itu, beliau serta suami sudah pun membuat persiapan menjelang keberangkatan mereka ke Makkah.

    “Beg saya simpan hampir empat tahun itu sudah saya buka dan sudah dirombak balik. Dulunya, saya tidak berani memegangnya kerana terlalu sedih memikirkan kisah lalu,” katanya sambil tertawa.

    Cik Noorisah dan suami bakal berangkat 16 September nanti dan dijadualkan pulang pada 14 Oktober nanti.

     

    Source: http://beritaharian.sg