Tag: hiburan

  • Rancangan Sinar Lebaran 2017 Tak Power, Perlu Dipertingkat

    Rancangan Sinar Lebaran 2017 Tak Power, Perlu Dipertingkat

    “”Sinar Lebaran 2017” Rancangan Tv untok Hari Raya baru2 ini , dari MediaCorp kali ini tidak menyengat dan sehebat dari rancangan2 yg tlh berlalu.

    Haryani Hassan Basri yg mendendangkan lagu Raya yg d popular kan oleh Sharifah Aini, terlau banyak kekurangan nya ,suaranya, dan patah lagu nya.. beliau perlu banyak belajar tentang lagu2 tradisonal. Jika beliau benar2 mau menjadi saorang penyanyi yg baik. Cuma yg boleh membanggakan ia lah Elfi R Ismail, beliau memang lah sa orang anak muda yg penuh berbakat dgn lagu2 tradisional yg boleh membawa beraneka rentak lagu dan yg boleh mewarisi Bapa nya… R Ismail..

    Penerbit tlh mengenengahkan penyanyi2 dari Anugrah, tapi ada juga dari penyanyi2 nya tidak dapat membawakan lagu2 Raya dan lain2 nya dengan begitu baik.. Penerbit rancang selau nya mengundang kumpulan dari Sri Mahligai,, apa kah tidak ada kumpulan lain, atau pemuzik2 lain yg penuh berbakat untok rancangan TV.. atau mengapa Penerbit tidak mengundang Wan Ibrahim Wan Embong.. bagi memimpin pemuzik,d rancangan Tv mediacorp. beliau ada lah sa orang pengarah muzik.. yg luar biasa baik..
    Saya sarankan kpd Penerbit Rancangan untok Hari Raya yg akan datang, agar rancangan2 hiburan ini lebih baik dari yang ini, tahniah… kpd pelawak2 kita yg sungguh luar biasa baik.. yg menghibur kan dan yg patut kita bangga kan.

    Mohon maaf jika ada yg kurang senang dgn saya. Tapi ini ada lah ikhlas dari saya seorang pencinta muzik.

     

    Source: Nasir Abdullah

  • Artis K-Pop Dipuji Kerana Peka Akan Peminat Berhijab Di Malaysia

    Artis K-Pop Dipuji Kerana Peka Akan Peminat Berhijab Di Malaysia

    KUALA LUMPUR: Seorang artis lelaki sebuah kumpulan K-pop dipuji para netizen di Malaysia kerana dianggap cukup peka menghormati sensitiviti masyarakat Islam.

    Ini setelah artis berkenaan, Jinyoung dari kumpulan GOT7, dilihat mengelak daripada bersentuhan dengan seorang peminat bertudung di sebuah acara di Kuala Lumpur.

    Video selama empat saat yang tersebar luas online itu menunjukkan peminat berhijab itu, yang dilihat begitu teruja mahu bertemu dengan Jinyoung, melambai-lambai ke arahnya dan cuba sama ada memberi ‘high-five’ atau bersalaman dengan bintang idola Korea itu.

    Bagaimanapun Jinyoung dilihat dengan pantas menarik tangannya agar mereka tidak bersentuhan.

    Menurut Astro Gempak, video tersebut dikongsi oleh kelab peminat IGOT7 Malaysia di laman Facebook dan Twitter sejak 5 Disember lalu.

     

    PEMINAT MALAYSIA BANGGA

    Ramai netizen yang kagum atas kepekaan Jinyoung hingga hashtag #jinyoung menjadi ‘trending’ selama dua hari berturut-turut di Twitter, lapor Astro Gempak.

    Seorang pengguna Twitter, @HeyCarl97, menulis: “Jinyoung trending kerana kelakuannya yang menghormati peminat Muslim. Saya bangga dengannya.”

    Video itu dirakamkan ketika sesi bertemu peminat digelar “Hello Session.”

    GOT7 berada di Malaysia untuk konsert jelajah GOT7 Flight Log Turbulence 2016 yang diadakan pada 4 Disember lalu.

    PERNAH PAKAI SARUNG TANGAN UNTUK BERSALAMAN

    Ini bukan kali pertama kumpulan GOT7 menarik perhatian atas atas apa yang dianggap adalah sikap mereka menghormati masyarakat Islam di Malaysia.

    Menurut Astro Gempak, kumpulan idola itu pernah memakai sarung tangan untuk bersalaman semasa sesi bertemu peminat di Malaysia pada Mac lalu untuk menghormati peminat Islam.

    Tahun lalu, kontroversi tercetus apabila sebuah video yang tersebar luas online menunjukkan beberapa gadis bertudung di Malaysia berpelukan dengan artis-artis lelaki kumpulan K-pop B1A4.

    Dalam video itu, artis-artis tersebut dilihat menyanyikan lagu kepada gadis-gadis bertudung tersebut di atas pentas dan memeluk mereka di sebuah konsert di Kuala Lumpur.

    Bahkan seorang artis lelaki mencium dahi salah seorang daripada mereka.

    Insiden itu dilaporkan menyebabkan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) memberikan gadis-gadis itu tempoh selama seminggu untuk menyerah diri kepada pihak berkuasa atau diberkas.

    Source: http://berita.mediacorp.sg

  • Datuk M. Nasir Bergelar Doktor

    Datuk M. Nasir Bergelar Doktor

    SINTOK (Kedah): Seniman Datuk M. Nasir menerima Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (Pengurusan Industri Kreatif) daripada Universiti Utara Malaysia (UUM) di sini kelmarin.

    Beliau yang ditemani isterinya, Datin Marlia Musa, menerima penghormatan itu di Majlis Konvokesyen ke-27 universiti tersebut.

    Semasa berucap selepas menerima ijazah itu, M. Nasir berkata komposer dan penerbit lagu perlu menjalankan satu kajian yang mendalam mengenai cara Korea mempromosikan budaya K-Pop dan mempelajari cara mereka membawa muzik setempat ke persada global.

    Beliau berkata budaya K-Pop yang telah menjadi sensasi global ialah satu contoh baik bagi mengeksport seni Malaysia, terutamanya muzik, kepada dunia.

    M. Nasir berkata walaupun kumpulan muzik K-Pop tidak dibentangkan sesuatu yang berbeza daripada genre pop umum, kemampuan mereka memasarkan produk adalah luar biasa.

    “Kami perlu mengkaji bagaimana orang Korea melakukannya dengan muzik K-Pop,” katanya.

    Penyanyi dan penulis lagu mapan itu berkata penulis lagu perlu belajar cara mengurus aspek perniagaan dalam seni mereka.

    “Kami boleh menghasilkan lagu-lagu yang hebat tetapi kami tidak akan ke mana jika kami tidak tahu bagaimana meletak dan memasarkan produk kepada penonton tukikan dan awam,” ujarnya.

    M. Nasir turut memuji penghibur Malaysia yang menebar sayap ke pasaran asing dan berkata lebih ramai yang perlu digalakkan berbuat sedemikian.

    “Kita perlu bekerja keras menyesuaikan muzik kita dengan pasaran antarabangsa dan menggunakan saluran yang betul untuk mendedahkannya sehingga orang dari negara lain akan jatuh cinta dengan produk kita,” ujarnya.

    Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada UUM kerana menganugerahkan beliau dengan Ijazah Kehormat Kedoktoran dan berkata ia merupakan satu pengiktirafan yang besar bagi industri tempatan.

    Naib Canselor UUM, Profesor Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak, berkata M. Nasir telah dipilih oleh senat universiti kerana sumbangan besar beliau kepada industri kreatif.

    “Industri kreatif, seperti muzik, mempunyai potensi ekonomi yang besar bukan sahaja untuk pasaran tempatan, bahkan di peringkat antarabangsa juga.

    “Kami perlu modal insan yang terlatih untuk menguruskan industri ini dan bawanya ke tahap yang lebih tinggi. Sebab itulah UUM memperkenalkan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengurusan Industri Kreatif ini,” ujar Dr Mustafa.

    Selain M. Nasir, UUM juga menganugerahkan ijazah kehormat dalam pengurusan pembangunan kepada mantan presiden Kongres India Malaysia (MIC), Datuk Seri S. Samy Vellu. – The New Straits Times.

     

    Source: www.beritaharian.sg