Tag: Haji

  • Jemaah Umrah Yang Terkandas Masih Menanti Penerbangan Ke Tanah Suci

    Jemaah Umrah Yang Terkandas Masih Menanti Penerbangan Ke Tanah Suci

    NILAI: Seramai 200 jemaah umrah masih terus menanti peluang menjejakkan kaki ke Tanah Suci selepas kegagalan syarikat penerbangan sewa khas mendapatkan permit kebenaran mendarat pada Isnin (12 Dis).

    Seorang jemaah, A. Husaini Rahman, 41 tahun, yang ditempatkan di sebuah hotel di Nilai bersama jemaah lain berkata, sehingga kini mereka masih lagi tidak mendapat sebarang maklumat mengenai status penerbangan mereka.

    “Sehingga kini, kami masih belum menerima apa-apa berita, saya dan jemaah lain hanya berhubung dengan pihak Eagleexpress Al-Fajr melalui panggilan telefon dan aplikasi WhatsApp sahaja yang mana hanya menyatakan masih belum menerima sebarang arahan kelulusan untuk melakukan penerbangan,” katanya kepada Bernama semalam (14 Dis).

    “Saya dan jemaah lain bingung dan sebagai orang Islam kami beramai-ramai berdoa agar diberi petunjuk dan berharap mendapat perkhabaran baik dalam masa terdekat,” katanya.

    Media pada Isnin melaporkan kira-kira 200 jemaah umrah yang dijadual berlepas bagi mengerjakan umrah pada hari berkenaan terkandas selepas penerbangan mereka ditangguhkan berikutan permit kebenaran mendarat masih belum diperoleh syarikat penerbangan sewa khas itu untuk membawa rombongan berkenaan.

    Bagaimanapun, usaha untuk mendapatkan penjelasan lanjut daripada pihak Eaglexpress gagal.

    Source: http://berita.mediacorp.sg

  • 5% Jemaah Umrah Singapura Lakukan Umrah 2 Kali Setahun

    5% Jemaah Umrah Singapura Lakukan Umrah 2 Kali Setahun

    Para jemaah Singapura lega peraturan baru itu dikenakan ke atas mereka yang menunaikan umrah kali kedua dan seterusnya dalam masa tahun Hijrah yang sama bukan tempoh lima atau 10 tahun seperti yang dikhuatiri sebelum ini.

    Namun terdapat hanya 5 peratus jemaah umrah Singapura yang sering melakukan umrah lebih daripada sekali dalam masa setahun.

    Semalam (21 September), Kedutaan Arab Saudi di Singapura memaklumkan GSA-GSA tempatan, visa umrah dan haji akan dinaikkan kepada 2,000 Riyal Saudi (S$700) bagi mereka yang melakukannya buat kali kedua atau lebih.

    Encik Mahfudz suami isteri merancang untuk menunaikan ibadah umrah beberapa bulan lalu tanpa menduga akan peraturan baru yang bakal diperkenalkan pihak berkuasa Saudi mulai 2 Oktober depan.

    Tetapi kini, lebih kurang sebulan sebelum berangkat ke tanah suci, mereka redha akan peraturan visa itu.

    “Saya tak terperanjat kerana ini secara kebetulan saja sebab apa di mana-mana di dunia ini keadaan naik tiada yang turun lagi jadi kita kena terima hakikatnya. Niat kita nak belanja jadi kita pergi saja. Kalau kita fikir nak itu nak ini, jangan bergeraklah jawapannya.

    “Tiada siapa yang paksa kerana itu kehendak anda. Kalau rasa tak boleh, berhenti. Kalau rasa boleh teruskan saja jadi perjuangan, itu saja,” kata beliau, seorang bakal jemaah umrah pada November nanti.

    Ramai melihatnya sebagai satu dugaan yang perlu diatasi jika benar-benar ikhlas.

    “Bagi saya tak ada masalah, kalau ada rezeki pergi sajalah, bayar sajalah, sebab kalau tawar menawar seperti tawar menawar dengan Allah. Kalau kita benar-benar nak pergi bayar saja. Kalau kita banyak soal dengan sendiri ibadah kita pun terjejas. Yang penting ikhlas, bayar, jalan,” ujar seorang jemaah haji tahun ii Abdul Hashim Minhan.

    Namun majoriti yang ditinjau akur akan perlunya pihak berkuasa Saudi melakukan sesuatu untuk memastikan jumlah jemaah yang menuju ke tanah suci masih boleh dikawal.

    Pengarah Urusan Jalaluddin Travel Ustaz Jalaluddin Hasan berkata: “Saya melihat peraturan-peraturan yang baru yang dikeluarkan Arab Saudi ini pasti mempunyai kepentingan-kepentingan mereka yang khusus, sebab-sebab peribadi mereka.

    “Saya melihat mungkin atas dasar keselamatan. Dan kami berharap jemaah Singapura dapatlah juga memahami dan mematuhi kerana untuk keselamatan peribadi dengan jumlah jemaah yang ramai sekarang di tanah suci.”

    Dengan hampir siapnya kerja-kerja peningkatan Masjidil Haram, apa yang pasti lebih ramai jemaah boleh ditampung dan kemudahan yang lebih luas dan baru terus menjadi tarikan para jemaah merata dunia.

    “Ada tambahan penerbangan baru Scoot, misalnya, tiga kali seminggu, Saudia Airlines tambahan penerbangan lima kali seminggu dan banyak lagi penerbangan yang berikan pilihan kepada para jemaah dan berbagai lagi perkhidmatan. Sambutan kali ini amat baik sejauh ini kita ada 800 jemaah umrah,” kata Pengarah Urusan Shahidah Travel Ayob Angullia.

    Walaupun musim umrah kali ini dijangka bermula bulan depan, majoriti jemaah Singapura akan berangkat umrah mulai bulan November apabila musim cuti sekolah bermula.

    Source: Berita MediaCorp

  • Tak Mahu Membayar Untuk Bagasi Berlebihan, Jemaah Indonesia “Hamil” Pakaian

    Tak Mahu Membayar Untuk Bagasi Berlebihan, Jemaah Indonesia “Hamil” Pakaian

    INDONESIA: Gara-gara mahu membawa banyak barangan pulang ke tanah air namun mahu mengelak daripada bagasi ditimbang dengan berat yang berlebihan, sepasang suami isteri jemaah haji Indonesia ini nekad menyembunyikan kain baju di bahagian perut.

    Cik Fitri dan suaminya, mengikat kain baju tersebut di bahagian perut dan kemudian mereka memakai pakaian yang longgar semata-mata untuk mengelak daripada bagasi mereka ditimbang dengan berat yang berlebihan.

    Hasilnya, pasangan itu kelihatan seperti orang yang hamil.

    MAHU BAWA SEMUA YANG DIBELI PULANG KE TANAH AIR

    Apabila ditanya, Cik Fitri hanya tersipu malu sambil berkata: “Ini bukan hamil, tetapi isinya baju.”

    Cik Fitri yang enggan gambarnya dipetik menambah, beliau sengaja mengubah-suai supaya barang-barang yang dibeli semuanya boleh dibawa pulang ke Indonesia.

    “Saya cuba sahaja dan diberitahu oleh teman-teman,” tambah beliau.

    Yang lucunya, perut suami Cik Fitri, yang agak pendiam, juga kelihatan seperti orang hamil namun beliau seperti acuh tidak acuh meskipun menjadi perhatian ramai.

    Agak kelam-kabut juga apabila Cik Fitri hendak ke tandas dalam keadaan “hamil”.

    PERUT KEMBALI KEMPIS

    Namun begitu, Cik Fitri sempat bergurau sambil memperlihatkan bahagian perut beliau yang sudah kembali kempis kerana kain baju yang disembunyikan itu sudah dilepaskan.

    “Ini, saya sudah tidak hamil lagi,” gurau Cik Fitri sambil bergegas ke tandas.

    Jemaah haji Indonesia sebenarnya diberikan dua bagasi tangan untuk mengisi barangan peribadi serta yang dibeli.

    Satu bagasi boleh diisikan dengan barangan seberat 32 kilogram, manakala beg yang lebih kecil pula boleh diisi maksimum tujuh kilogram.

    Sekiranya Cik Fitri serta suami mengisi bagasi-bagasi tersebut sehingga berat maksimun, bermakna mereka membawa pulang barangan seberat 78 kilogram, mencukupi untuk membawa oleh-oleh buat keluarga di rumah.

    Source: http://berita.mediacorp.sg

  • Yaacob Ibrahim: MUIS Kumpul $300 Dari Setiap Jemaah Singapura Untuk Tampung Kos Misi Haji

    Yaacob Ibrahim: MUIS Kumpul $300 Dari Setiap Jemaah Singapura Untuk Tampung Kos Misi Haji

    Dalam jawapan bertulisnya pula, Dr Yaacob berkata Muis mengumpulkan $300 dari setiap jemaah untuk menampung kos operasi misi Haji.

    Ini termasuk menyediakan khidmat perubatan dan kebajikan kepada para jemaah.

    Bayaran itu termasuk dalam harga pakej haji.

    Dr Yaacob menerangkan, yuran $300 yang dikumpulkan Muis dari setiap jemaah, tertera sebagai ‘Kos Perubatan dan Pentadbiran’ dalam harga pakej haji yang ditawarkan oleh pihak GSA.

    Menurutnya, yuran itu membentuk sebahagian kecil daripada harga keseluruhan pakej haji yang dibayar setiap jemaah iaitu antara $7,000 hingga $18,000.

    Bagaimanapun Dr Yaacob menambah, jumlah yuran itu sahaja tidak menampung sepenuhnya kos Muis untuk perkhidmatan perubatan dan kebajikan, iaitu sebanyak $700 bagi setiap jemaah, sejak 3 tahun lalu.

    Source: http://berita.mediacorp.sg

  • Idham Ahmad: Sudah Masanya MUIS Dan AVA Timbangkan Ceburi Bidang Agrotech Untuk Tangani Masalah Penjejasan Sumber Bekal Daging Halal

    Idham Ahmad: Sudah Masanya MUIS Dan AVA Timbangkan Ceburi Bidang Agrotech Untuk Tangani Masalah Penjejasan Sumber Bekal Daging Halal

    Salam .Tadi saya terbaca laporan 121 ekor kambing mati dalam perjalanan dari Ireland ke Singapura. Ini bukanlah jumlah yang kecil seperti yang selalunya, Hal ini amat menyedihkan.

    Soalan yang timbul di fikiran saya adalah KENAPA HARUS JKMS MENCARI SUMBER KAMBING YANG AMAT JAUH SEKALI HINGGA KE EROPAH ?

    Saya difahamkan bahawa sepanjang tahun lalu , pegawai-pegawai JKMS telah dihantar ke Australia , Kanada dan Ireland untuk mencari sumber binatang yang akan diterbangkan ke Singapura. Jauhnya perjalanan dari Eropah ke Singapura dalam kandang amat membebankan dan memberi tekanan stress pada kambing-kambing itu. Maka , tidak menghairankan jika 121 ekor telah mati dalam perjalanan.
    Ibadah korban adalah sesuatu yang amat sensitif di kalangan masyarakat Muslim di sini. Ianya suatu ibadah yang telah dijalankan dengan secara tradisional sejak turun-temurun. Tindakan Australia untuk mengenakan sistem piawaian Exporter Supply Chain Assurance System (ESCAS) pada kesemua negara yang ingin mengekspot binatang dari negara tersebut telah menjejas sumber kambing-kambing di Nusantara. Mahu tidak mahu , negara-negara seperti Malaysia, Indonesia , Brunei dan Singapura terpaksa akur dengan sistem piawaian ini. Singapura juga terikat dengan perjanjian yang telah ditandatangani dengan OIE.

    Diwaktu sebuah krisis ketandusan sumber kambing, Pak Abdul Hakeem Mohd Ismail dan saya telah mengusulkan sebuah saranan pada pihak MUIS . Mungkin sudah tiba masanya MUIS mengambil langkah proaktif mengatasi masalah ini dengan menceburi sendiri bidang agro-tech. Dengan sokongan individu yang pada ketika menceburi bidang agrofeed dan beberapa tenaga pakar Australia dan pihak AVA Singapura, kami mengusulkan agar pihak MUIS membina sebuah ladang ternakan lembu dan kambing di salah sebuah pulau di Kepulauan Riau Indonesia. Apatah lagi , pihak AVA sudahpun memberi kerjasama dalam membina sebuah ladang ternakan khinzir di Pulau Boelan , Indonesia. Dari survey yang telah kami jalanlan , pihak pemerintah Republik Indonesia juga amat berminat dalam proyek ini. Ianya dilihat sebagai sebuah sinergi yang bagus sekali. Indonesia mempunyai tanah dan Singapura pula mempunyai kepakaran untuk membina ladang ternakan taraf antarabangsa sesuai piawaian ESCAS dan OEI.

    Ladang Ternakan tersebut juga akan dibangunkan sebuah abbatoir atau tempat penyembelihan halal . Selain dari menjadi sumber haiwan korban ke seluruh Nusantara , ladang ini juga akan berupaya untuk menambah supply daging fresh yang halallan thoyibban ke Singapura bahkan ke seluruh Nusantara.

    AVA akan dapat sebuah tempat untuk melatih pelajar-pelajarnya secara praktikal. Singapore Poly, NTU dan NUS akan dapat tempat untuk melatih pelajar-pelajarnya. Indonesia akan dapat tenaga kepakaran dan menaik taraf ladang-ladang yang sedia ada di seluruh Indonesia. Singapura akan menjadi pengekport daging halalan thoyyiban unggul.

    Malangnya usulan itu tidak kesampaian atas sebab-sebab yang kurang disenangi,

    Mungkin pihak pemerintah Singapura dan yang berwenang di MUIS boleh menimbangkan kembali usulan kami itu .

    Saya senantiasa menanti lamaran berunding walaupun dah beberapa kali terhantuk di pintu Islamic Hub …

     

    Source: Idham Ahmad